CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10522|Reply: 57

Anak Tegur Natasha Hudson Lambat Solat

[Copy link]
Post time 5-5-2014 03:55 PM | Show all posts |Read mode
Sumber: Malaysian Digest

.

Sejak membuat keputusan berhijab sekitar dua tahun lalu dan tak lama kemudian dia berkahwin dan hamil anak kedua, pelakon, model dan pengacara jelita, Natasha Hudson sudah memperlahankan aktiviti seni baik dalam bidang lakonan mahupun pengacaraan.

Selepas bersalin pada April tahun lalu, kini aktres berdarah kacukan Melayu-Inggeris ini menumpukan sepenuh perhatiannya kepada keluarga. Sambil-sambil dia menjalankan perniagaan pakaian muslimah secara online, di rumah.

Bergelar ibu kepada dua cahaya mata, Natasha memberitahu dia bersyukur dan gembira dengan kehidupannya meskipun dia tidak lagi aktif dalam dunia hiburan dalam tempoh setahun dua ini. Melihat anak-anaknya, Nessa Helena (6 tahun) dan Naeema Kalila (1 tahun) membesar, antara momen-momen berharganya setiap hari.

"Saya tidak mempunyai pembantu rumah. Jadi semua urusan rumah dan anak-anak saya yang buat sendiri. Saya melihat contoh pada ibu dan nenek saya. Ibu saya, ibu tunggal tapi dia mampu besarkan anak-anak sendiri. Manakala nenek saya pula mempunyai 12 orang anak. Jadi kalau mereka boleh, kenapa tidak saya. Lagipun saya tak mahu menyusahkan ibu mertua atau sesiapa.

"Sebab itu saya ambil keputusan untuk pelahankan aktiviti seni dan alih tumpuan pada suami dan anak-anak. Tambahan anak saya menyusu badan. Jadi saya terikat dengan anak-anak membuat saya terpaksa menolak tawaran berlakon. Tapi sekarang anak-anak pun semakin membesar dan saya bersedia untuk kembali dalam dunia lakonan kalau ada tawaran", katanya yang bakal menerusi filem 'Mamak Cup Cake' yang akan ditayangkan selepas hari raya Aidilfitri ini.

Natasha ditemui pada majlis memperkenalkannya sebagai duta baru AuraWhite Beauty, bertempat di sebuah hotel di ibukota. Selain, pelakon baru Amyra Rosli juga turut diperkenalkan sebagai duta baru bagi produk minuman kolagen dan kecantikan wajah popular tersebut.

Dalam perkembangan lain, Natasha memberitahu dia kini sedang menghabiskan pengajiannya dalam jurusan diploma Pengajian Islam di Pusat Islam Yayasan Taklim yang terletak di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI). Bakal menamatkan pengajian pada Mei ini, dia juga merancang mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah.

"Sekarang ni saya sedang habiskan diploma saya dalam pengajian Islam. Saya mula ambil krusus ni pada September tahun lepas. Saya berlajar di Pusat Islam, Yayasan Taklim yang berkolaborasi dengan Irees Institute, Texas. InsyaAllah saya nak sambung ke peringkat ijazah selepas ini.

"Sebenarnya minat saya mahu mendalami agama sudah timbul sejak remaja lagi. Dan ketika saya saya hamil anak kedua, saya teringin nak sambung belaar di Universiti Malaya.

Tapi susah nak dapat peluang tu. Dan sejak tahun lepas saya dan suami selalu ke Taklim untuk belajar kelas agama. Kebetulan pihak institut ada buka tawaran untuk diploma, jadi tak lepaskan peluang itu.

Kata Natasha laggi, tidak hanya dia dan suami saja yang seronok ke kelas agama. Malah anak sulungnya juga teruja dan pasti akan mengikutnya ke kelas. Biarpun menyedari anaknya masih kecil, namun aktiviti keagamaan yang dilakukannya bersama suami sikit sebanyak memberi pendedahan awal kepada anaknya itu.

Paling menyentuh hati Natasha apabila anaknya sudah mula mahu memakai tudung dan akan menegur beliau sekiranya dia lambat menunaikan solat.

"Disebabkan saya tiada pembantu rumah, ke mana saja saya pergi, saya memang akan bawa sekali anak-anak saya. Termasuklah bila saya dan suami ke kelas agama, anak-anak akan ikut. Di sana ada bilik khas untuk kanak-kanak..............................................


Baca Artikel Penuh: http://malaysiandigest.com/hibur ... n-lambat-solat.html



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2014 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Sooooo...stori nye
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2014 04:02 PM | Show all posts
owh...ok..  
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2014 04:05 PM | Show all posts
Kurangkan sikit kut lilit2 tudung tu..
Dah cantik dah..xyah nak hijabster sangatlah..
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2014 04:05 PM | Show all posts
Alhamdulillahhh..
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2014 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
menunjuk nunjuk kealiman diri dan keluarga... tahniah..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-5-2014 04:11 PM | Show all posts
Alhamdulillah, berubah ke arah kebaikan
Selalu nampak dia skrg kat mana2x
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2014 04:16 PM | Show all posts
bagusnye anak sheols
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2014 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa citer bapak neesa yea... Rebutan retis2 msia gak tu... Playboya darat..
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2014 04:21 PM | Show all posts
okla tu......
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2014 04:22 PM | Show all posts
muka cam byk masalah jer
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2014 04:53 PM | Show all posts
clarizsa posted on 5-5-2014 04:11 PM
menunjuk nunjuk kealiman diri dan keluarga... tahniah..

hehehehe..yer la kekdahnyer dari cite ni..
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2014 04:59 PM | Show all posts
bagus retis yang baru bertudung ni belajar agama dan sambung belajar dalam bidang agama..bukan ape, ade jenis retis baru gi ceramah dan kelas agama beberapa kali, dah berani tegur2 ustaz lain dan berlagak macam ustaz..
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2014 05:01 PM | Show all posts
bagus la... at least anak die ade anisiatif nk tgur maknyer lewwat solat... n mak pn bagus tk melenting...
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2014 05:29 PM | Show all posts
alhamdullilah.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2014 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurangkan mekap plis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2014 07:04 PM | Show all posts
hmmm pe kerje lakinye? harap rete mak bapak je ker?

Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2014 07:51 PM | Show all posts
Baguslah natasha. I suka jugak dia ni. Jangan jadi cam sorang tu asek nak rendahkan orang je.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2014 08:00 PM | Show all posts
clarizsa posted on 5-5-2014 04:11 PM
menunjuk nunjuk kealiman diri dan keluarga... tahniah..

kadang2 kite kena buka minda skit dan cube faham..
bile org tu dh bergelar selebriti...
ade2 saje wartawan yg akan soal/temuramah nak tahu perkembangan terkini..
tentang selebriti tersebut..
kite jgk kena ingat..yg sediakan soal2 ni bukan selebriti tu
tp wartawan....

Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2014 08:17 PM | Show all posts
Baguih la...
Dia ni sgt berbakat sebenar nya. ..suka tgk dia dlm duyung aridinata dgn filem chermin.
Kekadang tgk dia ni mcm ada iras2 pelakon 90an sharmaine farouk...
Rindu mak teh kat dia...ntah ke mana menghilang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 05:22 PM GMT+8 , Processed in 0.308159 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list