Afiq nak lempang Eina?
Rasanya ramai yang sudah tahu pelakon Afiq Muiz sudah berbaik dengan ibunya, Hasliza Mohd yang dipanggil ‘umi’. Masa kes gaduh besar dua beranak ini tahun lepas, Cik Pang antara yang paling cepat duduk depan TV dan surat khabar nak tahu perkembangan selanjutnya.
Apatah lagi apabila ada kawan-kawan produser, pengarah dan penulis skrip dah ‘sound’ awal-awal yang mereka sudah senarai hitam nama Afiq dan pelakon Eina Azman yang turut terbabit sama dalam isu itu daripada berlakon dengan produksi mereka.
Mereka tidak dapat terima kebiadapan seorang anak kepada ibu kandung sendiri. Malah ia sebagai satu pengajaran juga buat penderhaka ibu bapa.
Ha! sampai macam itu sekali penangan Tuhan nak tutup rezeki kita sebab derhaka pada ibu.
Terbaru, Cik Pang dapat tahu Afiq dan uminya memang boleh dikatakan tidak berenggang lagi. Baguslah macam tu, syurga di bawah tapak kaki ibu. Kalau derhaka, sah-sah tak bau syurga walau solat sampai bengkak mata dan dahi sekali pun.
Sampaikan ada pihak produksi bercerita pada Cik Pang, jadual penggambaran Afiq mesti tidak boleh terlalu lewat malam. Alasannya, umi Afiq dah masak untuk makan bersama-sama sekeluarga, jadi Afiq perlu balik awal sebaik saja selesai penggambaran.
Dalam kemanisan kisah Afiq dan uminya, kawan Cik Pang ada juga cerita dua beranak ini memang dah berbulu dengan Eina.
Malah Afiq dikatakan pernah keluar ayat kalau dia dan umi nampak Eina, memang akan lempang.
Wah, lempang buaya ke dik? Nampak sangat marahnya Afiq dan uminya pada Eina. Nak kata Cik Pang propa tidak juga, sebab Cik Pang pernah terdengar perbualan Afiq dengan seorang PR artis yang tidak akan datang ke acara hiburan kalau Eina turut hadir.
Apa sebab sampai nak lempang anak orang, Cik Pang pun tak pasti. Nak tahu lebih, kenalah tanya Afiq sendiri.
Last edited by maxim on 2-6-2014 04:14 PM
|