CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1461|Reply: 1

[Tempatan] 81,000 liter diesel dirampas

[Copy link]
Post time 25-6-2014 04:44 PM | Show all posts |Read mode
PORT DICKSON – Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) cawangan Port Dickson merampas 81,000 liter diesel yang bernilai hampir RM359,000 dalam tiga
serbuan Ops Titik di tiga lokasi berbeza sekitar kawasan Chuah.

Serbuan yang dilakukan dalam masa tiga minggu itu turut merampas lima lori tangki diesel.

Ketua Cawangan PPDNKK Port Dickson, Yusof Bakar berkata, kawasan Chuah dikenal pasti sebagai kawasan hitam dan PPDNKK akan terus memperhebatkan operasi bagi membantu kerajaan membanteras kegiatan penyelewengan minyak subsidi.

“Kita juga akan terus memperkemas dan mempertingkatkan unit risikan PPDNKK agar lebih banyak lagi kegiatan penyelewengan dapat digempur dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kegiatan penyelewengan ini boleh segera menyalurkannya kepada kami,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Yusof berkata, dari tiga operasi yang dijalankan sepanjang tiga minggu lalu ini, serbuan terbaharu adalah semalam yang mana ia merupakan operasi terbesar setakat ini bagi tempoh Januari hingga pertengahan tahun ini.

“Serbuan yang dilakukan di kawasan ladang kelapa sawit di Chuah berjaya merampas 40,000 liter diesel dipercayai bersubsidi dan tiga lori tangki minyak dengan nilai rampasan berjumlah RM170,000.

“Serbuan yang diketuai Penguatkuasa Shuaimi Abu Hassan bersama lapan anggota PPDNKK Port Dickson dilakukan hasil risikan selama tiga hari dijalankan," katanya.





Menurutnya, operasi itu bermula sekitar jam 12.45 tengah hari dan berakhir kira-kira empat jam kemudian.

"Tiada sebarang sebarang tangkapan dilakukan memandangkan ketika serbuan dilakukan kawasan itu tidak berpenghuni.

“Walau bagaimanapun, siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti pemilik premis itu dan dalang kegiatan tersebut,” katanya.

Katanya, kes itu disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barangan kawalan bagi melakukan kesalahan dan jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM100,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

“Bagaimanapun, jika kes itu melibatkan syarikat, denda maksimum sebanyak RM250,000 bagi kesalahan pertama dan RM500,000 kali kedua dikenakan jika sabit kesalahan,” katanya.

Untuk rekod Sinar Harian pada 14 dan 20 Jun lalu melaporkan kejayaan PPDNKK Port Dickson dalam Ops Titik di kawasan Chuah.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2014 04:55 PM | Show all posts
"Tiada sebarang sebarang tangkapan dilakukan memandangkan ketika serbuan dilakukan kawasan itu tidak berpenghuni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 07:12 AM GMT+8 , Processed in 0.068727 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list