CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4127|Reply: 1

SENTUHAN KIRANA

[Copy link]
Post time 11-6-2014 11:30 AM | Show all posts |Read mode
TIP SOLEKAN
  • Fokus solekan adalah pada bahagian mata supaya ia tampak lebih galak dan menyerlah.
  • Untuk menyerlahkan bentuk mata yang galak, bulu mata palsu dua lapis digunakan diikuti dengan sapuan maskara hitam pekat agar bentuk mata lebih terserlah.
  • Rona pink turut digunakan untuk pemerah pipi untuk menyerlahkan solekan seterusnya menaikkan seri wajah.
  • Kebiasaannya, pilihan warna untuk solekan di majlis resepsi antaranya adalah pink, ungu dan maroon.
  • Manakala untuk busana pula, kebanyakannya menggunakan rona-rona pastel. Maka, solekan akan mengikut warna busana.



Debaran kini mulai terasa apabila detik-detik yang dinanti-nantikan sudah tiba. Jantung berdegup kencang saat menantikan diri dinikahkan dengan insan yang dicintai. Seri wajahmu terserlah dalam solekan ringkas yang mempesonakan. Klasik namun tetap menawan!

1. RONASUTRA 5-COLOUR SET

Terbaharu daripada Ronasutra, lima warna dikombinasikan dalam satu bekas serta mudah untuk diaplikasikan. Berfungsi sebagai bedak muka dan bedak asas yang 100 peratus mineral serta dilengkapi dengan SPF 35. Produk ini bercirikan bebas talkum serta bebas minyak. Solekan anda mampu bertahan selama 16 jam dengan sapuan yang sempurna. Boleh digunakan dengan Ronasutra Kabuki Brush atau span atau kedua-dua sekali.

2. MY EYE PALETTE

Serlahkan matamu dengan mainan warnawarna lembut untuk penampilan yang lebih manis di hari bahagiamu. Pembayang mata berperanan penting untuk menyerlahkan solekan mata yang menawan. Redup renunganmu buat yang tersayang pasti membangkitkan rasa kasih yang mendalam. Bertekstur lembut serta tahan lebih lama pada kelopak mata. Disediakan dalam pelbagai pilihan warna yang menarik dan sesuai untuk semua warna kulit.

3. MAJOLICA MAJORCA LASH KING

Lenyapkan rupa bulu mata yang tidak indah dan kembalikan kecantikannya dengan maskara Majolica Majorca Lash King yang hebat ini. Maskara yang dilitupi oleh fiber jet-black berukuran 5mm menjadikan bulu mata panjang serta lebat secara semula jadi. Berusnya direka khas untuk memaksimumkan volum dan kepanjangan dengan setiap aplikasi. Juga memastikan setiap helaian bulu mata mendapat sapuan fiber yang menyeluruh.

4. TRES CHEEK POWERBLUSH

Pemerah pipi yang bertekstur lembut memberikan kesan kilauan yang mempesonakan pada wajah. Tulang pipi tampak lebih menegang dan pipi juga kelihatan gebu. Pilihan warna-warnanya yang menarik juga cukup serasi dengan warna semula jadi kulit. Penampilan anda akan lebih mempesonakan di hari perkahwinan kelak dengan pilihan warna yang tepat dan memikat. Solekan tahan lebih lama dengan sapuan yang sempurna. Serlahkan senyuman paling menawan di hari bahagiamu!



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2014 12:24 PM | Show all posts
lipstik perempuan tu pkai lawa..kaler nude gitu. tp klau aku yg pkai..msti nmpk cam org sakit..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 03:00 PM GMT+8 , Processed in 0.398679 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list