View: 69982|Reply: 527
|
Hidup bermadu ujian hebat saya dan Aida - Erma Fatima (pg.13)
[Copy link]
|
|
Sumber HLive
KUALA LUMPUR, 16 JUN 2014: Pelakon dan pengarah terkenal, Erma Fatima atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad bersedia untuk berjumpa dengan isteri baru suaminya, Bade Hj Azmi yang dikatakan telah bernikah kira-kira 2 bulan yang lalu.
Isteri baru Bade yang dikenali sebagai Aida Abdul dikatakan telah melangsungkan majlis pernikahan bersama Bade di negara jiran.
“Saya bersedia untuk berjumpa dengan isteri baru Bade iaitu madu saya secara terancang mahupun kebetulan, saya serahkan kepada suami saya bagaimana cara pertemuan itu, “ katanya dalam rancangan bual bicara HLive Apa Kata Malaysia.
Menurutnya, keizinan untuk bermadu memang telah lama dipersetujui dan dia pernah mencari calon yang sesuai untuk suaminya namun ditolak.
“Saya tak tahu kenapa kali ini Bade tak suruh saya pergi tunangkan atau pun tidak, itu semua kena tanya dia, saya minta hal ini tidak disensasikan lagi dan saya anggap ianya telah selesai,” ujarnya.
Meskipun Erma Fatima mengetahui perkara ini, kekuatan dari anak-anaknya adalah keyakinan utama bagi dirinya untuk meneruskan kehidupan dan berkarya untuk teater mahu pun drama terbitannya.
“Saya tahu ramai yang member tafsiran yang negatif mengenai poligami, tapi apa yang berlaku terhadap diri saya perlulah dilihat secara positif yang berkemungkinan saya mempunyai kekurangan pada diri Bade,” jelas Erma.
Dia juga turut mengakui dirinya sangat “workaholic” dalam menguruskan kerjayanya namun di rumah dia tetap menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan hormat Bade selaku khalifah untuk menguruskan hal keluarganya.
Dalam program bual bicara ini, masa siaran dilanjutkan kerana Erma Fatima terlewat hadir atas sebab-sebab tertentu dan pihak penerbitan memberi ruang kepadanya untuk memberi penjelasan seluas-luasnya.
Credits: murai.com.my
Last edited by achik2009 on 7-10-2014 07:34 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
“Saya tahu ramai yang member tafsiran yang negatif mengenai poligami, tapi apa yang berlaku terhadap diri saya perlulah dilihat secara positif yang berkemungkinan saya mempunyai kekurangan pada diri Bade,” jelas Erma.
-hurmmmm.... sayu plak |
|
|
|
|
|
|
|
Hati org pompuan kan, sekeras2 mana pun kalu dah berkongsi terasa jugak.
Harap kak erma bertabah. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga berbahagia Erma bade n aida |
|
|
|
|
|
|
|
Suchi posted on 16-6-2014 01:35 PM
“Saya tahu ramai yang member tafsiran yang negatif mengenai poligami, tapi apa yang berlaku terhada ...
die kata semalam bila suami kawen lain isteri pertama akan cuba carik kelemahan snirik yg wat suami kawen lain..
emma kata kelemahan diri die yg die nampak
-xleh bg zuriat
-sangat workaholic
|
|
|
|
|
|
|
|
Semoga kalian bertiga berbahagia.... |
|
|
|
|
|
|
|
Pahit tp ada juga manis akhirnya..btabah la erma,itu jln yg diaorang pilih kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
semalam tengok erma kat HLive,luaran nampak tenang tp dalaman sapalah yg tahu.. sayu ja tengok dengan mata berkaca menahan sebak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Lepas ni mesti banyak idea Timah nak buat drama based on true story. lol |
|
|
|
|
|
|
|
harapnya orang lain dan reporter pun sudah-sudah la masuk campur hal rumahtangga dorang
karang elok-elok je boleh berdamai, terus jadi berantakan |
|
|
|
|
|
|
|
Zumbajunkie posted on 16-6-2014 01:43 PM
Lepas ni mesti banyak idea Timah nak buat drama based on true story. lol
Jgn nak gelak sgt la |
|
|
|
|
|
|
|
Saya Juga Rasa Terhina – Erma Fatima Ulas Isu Bade Kahwin Lagi Kerana Mahu Anak
June 16th, 2014 | by Noraniza
Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba pihak media dikejutkan dengan kisah pernikahan pengarah terkemuka, Bade dengan seorang wanita bernama Aida yang dikatakan berlangsung di negara seberang.
