CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3565|Reply: 2

Kad Kredit vs Kad Perubatan

[Copy link]
Post time 29-5-2014 03:25 PM | Show all posts |Read mode
Salam Wahai Warga Forum,

Sekadar ingin berkongsi pendapat mengenai perbandingan menggunakan kad perubatan dan kad kredit ketika perlu mendapatkan rawatan di hospital swasta yang rata-rata kita semua ketahui kos rawatannya yang tinggi. Jom kongsi pendapat sama ada anda setuju atau tidak dan mengapa? Mana satukah pilihan anda?

Masyarakat masa kini sudah bijak dalam membuat perancangan kewangan demi menjamin masa depan di mana kita semua masih tidak tahu bagaimana kesudahannya. Namun masih ada segelintir golongan yang masih ragu dan berkira-kira memperuntukkan sejumlah wang untuk dikeluarkan bagi membeli insurans perubatan, demi melindungi diri dikala ditimpa musibah seperti sakit kronik, kemalangan, hilang upaya kekal atau sementara.

Berkemungkinan golongan ini masih kurang kesedaran mengenai kepentingan insurans dan merasakan mereka masih mampu untuk menampung kos rawatan jika hanya perlu dimasukkan ke hospital selama dua, tiga hari atau seminggu akibat demam. Akan tetapi adakah anda terfikir jika secara tiba-tiba anda disahkan menghidap penyakit kritikal seperti kanser atau pembedahan akibat kemalangan.

Pada ketika itu mungkin sukar untuk anda menerima kenyataan, bersedih malah tidak menyangka anda akan berdepan dengan penyakit merbahaya seperti kanser. Namun apa yang lebih membingungkan, bagaimana dengan kos rawatan? Sudah semestinya kos rawatan kanser amat tinggi. Adakah pada waktu itu duit simpanan anda cukup untuk menampung jumlah kos rawatan sehingga kanser anda hidapi benar-benar pulih.

Apakah perlindungan kewangan sebenar yang mampu menjamin anda ketika situasi sedemikian berlaku? Adakah melalui wang simpanan, kad kredit atau kad perubatan? Sekiranya anda memilih untuk menggunakan wang simpanan. Ia boleh diibaratkan umpama gunung jika ditarah lambat-laun akan rata jua. Begitu juga dengan wang simpanan, lama-kelamaan akan habis jika hanya digunakan tanpa menggantikannya.

Malah jika anda menjadikan kad kredit sebagai sumber kedua itu juga akhirnya akan membebankan anda dengan hutang dikala anda sendiri tidak tahu bila masanya anda akan mampu melangsaikan segala hutang.

Ramai yang masih mengeluh kerana setiap bulan semua duit gaji habis untuk membayar komitmen. Kemampuan kewangan yang dikatakan cukup terbatas walaupun hanya perlu ketepikan 10% daripada pendapatan setiap bulan untuk membayar polisi insurans. Namun rata-rata individu masih tidak nampak akan kepentingan dan manfaat kad perubatan untuk jangka masa panjang dan di waktu yang tak diduga.

Anda hanya perlu membelanjakan kira-kira RM5 sehari untuk mendapat kad perubatan yang bakal menanggung kos perubatan jika anda dimasukkan ke hospital. Malah anda  juga hanya perlu membuat bayaran paling minima untuk perlindungan maksima.

Seperti yang kita sedia maklum kos rawatan di hospital swasta sememangnya begitu tinggi jika dibandingkan hospital kerajaan. Caj bilik bagi sehari sahaja paling minima RM100 tidak termasuk caj perubatan, pemeriksaan doktor dan lain-lain. Jika demam panas sahaja bil rawatan boleh mencecah sehingga ribuan ringgit. Inikan pula jika didiagnos menghidap penyakit kritikal. Berapa agaknya kos rawatan yang akan dicaj?

Walau bagaimanapun, kepada sesiapa yang berkeinginan, berminat dan merancang untuk membeli insurans kad perubatan, nyawa dan sebagainya, yang kini semakin meluas penjualannya oleh agen-agen insurans konvensional mahupun takaful. Anda perlulah lebih berhati-hati dengan menyelidik dan memahami setiap kandungan dan faedah yang ditawarkan oleh setiap polisi insurans yang terdapat di pasaran. Demi mengelakkan anda daripada ditipu dan akhirnya mengakibatkan kerugian.

Apapun segalanya terpulang pada diri anda untuk merancang sebaiknya dalam memberi perlindungan perubatan terbaik buat diri dan keluarga. Perancangan kewangan yang bijak akan memberikan manfaat kelak kepada diri anda sendiri. Kita tidak akan nampak masa kita dalam keadaan sihat namun apabila ditimpa musibah kelak kemudian kita akan menikmzti manfaatnya.

Kesimpulannya berbalik kepada kesedaran masing-masing dalam merencana dan membuat persiapan masa depan. Ini kerana semakin hari kehidupan semakin sukar kerana perlu menanggung pelbagai kos kehidupan seharian yang saban hari meningkat. Tepuk dada tanya selera. Pilihan sudah tersedia hanya tinggal anda memilih mana satu yang terbaik.




Last edited by easicircle on 30-5-2014 02:29 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2014 12:14 PM | Show all posts
Edited by hafezjaafar at 30-12-2014 12:17 PM

Assalam dan salam sejahtera..

Saya sangat la bersetuju dgn topik yg diutarakan oleh tuan pemula thread. Kad perubatan ni mmg tkde sape nak ketika sedang sihat. Namun ketika dah sakit,mmg la tkleh nak apply lagi. Masa tu, kene la korek2 segala simpanan yg ada untuk cari kos rawatan. Kos rawatan pula bukan makin murah tapi makin mahal tiap tahun. Sume naik harga,tak pernah nye turun walau harga minyak turun harga sikit tahun ni. Jadi marilah kita sama2 cari solution perkara ni dgn memiliki kad perubatan ketika masih muda dan sihat. Macam2 syarikat insurans/takaful ada kat Malaysia ni. Jadi pilihlah produk perlindungan yg bagus dan mencukupi dgn keperluan dan tanggungan masa depan anda. Pilih ejen yg akan sentiasa membantu anda ketika ini dan masa depan. ( Saya pun ejen takaful ). Moga ramai orang yg sedar kepentingan kad perubatan berbanding menghabiskan simpanan dlm bank.

C:\Documents and Settings\OEM\Desktop\Insurance Info-Hafez

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2014 04:40 PM | Show all posts
hafezjaafar replied at 30-12-2014 12:14 PM
Assalam dan salam sejahtera..

Saya sangat la bersetuju dgn topik yg diutarakan oleh tuan pemula t ...

Samal-samalah kita beringat kerana mencegah itu lebih baik daripada mengubati.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 10:11 PM GMT+8 , Processed in 0.070142 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list