CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 9928|Reply: 76

[Tempatan] Kufur jika tolak hudud

[Copy link]
Post time 25-4-2014 09:21 AM | Show all posts |Read mode
Alor Setar: Kerajaan Pusat tidak boleh dianggap sebagai kufur semata-mata kerana belum melaksanakan hudud.

Penceramah dan pendakwah bebas, Muhammad Kazim Elias, menjelaskan hanya golongan yang menolak dan menentang hudud sahaja layak dihukum sebagai kufur.

berbeza sama sekali dengan pendirian disuarakan Perdana Menteri, yang menyatakan kerajaan tidak menolak, namun belum mampu melaksanakannya atas kekangan tertentu.


“Saya setuju kenyataan Perdana Menteri bahawa ada beza antara menolak dan belum melaksanakannya. Bagi saya secara peribadi ada banyak perkara yang perlu diteliti mengenai soal hudud sebelum ia boleh dilaksanakan,” katanya.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Ustaz Kazim, mengulas kenyataan Datuk Seri Najib Razak bahawa Kerajaan Pusat tidak pernah menolak hudud sebagai hukum ditetapkan Allah, namun mengakui banyak kekangan dan keutamaan perlu diselesaikan dan diperhalusi sebelum ia dapat dilaksanakan.

Perlukan ulama

Najib ketika berucap menutup Ijtimak Pondok Malaysia 2014 dianjurkan Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) di sini, semalam berkata, ada perbezaan cukup ketara antara menolak hukum hudud dengan tidak melaksanakannya, kerana wujudnya kekangan dan kesulitan yang pelbagai.
Last edited by the_killer on 25-4-2014 09:49 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2014 09:28 AM | Show all posts
ingin dengar komen para 'alim Lehvi forum cari
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 09:36 AM | Show all posts
tajuk thread TT mmg pembelit.. ustaz kazim cakap lain, dia spin kut suka dia..


Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 09:41 AM | Show all posts
Kalau alasannya tak mampu melaksanakan Hudud... mungkin sampai ke Perdana Menteri Malaysia ke 15 pun takan terlaksana hukum tu.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2014 09:42 AM | Show all posts
dasatgiler posted on 25-4-2014 09:36 AM
tajuk thread TT mmg pembelit.. ustaz kazim cakap lain, dia spin kut suka dia..

Pembelit abah kau...tajuk pon dari  berita harian

http://www.bharian.com.my/bharia ... tolakhudud/Article/
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 09:46 AM | Show all posts
Yang menolak hudud sekarang ialah parti ajaran sesat.

Tuan kafir mereka nak diberikan pengecualian
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-4-2014 09:48 AM | Show all posts
Rasanya kalau Agung & semua raja2 dlm Malaysia ni nk laksanakan hudud, bole je buat kan? Brunei tu Sultan dia sndri yg nk laksanakan. Tul x? Kuasa kan di tgn raja2 Melayu... tp Malaysia ni kuasa di tgn pemimpin politik ke mcm mana?
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 09:50 AM | Show all posts
dah 57 tahun merdeka.. masih lum sampai masa lagi.. tunggu lagi 57 tahun..

LOL!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2014 10:22 AM | Show all posts
57 tahun dah merdeka masih meneliti lagik?...mau kena tgg smp 100 tahun kot



tak tolak hudud kononnnnn

Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 10:31 AM | Show all posts
tak belit tak umno katanye
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 10:38 AM | Show all posts
nak tunggu sampai bila ustaz? tunggu sampai isteri Najib insaf ka?

sekarang ni bukan masalah ready ka tak ready, mulakanlah step yg pertama, step apa pun tak ada lagi

harap2 Dr Asyraf Dusuki boleh ajar ustaz2 ni pasal hudud
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 10:42 AM | Show all posts
orang kata kalau nak seribu daya, taknak seribu dalih.. umno ngan pas sama je.. sib baik la dulu ada karpal.. leh gak dijadikan kambing hitam.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 10:51 AM | Show all posts
semoga bermanfaat...





Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 10:51 AM | Show all posts
Badut.Sarkas posted on 25-4-2014 10:42 AM
orang kata kalau nak seribu daya, taknak seribu dalih.. umno ngan pas sama je.. sib baik la dulu ada ...

yang kuat menolak hudud ni dulu ada dua orang...sorang dah tak ada...
yang lagi sekor tu, liat betul nyawa dia... sindir sana, sindir sini, sup tangan sini, sup tangan sini...
kalau dah takde nanti, apa pulak alasan mereka....
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 10:54 AM | Show all posts
saya tak menentang sebarang hukum yang datang dari Allah dan Rasulnya, cuma saya mohon agar ianya diterjemahkan semula mengikut latar sosio-politik negara
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 10:56 AM | Show all posts
wanita2 yg menolak poligami adalah kufur
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2014 11:00 AM | Show all posts
tk semestinya kufur
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
STONER posted on 25-4-2014 10:49 AM
tak berdosa tak solat kerana kita bukan tak nak solat cuma belum sedia nak solat lagi. boleh ke  ...

Wallahualam bissawab.. Sesungguhnya Allah maha mengetahui samada hambanya itu dimasukkan ke syurga atau neraka apabila telah meninggal dunia kelak.

Sedangkan Allah masukkan pelacur yg melacur sepanjang hayatnya hanya kerana memberi seekor anjing kehausan minum air telga. Allah masukkan ke dalam syurga seorang pembunuh yg telah membunuh 100 org dlm perjalanan utk bertaubat. Allah campakkan org yg kuat beribadah kerana menyangka dia confirm masuk syurga lalu takbur dgn amalannya.

Syurga / neraka is subjective. Tapi marilah kita renungkan kembali perkara paling basic dalam Islam iaitu rukun islam & rukun iman. Fullfill 2 benda nih, dah islam lah seseorang itu. Malah rukun islam kelima pun diberikan kelonggaran oleh Allah swt iaitu kepada org2 yg berkemampuan sahaja.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 11:16 AM | Show all posts
yg mnyokong takut2 je nk sokong sbb xyakin dgn diri sendiri berkenaan ng hudud, inikan pula yg mmg rasa diri dia byk kesalahan...
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 11:25 AM | Show all posts
hadi awang pun dah cakap.....hudud bukan agenda parti

tapi mangkuk2 tetap percaya pas nak buat hudud....last2 umno jugak yg salah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 08:42 AM GMT+8 , Processed in 0.083309 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list