CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5370|Reply: 2

Tips menjaga beg tangan & kasut

[Copy link]
Post time 2-3-2014 09:31 AM | Show all posts |Read mode
Berbelanja membeli beg atau kasut yang mahal harganya adalah satu pelaburan jangka panjang. Ini kerana jika anda bijak menjaga dan rekaannya pula klasik ia boleh diwariskan kepada anak atau cucu.

Oleh itu, jika anda mahu hayat beg dan kasut anda bertahan lama, anda perlulah menjaganya dengan sempurna. Jadi di sini kami ingin berkongsi dengan anda beberapa tips penjagaan beg tangan dan kasut. Simpan beg dalam dust bagatau gunakan fabric fibersemula jadi untuk membalut beg yang tidak dipakai. Jangan sesekali menyimpannya dalam beg plastik. Seeloknya elakkan beg terkena air, lebih-lebih lagi hujan.

Jika menyimpan beg di dalam almari, masukkan fabrik lembut atau baju lama seperti kemeja-T demi memastikan bentuknya kekal cantik. Bersihkan beg serta-merta jika beg terkena kotoran seperti makanan, kosmetik seperti bedak asas dan sebagainya. Gunakan kain lembap.

Jika mahu membawa alat solek atau alat tulis di dalam beg, tentukan anda menyimpan alat solek tersebut dalam beg kecil khas untuk mengelakkan sebarang kesan kotoran.

Seeloknya jangan bawa beg mewah anda pabila ke salun rambut. Mengapa? Ini kerana bahan kimia yang terkandung di dalam produk mendandan rambut mungkin boleh merosakkan beg anda. Siapa tahu jika petugas salun tertumpah bahan pewarna rambut atau klip rambut yang tercalit pewarna rambut terkena beg anda.

Elakkan produk pencuci yang mengandungi minyak kerana bahan sebegini akan menyekat lembapan. Pilih sabun mandian bayi yang lembut dan titiskan ke dalam 12 auns air dan masukkan ke dalam botol penyembur. Semburkannya pada tuala 'mikrofiber' dan secara lembut lapkannya pada beg.

Jika tidak pasti atau tidak mahir mencuci beg, hantarkan pada yang pakar. Misalnya, di Kuala Lumpur kita punya Bag Spa yang menawarkan khidmat membersihkan beg.

Bagi penjagaan kasut pula, anda harus selalu membersihkan kasut apabila sudah memakainya dengan menggunakan berus kasut atau kain lap yang lembap.

Jangan cuci atau membersihakan dengan air kerana ia akan menjejaskan kualiti kasut itu. Sebelum simpan semula kasut ke dalam kotak, pastikan kasut tersebut betul-betul kering.

Jika kasut anda terkena basah, pastikan keringkan dulu sebelum anda menggosok atau mengelapnya untuk mengelak dari bercalar.

Jangan gunakan pengering rambut untuk mengeringkan kasut kerana ia akan merosakkan kasut kulit.

Pastikan almari kasut anda kering dan tidak lembab, tambahkan silica gel gantung almari untuk menghindari kasut dari berbau.

Untuk kasut berbahan kulit biasa, letakkan 'shoes wax' untuk melindungi dan melembapkan kulit kasut anda.

Masukan tulang penyangga kasut atau kertas bersih untuk menjaga bentuknya. Atau Gunakan 'shoe tree', untuk mempertahankan bentuk kasut semasa penyimpanan. 'Shoe tree' yg terbuat dari bahan kayunya juga berguna untuk menyerap lembab dalam kasut.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2014 08:24 PM | Show all posts
mcm mana nak bagi handbag tak jadi lembik/slouchy
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2014 11:58 AM | Show all posts
tt, macam mana nak jaga faux fur bag?

tq
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 03:12 AM GMT+8 , Processed in 0.059645 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list