View: 15842|Reply: 105
|
Han Sedia Masuk Islam, Nikah Tasha Shilla Tahun Depan!
[Copy link]
|
|
Han Sedia Masuk Islam, Nikah Tasha Shilla Tahun Depan[size=0.688em] [size=0.75em]Tasha dan kekasihnya Han merancang untuk mendirikan rumah tangga pada 2015. Han juga bersedia mendalami Islam.
PETALING JAYA: Pelakon Tasha Shilla menjelaskan, kekasihnya iaitu Han Chen Wong, 24, sudah bersedia untuk memeluk Islam dan mereka juga merancang menamatkan zaman bujang masing-masing pada tahun hadapan.
Tasha atau nama sebenarnya Natasha Sheila Abd. Razak, 27, memberitahu Han meluahkan keinginan itu bukan kerana mahu memilikinya tetapi cinta dia terhadap Islam sudah lama tersemat.
"Insya-Allah, Han sudah meluahkan hasratnya untuk memeluk Islam dan dia dalam proses ke arah itu. Malah kami juga sudah berbincang mengenai hubungan kami ke fasa seterusnya iaitu berumah tangga," kata Tasha kepada mStar Online.
Terdahulu Tasha baharu sahaja pulang dari Sydney, Australia dalam rangka percutiannya yang dibawa oleh AirAsia X pada 11 hingga 15 Jun lalu.
[size=0.75em]Aksi menarik Tasha ketika berkunjung ke Sydney 11 Jun lalu tajaan AirAsia X.
Tasha berkata, selama ini Han tidak pernah cenderung kepada mana-mana agama sehinggalah dia tertarik kepada Islam sebelum mereka berkenalan lagi.
Malah ujar Tasha, keluarga pemuda itu juga tidak menghalang hubungan mereka malah turut memberi sokongan terhadap keputusan Han itu.
"Saya bersyukur kerana keluarga Han benar-benar memberi sokongan malah mereka tidak menghalang anak mereka untuk berkahwin dengan saya serta memeluk Islam," katanya.
Tambah Tasha lagi, Han juga ada memberi cadangan untuk memanggil guru agama mengajar mereka hal-hal berkaitan Islam dengan lebih mendalam.
Mengenai tarikh perkahwinan Tahsa berkata, buat masa ini mereka masih belum memperoleh mana-mana tarikh yang sesuai kerana perkara itu masih lagi baharu dibincangkan.
Ujarnya, sebagai anak sulung daripada tiga beradik, Han akan mengambil tanggungjawab mengambil alih perniagaan bapanya yang tinggal di Subang dekat sini dan meninggalkan kerjayanya sebagai ahli sukan Muay Thai apabila mereka berkahwin nanti.
[size=0.75em]Tasha (kiri) bersama ibunya Rosnah Suratman.
Dalam perkembangan berkaitan ibu Tasha iaitu Rosnah Suratman, 57, berkata keluarganya juga sudah bertemu dengan Han dan merestui hubungan berkenaan.
Malah ujar Rosnah bakal menantunya itu seorang yang baik selain mempunyai sifat sopan santun.
"Makcik tidak mengahlang hubungan Tasha dengan Han. Kalau ada jodoh, adalah. Kita doakan yang terbaik untuk mereka. Insya-Allah, makcik merestui hubungan mereka," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
abg ia kata masa kwn tasya promoter dulu mak die nk kawenkan ank die ngan dato' je.. |
|
|
|
|
|
|
|
ingatkan Hans isaac....
betul betulkah berita ini...?
|
|
|
|
|
|
|
|
bgus la.. tp jangan la masuk islam sbb nk kawen semata-mata.. jalankan tunjawab sebagai umat islam y sebenarnya okeh |
|
|
|
|
|
|
|
muke Tasha ni mesti ikot ayah die.. |
|
|
|
|
|
|
|
ingatkan hans isaac tadi. tanjat boboi |
|
|
|
|
|
|
|
Tasha berkata, selama ini Han tidak pernah cenderung kepada mana-mana agama sehinggalah dia tertarik kepada Islam sebelum mereka berkenalan lagi.
gitew katenye....poyo amat
|
|
|
|
|
|
|
|
laaaa Jowo rupanya TS nie. |
|
|
|
|
|
|
|
emaknya rupa macik2 biasa je. kalau selisih tepi pun tak tahu anaknya tasha shilalat |
|
|
|
|
|
|
|
tgk tajuk igtkn Hans Isaac (mentang2 la dia dh ptus dgn nelopak) hehe
tasah silah ni orang jawa rupanya... |
|
|
|
|
|
|
|
bagusla.... biar dia masuk islam dgn tenang... xyah nk sebok psal tattoo dia... |
|
|
|
|
|
|
|
clarizsa posted on 20-6-2014 12:55 PM
bagusla.... biar dia masuk islam dgn tenang... xyah nk sebok psal tattoo dia...
Agreed...kita tak tau hidayah tue datang bebila ja kalau Allah mau
|
|
|
|
|
|
|
|
kenapa aku tengok stok stok lelaki itu mcm bersepah disini.. bdw tasha shila ni aku still suka lg pembawaan diri dia.. boleh lah cantik walaupun tak cantik sangat.. |
|
|
|
|
|
|
|
malaywood.NET posted on 20-6-2014 01:01 PM
kenapa aku tengok stok stok lelaki itu mcm bersepah disini.. bdw tasha shila ni aku still suka lg pe ...
di mataku cantik je. takla meletup tp sesuai jah muka2 gini jd artis or promoter barang dkt butik mewah
|
|
|
|
|
|
|
|
rayna_raynes posted on 20-6-2014 01:18 PM
di mataku cantik je. takla meletup tp sesuai jah muka2 gini jd artis or promoter barang dkt butik ...
sama lah maksud i kan u ols. masih dlm katogori cantik lg tp bukan cantik sangat..tp tengok gaya struktur wajah dia boleh dikatogori sebagai wanita jelita gak. tp mcm ada sesuatu yg kurang gitu di muka dia. i think dagu dan mulut dia kot. alah takda manusia yg sempurna. |
|
|
|
|
|
|
|
Mak dia patut kena well-groom mcm mamasandha |
|
|
|
|
|
|
|
Ok la tu. Semoga segala urusan dipermudahkan. |
|
|
|
|
|
|
|
malaywood.NET posted on 20-6-2014 01:23 PM
sama lah maksud i kan u ols. masih dlm katogori cantik lg tp bukan cantik sangat..tp tengok gaya s ...
..i rs biasa je..dia tkda lah jelita tp boleh lah kalau nk dikatakan ada rupa.ye la dh nama nye artis harus lah makeup beribu riban,pkai brg branded,suntik itu ini kologen tegang segala klo bsuk pn nmpk ada kelas gitu..tp i tk minat dia sbb annoying.tgok galaksi aritu terus jd tk minat dia nih.sekian. |
|
|
|
|
|
|
| |
|