View: 10560|Reply: 72
|
Fouziah Gous ganti Neelofa?
[Copy link]
|
|
RANCANGAN Nona yang disiarkan di TV3 cukup sinonim dengan dua aktres jelita Fara Fauzana dan Neelofa yang bertindak sebagai pengacara.
Bagaimanapun pada Ahad lalu, Fara Fauzana dilihat tidak ditemani oleh teman pengacaranya itu, sebaliknya digandingkan dengan pelakon filem Otai iaitu Fouziah Gous.
Kemunculan pelakon itu menimbulkan tanda tanya kepada peminat program berkenaan sekali gus timbulnya desas-desus yang menyatakan dia bakal menggantikan tempat Neelofa.
"Ia tidak benar sama sekali. Saya hanyalah menjadi pengacara jemputan.
"Kebetulan, waktu itu saya baharu saja tamat penggambaran pada sebelah pagi dan sedang berkelapangan sementara menunggu waktu penggambaran pada sebelah malamnya.
"Lagi pula, ia dilakukan di sekitar Kuala Lumpur dan berhampiran dengan lokasi penggambaran berikutnya," tegasnya.
Ketika ditanya mengenai pengalamannya sepanjang mengacara rancangan berkenaan, pelakon Sutera Maya ini memberitahu: "Ini adalah percubaan pertama saya.
Biarpun agak bimbang pada awalnya, tapi saya tetap ingin mencuba.
"Oleh itu, saya harap peminat tidak menjangka sesuatu yang lebih daripada saya," katanya.
Begitu pun, pelakon Sutera Maya ini sedia berkongsi pengalamannya sebagai pengacara jemputan dengan peminatnya.
Jelasnya, banyak ilmu yang dipelajarinya sepanjang tempoh penggambaran terutamanya mengenai isu semasa sementelah lagi Nona adalah satu rancangan yang berbentuk informasi.
"Bidang pengacaraan adalah sesuatu yang baharu bagi saya kerana saya tidak pernah mencubanya.
"Banyak yang saya pelajari tentang ‘camera angle’ dan paling penting sekali tentang isu semasa.
"Alhamdulillah, pihak produksi dan Fara Fauzana banyak membantu," katanya.
Ketika ditanya, tidakkah dia mahu menjadikan pengacara sebagai salah satu profesion kerja dirinya, Fouziah dengan tegas menjelaskan: "Fokus utama saya tetap pada bidang lakonan dan perniagaan yang baharu diceburi.
Lagi pula, saya hanya dijemput menjadi pengacara Nona hanyalah untuk satu episod. "Saya terima tawaran itu pula semata-mata untuk menimba pengalaman.
"Tapi, saya ada juga menerima beberapa tawaran lain, namun saya tidak bersedia untuk menerimanya," katanya. Tambahnya lagi, ia juga perlulah seiring dengan komitmen dan kemampuan diri dalam melakukan apa-apa pekerjaan sekali pun.
Tunggu zuriat Sementara itu, bercerita mengenai sisi peribadinya pula, Fouziah yang telah enam bulan bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Md Zhafran Mohd Yusof memberitahu mereka tidak pernah merancang mengenai zuriat.
"Saya dan suami tidak pernah merancang. Kami hanya mengikut saja apa yang telah ditetapkan. "Jika ada rezeki, adalah. Kami berbesar hati menerimanya," katanya.
Dalam perkembangan lain, Fouziah kini sedang menjalani penggambaran drama berjudul Masihkah Ada Cinta di samping Amar Asyraf, Siti Elizad, Shah Iskandar dan Fadilah Mansor untuk slot Samarinda, TV3.
|
|
|
|
|
|
|
|
kebetulan?? between shooting? oi oi oi...
penerbit nona ni main tangkap muat je ke? jumpa tepi jalan, amek jadik pengacara? takde meeting, planning segala?
|
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya dh djelaskn masa miss fake pukul canang dpt ganti neelofa hari tu..kontrak 2014 dkekalkn lofa dan fafau..tp pngacara jmputan akan dpnggil in case salah sorang xdpt hadir or ada komitmen lain....
Tp iols suka so wincci jd pngcara...pecah tradisi giteww..org nya cantik manis..cuma perlu praktis lg bahasa melayu dia... |
|
|
|
|
|
|
|
Tukar la orang lain...semak arr tgk fafau n lofa fu...xde karisma langsung...norjuma kan dah cerai..bole muncul kat tv..panggila norjuma habib |
|
|
|
|
|
|
|
alamakkk..fafau patut di tukar
pengacara sepatutnya yg cantik, kurus & berkaliber
plisss lah |
|
|
|
|
|
|
|
oyah menyampah dgn pujiah gous ni, tak tahu kenapa. hmm hmm hmmmm |
|
|
|
|
|
|
|
Nham22 posted on 25-3-2014 01:08 PM
Tukar la orang lain...semak arr tgk fafau n lofa fu...xde karisma langsung...norjuma kan dah cerai.. ...
sama lah... Tak sesuwei betul lopak tu mengacara nona. Ambil balik norjuma la. Tag team dgn norfazura kak lang tu boleh? Fazshionista boleh cerita n share tips fesyen n style. Juma pula tentang kehidupan... |
|
|
|
|
|
|
|
x tengok pn |
|
|
|
|
|
|
|
edoraixora posted on 25-3-2014 07:03 PM
Cukuplah 1 episod tu jer
kenapa? lopak lbih baik ke?
aku x tengok pn |
|
|
|
|
|
|
|
tukar la fafau tu
nampak fake sgt |
|
|
|
|
|
|
|
macam tak sesuai je pooja ni jadi pengacara. erk |
|
|
|
|
|
|
|
aku suke tgok nona y dulu2 zaman ezzah aziz fauzi,nurfarahin jamsari,normala shamsuddin...kalu boleh y majlis2 kawin 2 ambik lh y ade suasana kampung...asyik2 org2 kaya je kawin... |
|
|
|
|
|
|
|
bandung_cincau posted on 26-3-2014 07:14 AM
kenapa? lopak lbih baik ke?
aku x tengok pn
Entah...aku tgok pun sekilas jer
Sbab ade die, aku x bleh nk hadam sgt kalo ade die
Aku x suke die....knape? Aku pn x tau
Kalo dlm drama2 ade die as a lead
Mmg aku x tgok la drama tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|