CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2381|Reply: 11

[Tempatan] Bas Tertusuk Besi Penghadang Jalan

[Copy link]
Post time 18-6-2014 11:40 PM | Show all posts |Read mode
KUANTAN - Tiga penumpang dan seorang pemandu bas RapidKuantan nyaris maut setelah bas yang dinaiki terbabas lalu tertusuk besi penghadang jalan dalam kemalangan di Kilometer 13, Jalan   Kuantan-Pekan berhampiran Taman Indera Sempurna di sini, hari ini.

Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas, Rosli Daud berkata kejadian berlaku kira-kira 3.40 petang apabila tayar depan bahagian kiri bas berkenaan tiba-tiba meletup menyebabkan bas itu hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar besi penghadang jalan.

"Berikutan kejadian itu besi penghadang jalan dianggarkan sepanjang lima meter telah menembusi dari lantai sebelah kiri bas sehingga ke bahagian cermin belakang bas.



"Ia mengakibatkan seorang penumpang iaitu pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mat Kilau, Rasydan Hakimi Saari, 13 patah kaki kiri, manakala dua lagi penumpang hanya mengalami cedera ringan," katanya kepada pemberita di sini.

Menurutnya, pemandu bas berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan manakala penumpang yang cedera dibawa keluar oleh orang ramai sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk mendapatkan rawatan.

Rosli berkata pihaknya dengan kerjasama kakitangan RapidKuantan mengambil masa lebih sejam untuk mengeluarkan besi penghadang jalan yang tertusuk pada bas henti-henti bandar itu.

Difahamkan ketika kejadian bas berkenaan dalam perjalanan dari Pekan ke hentian Bandar untuk menghantar penumpang tersebut.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi RapidKuantan, Zainurul Hakim ketika dihubungi berkata pihaknya akan menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian. - Bernama





Last edited by freekey on 18-6-2014 11:47 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2014 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
berita versi malay plak.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2014 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Berita tv1 la plak td berita cnn
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2014 11:45 PM | Show all posts
ngerinya..

Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2014 11:46 PM | Show all posts
Binipun satu, dgn budak kanyakpun nak beromen, laki tak mampu dah ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2014 11:49 PM | Show all posts
Apalah nak jadi dunia ni..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-6-2014 11:51 PM | Show all posts
kebabian apakah ni.

tajuk keluar kuey tiao goreng.

buka thread bas rapid KL.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2014 11:54 PM | Show all posts
hahahahaha  merapu giler...

kekadberian apa ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2014 11:55 PM | Show all posts
Apasal tetiba bertukar?..

Apakah cari.com mereng dah banyak sangat makan cadbury?
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2014 11:10 AM | Show all posts
bas lama tak servis kut
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2014 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
aku pun terheran jugak ..
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2014 08:09 PM | Show all posts
tayar botak kot
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 03:03 AM GMT+8 , Processed in 0.050866 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list