CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3613|Reply: 3

Hijab, Rahsia Muslimah Menawan

[Copy link]
Post time 22-5-2014 03:41 PM | Show all posts |Read mode



Alhamdulillah jika anda memang sudah memakai tudung selepas baligh lagi. Bagi anda yang masih baru, teruskan niat anda itu kerana Allah SWT. Jangan sesekali memandang hina mereka yang tidak bertudung. Lebih baik anda mendoakan agar Allah SWT membuka hati mereka untuk menutup aurat di kepala itu.

Anda masih boleh bergaya walaupun memakai tudung, tetapi perlu menepati syarat dalam Islam. Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud: “...hendaklah mereka melabuhkan tudung (selendang) mereka ke leher dan dada mereka...” (Surah An-Nur: Ayat 31). Cara berpakaian juga perlu sopan bertepatan dengan pemakaian tudung menutupi paras dada 360 darjah. Ia bermaksud, bahagian depan dan belakang perlu sama panjang. Dara.com ingin berkongsi beberapa tip pemakaian tudung sesuai untuk remaja seperti anda.



1-      Anak Tudung – Jika anda gemar memakai selendang daripada fabrik jojet, satin atau pun sifon yang licin, maka seelok-eloknya anda menyarungkan anak tudung terlebih dahulu. Guna anak tudung buatan fabrik lycra kerana selendang tersebut akan mudah dibentuk serta terletak dengan cantik.



2-      Warna Terang – Hitam dan putih adalah warna selamat untuk dipadankan dengan apa jua warna, tetapi apa kata anda ubah cita rasa itu pada penampilan diri. Gunakan warna terang pada selendang agar wajah anda kelihatan lebih segar dan bersemangat. Ini kerana warna yang pudar, gelap atau pun kedam akan membuatkan wajah anda seperti lesu dan tidak bermaya.



3-      Corak Tudung – Elakkan memilih corak yang terlalu penuh pada tudung. Ia akan menyerabutkan penampilan anda. Cukup sekadar renda, kerawang, jemeki atau pun corak bunga di hujung selendang sahaja. Corak yang ringkas ini sudah boleh melengkapkan gaya manis anda. Jangan sesekali memilih corak berunsur binatang yang kontra dengan budaya Islam.



4-      Sanggul Belakang – Tidak dinafikan, kewujudan sanggul di belakang kepala membuatkan tudung beralun cantik, tetapi anda perlu ingat dosa yang perlu ditanggung. Sanggul yang terlalu tinggi bukan mengikut ajaran Islam.



Tegahan gaya ini telah diriwayatkan dalam hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Ada dua golongan dari penduduk neraka yang belum pernah aku lihat: Suatu kaum yang memiliki cemeti ekor lembu untuk memukul manusia dan para wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, kepala mereka seperti bonggol unta yang bergoyang-goyang. Wanita seperti ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya, sedangkan baunya dapat dicium selama perjalanan sekian dan sekian. (Hadis Riwayat Muslim)



5-      Bentuk Leher – Ini juga dilarang dalam Islam kerana menyerupai agama lain. Ia juga serupa menampakkan leher anda walaupun ditutupi dengan kain tudung. Sedar atau tidak, terlalu ramai yang meniru fesyen sebegini sekarang ini. Nabi Muhammad SAW menerusi hadisnya berkata: “Barang siapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka ia termasuk daripada golongan mereka”. (Hadis Riwayat Abu Daud, disahihkan oleh Ibnu Hibban). Maka, ubah gaya tudung anda sekarang sementara belum terlambat.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2014 03:59 PM | Show all posts
Nice info. Thank you.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 08:43 AM | Show all posts
kawan² lelaki aku yg baik selalu nasihatkan perempuan jgn pakai warna terang.... boleh tarik perhatian diaorang katanya...
kita ni yg perempuan susah nak faham mata lelaki ni....
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2014 09:27 PM | Show all posts
Macam mana bentuk leher tu . Boleh tunjuk image 1 tak ? Maybe saya terikut
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 17 kondominium
ultra78Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 1
Views : 19199 Replies : 2
JUST-IN: Epstein Files pt. 2
Tumpang-SibokJUST-IN: Epstein Files pt. 2
Views : 49823 Replies : 1
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 23468 Replies : 7
berita malam seram:pocong parit buntar tumpas.jadi bahan jenaka Public Health Malaysia
YgBenarberita malam seram:pocong parit buntar t
Views : 10831 Replies : 2
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 363932 Replies : 3551
DISCLOSURE DAY
SY_MumiDISCLOSURE DAY
Views : 371 Replies : 5
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 278422 Replies : 1525
PROJECT HAIL MARY
SY_MumiPROJECT HAIL MARY
Views : 266 Replies : 2
Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksual terhadap anak perempuan
ultra78Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksua
Views : 31876 Replies : 22
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi lebih RM4.8 juta termasuk faedah kepada kerajaan
ultra78Keluarga Altantuya pulangkan semula gant
Views : 19929 Replies : 7

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2026 09:59 AM GMT+8 , Processed in 0.663510 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list