View: 2839|Reply: 6
|
[Tempatan]
{1}Potong Kabel: Jadi cekal mencuri dek hisap syabu!
[Copy link]
|
|
11 April 2014
PASIR PUTEH – Tembelang dua pencuri kabel yang menyamar sebagai pekerja kontraktor syarikat telekomunikasi dengan memakai topi keselamatan terbongkar apabila mereka diberkas selepas bergelut dengan anggota polis di Bukit Jawa dekat sini kelmarin.
Tangkapan pada pukul 2.30 petang itu dilakukan selepas polis bertindak pantas setelah menerima satu laporan mengatakan terdapat dua lelaki sedang memotong kabel di sebuah pencawang milik sebuah syarikat telekomunikasi.
Kedua-dua suspek berusia 29 dan 40 tahun terbabit juga didapati mengambil dadah jenis methaphetamine atau dikenali sebagai syabu sebelum melakukan jenayah untuk menghilangkan rasa takut.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Mohd. Kamal Zainal berkata, dua anggota polis yang bergegas ke lokasi tersebut mendapati kedua-dua suspek sedang memasukkan kabel yang siap dipotong ke dalam sebuah kereta jenis Volvo.
p/s mmg yg mencuri tu, pemadat...
|
|
|
|
|
|
|
|
MOHD. KAMAL menunjukkan beberapa batang kabel yang dicuri di sebuah pencawang milik sebuah syarikat telekomunikasi di Bukit Jawa dekat Pasir Puteh, Kelantan semalam.
|
|
|
|
|
|
|
|
kelantan darul bukit jawa |
|
|
|
|
|
|
|
Kassim_Patalon posted on 11-4-2014 04:35 AM
kelantan darul bukit jawa
@peYno yg bubuh nama bukit jawa tu......
|
|
|
|
|
|
|
|
ape la.. cmne leh kantoi, tgkla line dulu |
|
|
|
|
|
|
|
-electrifying- posted on 11-4-2014 08:57 AM
ape la.. cmne leh kantoi, tgkla line dulu
sepandai2 tupai melompat........
pepatah kata
|
|
|
|
|
|
|
|
intriQue posted on 11-4-2014 09:09 AM
sepandai2 tupai melompat........
pepatah kata
xpndai buat kerja ni, sedangkan lidah lgi tergeget inikan pula pencuri dan kabel |
|
|
|
|
|
|
| |
|