Meskipun isu poligami ini dilihat agak sensitif bagi kaum wanita, Erma Fatima dilihat tenang berhadapan dengan isu ini malah sudah sedia maklum dengan pernikahan itu.
Namun, di sebalik ketenangan wanita itu, Erma ketika ditemubual oleh Melodi semalam memberitahu bahawa dirinya juga sedikit terasa kerana tidak dapat melahirkan zuriat buat suaminya dan disebabkan perkara itulah dia membenarkan Bade berkahwin lagi.
Foto perkahwinan Bade dan Aida
“Mungkin orang ramai silap mengatakan keizinan saya beri pada suami bererti saya menerima poligami. Tidak, ini satu ujian daripada Allah SWT. Mungkin mereka mengatakan saya begitu kental, tetapi jiwa saya masih seorang perempuan.
Saya mungkin merasai apa yang semua orang di luar sana rasakan. Saya juga rasa dipersendakan, saya juga rasa kelemahan saya, saya juga rasa terhina. Malang bagi seorang perempuan tidak dapat melahirkan anak, memberikan zuriat kepada suami, itu kelemahan utama saya. Saya tidak dapat memberikan zuriat kepadanya dan kerana itulah saya memberi keizinan.
Saya melakukan ni bukan untuk mendapatkan ganjaran payung emas, tetapi ini soal hati dan perasaan. Saya harus melepaskan orang yang saya sayang untuk kebahagiaan dia.
Mungkin ada sesuatu yang indah di dalam diri perempuan itu sehingga Bade sanggup memilihnya dan mengahwininya. Bade cukup dewasa untuk membuat pilihan, pilihan itu saya harap tepat.”
Namun, ada juga desas-desus yang mengatakan bahawa Erma sengaja mengadakan penggambaran di luar negara semata-mata mahu mengelak untuk menghadiri majlis perkahwinan suaminya.
“Saya dah book tiket nak pergi ke Spain untuk shooting. Kalau saya cancel, saya kena cancel semua jadual-jadual orang lain. Majlis itu tetap akan berjalan dengan lancar dan meriahnya, tiada rasa cacat celanya majlis itu tanpa saya.”
Apapun, diharapkan agar rumahtangga Erma dan Bade akan kekal aman bahagia seperti selalu. Iyalahkan, sudah 24 tahun mereka melayari bahtera rumahtannga bersama, tentu sudah amat mengenali hati budi masing-masing.
P/S : Belajar memahami orang lain sebelum main lepas cakap sembarangan.
http://www.ohbulan.com/saya-juga ... i-kerana-mahu-anak/
|
|
|
|
|
|
|
|
Org workaholic mcm Erma ni jenis x fikir pasal sedih2 Sgt.
Life goes on jah konsepnya. |
|
|
|
|
|
|
|
semoga bade erma aida sentiasa bahagia.... |
|
|
|
|
|
|
|
Timah yang bagi izin poligami, apa masalahnya?
She's going to be ok and she's going to be busy directing a lot of tv dramas.
Sukahati aku lah nak gelak. Timah happy jer, life goes on even after the love has gone.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesian tgk erma kt melodi smlm..bg i la walau apapun alasan nya i tak sokong bab poligami ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
sayu la pulak baca statement seorang isteri yang rela dimadukan... |
|
|
|
|
|
|
| |
|