View: 5835|Reply: 45
|
[Tempatan]
KLIA2 bermasalah lepas beroperasi sejak 2 Mei
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) diingatkan supaya mengambil tindakan segera berhubung aduan masalah seperti mendapan dan takungan air yang dilaporkan berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata MAHB selaku pengendali KLIA2, dalam mesyuarat bersama PAC sebelum ini, mengakui terdapat beberapa 'kekurangan' pada lapangan terbang itu sebelum ia mula beroperasi 2 Mei lalu.
"Bila datang sini (PAC), mereka (MAHB) kata masalah itu boleh diselesaikan dan boleh dilakukan penambahbaikan. Sebab itu klia2 beroperasi dan sekarang baharu dua minggu lebih (beroperasi) sudah ada isu," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat PAC Penggal Kedua 2014 di Bangunan Parlimen di sini hari ini.
Sementara itu, MAHB berkata tiada risiko keselamatan pada kawasan apron lapangan terbang itu.
"Kami bersedia dengan pasukan kejuruteraan yang tersedia untuk menangani isu berkenaan," kata MAHB dalam satu kenyataan.
Syarikat itu turut memberi jaminan operasi penerbangan mana-mana syarikat penerbangan tidak akan terjejas, memandangkan klia2 mempunyai tempat letak pesawat yang mencukupi untuk menampung pergerakan pesawat.
Menurut kenyataan itu, MAHB dan AirAsia mengadakan pertemuan setiap hari bagi membincangkan secara mendalam mengenai isu-isu operasi dan keselamatan dan penjelasan serta penyelesaian telah diberikan.
Dalam pada itu, Nur Jazlan berkata pihaknya telah menerima beberapa cadangan penambahbaikan yang akan dilakukan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas)
bagi memantapkan sistem akaun untuk mengelak status 'kurang memuaskan' daripada Jabatan Audit Negara di masa depan.
"Status kurang memuaskan pada laporan audit lalu disebabkan Finas dalam masa tertentu mengalami kekurangan staf akaun dan ada penggabungan dengan Jabatan Filem Negara pada 2013 yang kurang kemas menyebabkan berlaku masalah pada akaun," katanya.
Nur Jazlan berkata Finas telah menambah kakitangan untuk menyelia akaunnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
meke punya SOP ...
|
|
|
|
|
|
|
|
Dalam pada itu, Nur Jazlan berkata pihaknya telah menerima beberapa cadangan penambahbaikan yang akan dilakukan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas)
bagi memantapkan sistem akaun untuk mengelak status 'kurang memuaskan' daripada Jabatan Audit Negara di masa depan.
Uikkk!!.... apa kaitan dengan FINAS pulop ni?..
|
|
|
|
|
|
|
|
kalo nurul izzah tony fernandez yg komplen MAHB x pedulik..ni gomen sendiri yg cakap takkan wat tak tau gak |
|
|
|
|
|
|
|
kecimpret posted on 21-5-2014 10:28 AM
kalo nurul izzah tony fernandez yg komplen MAHB x pedulik..ni gomen sendiri yg cakap takkan wat tak ...
puak2 ni layak kena sula...
|
|
|
|
|
|
|
|
dino posted on 21-5-2014 10:29 AM
puak2 ni layak kena sula...
tang toilet tu mmg epic fail tul laaaa..kalo kat negara maju leh kena saman tuh
|
|
|
|
|
|
|
|
kecimpret posted on 21-5-2014 10:32 AM
tang toilet tu mmg epic fail tul laaaa..kalo kat negara maju leh kena saman tuh
keje cincai
sub con la katakan... sekor pun tak perasan
|
|
|
|
|
|
|
|
selalu stairway to heaven, ni lif terus |
|
|
|
|
|
|
|
namirulmukminin posted on 21-5-2014 08:00 AM
Uikkk!!.... apa kaitan dengan FINAS pulop ni?..
Nur Jazlan ni Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC)
so kena tgk semua yg berkaitan dgn akaun gomen
|
|
|
|
|
|
|
|
hahhahahaha...sakit perut aku gelak...Maharaja lawak boleh kalah kalau camni |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa dilancarkan jugak pada 2 mei? sebabnya nk tunjukkan semuanya dh OK
dan tak nk delay lagi date tu |
|
|
|
|
|
|
|
Malu giler.... buat keje cincai je.. |
|
|
|
|
|
|
|
baper billion lagi bakal habis nak repair semua ni? |
|
|
|
|
|
|
|
janji next projek masyuk
dan tiada siapa yg kena |
|
|
|
|
|
|
|
Ntah berapa puluh ribu buat deko cendawan bodoh tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Wah! ini betul-betul stairways to heaven, pintu atas tu bukak pergi mana? |
|
|
|
|
|
|
|
Damn it!
|
|
|
|
|
|
|
| |
|