CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12963|Reply: 81

[Tempatan] Lagi Model Antarabangsa memeluk Islam - Aliza Kim

[Copy link]
Post time 27-6-2014 07:36 AM | Show all posts |Read mode
Aliza Kim, bekas model antarabangsa peluk Islam

Dulu dia gemar mengunjungi parti sosial dan bergambar "berani" sesuai dengan statusnya sebagai bekas model antarabangsa, tetapi siapa sangka gadis jelita yang juga anak seorang paderi ini beroleh hidayah untuk memeluk Islam sejak tahun lalu.

Itulah kehidupan baru Aliza Kim, 20-an, model kelahiran Oklahoma, Amerika Syarikat berdarah Thailand yang kini menetap di negara ini sejak enam tahun lalu.

Sebagai anak tunggal dan dibesarkan dengan ajaran Kristian sempurna oleh bapa bergelar paderi, Aliza berkata, dia perlu mengambil berat perasaan kedua-dua ibu bapanya sebelum mengumumkan menganut Islam.

Berikutan itu, dia mengambil masa setahun untuk membuktikan kasih sayang sebagai anak kepada ibu bapa sebelum mengisytiharkan pengislamannya kepada masyarakat dan keluarga, Januari lalu.

“Sebelum memaklumkan mereka mengenai status Islam, terlebih dulu saya memberitahu bahawa diri sedang mempelajari Islam dan tiada sebarang bantahan daripada mereka.

“Bapa seorang lelaki yang baik dan taat kepada agama, pernah terlintas di fikiran saya bahawa sukar untuk berterus-terang kepadanya.“Temujanji antara anak dan bapa di Melaka, tahun lalu, memberi peluang kepada saya untuk membuktikan diri masih anak yang mereka sayangi sejak kecil. Kasih sayang itu tidak akan berubah.

“Semestinya pengakuan saya membuatkan mereka bersedih, namun bapa berfikiran terbuka dan mereka menerimanya dengan hati terbuka.

“Pesanan mereka sekiranya Islam memberi ketenangan dan harapan, saya diberi kebebasan untuk meneruskan pilihan itu,” kata Aliza ketika ditemui pada majlis Hijab Event 2014, Taman Tasik Titiwangsa, sempena Hari Hijab Sedunia, semalam.

Wanita ini mengakui memiliki alasan kukuh merahsiakan dulu status pengislamannya, termasuk persediaan menjadi Muslimah sejati secara luaran mahupun dalaman dan penerimaan ibu bapanya.

“Sebelum saya umumkan kepada khalayak ramai, saya perlu membuat persediaan awal.

“Saya ingin memakai pakaian menutup aurat, berhijab bukan sekadar menutup rambut, bahkan hati dan fikiran saya.

“Perjalanan saya bergelar Muslimah bermula dengan pembacaan dan kajian untuk mencari ketenangan sebenar dalam hidup. “Jika saya mengumumkan pengislaman ini lebih awal namun tidak memiliki ciri-ciri wanita Muslimah sama ada pemakaian, pemikiran mahupun percakapan, mungkin ada yang menganggap ia mainan dan penghinaan kepada Islam sendiri.

“Saya ingin menjadi Muslimah sejati, di dalam mahupun di luar,”
katanya yang kini giat menghasilkan buku panduan Islam kepada saudara baru dengan cara lebih mudah.

Berkongsi cerita penghijrahannya, Aliza yang kini aktif menghadiri kelas agama setiap hujung minggu ini mengakui perjalanan mencari kebenaran bermula apabila kehidupan peribadinya berdepan krisis besar, termasuk gemar menyertai parti sosial dan bergambar "berani" dalam dunia fotografi.

“Selepas enam bulan hidup dengan cara itu, saya mula bosan dan kekosongan jiwa belum diubati. Kemudian, saya menyesal dan berhasrat untuk kembali kepada ajaran agama.

“Saya tinggalkan semua aktiviti itu dan mendekatkan diri kepada Tuhan dengan harapan dapat menemui ketenangan sebenar.

“Berniat mencari agama dan ajaran sebenar, saya mengunjungi banyak gereja serta membuat kajian mendalam sejak 2012.

“Namun pencarian itu belum memenuhi kekosongan jiwa. Lantas saya mula mengkaji agama dan ajaran yang dibawa golongan nabi termasuk Muhammad, Isa dan Musa.

“Saya percaya nabi tidak akan sekali-kali melakukan kesilapan,” katanya sambil mengakui teman menyarankan supaya mengkaji Islam.

Sepanjang pembacaannya mengenai Islam terutama kisah nabi, Aliza mengakui lebih mudah memahami kerana dia turut mempelajarinya dalam Bible.

Aliza berkata, dia tertarik dengan sistem dan penstrukturan Islam dalam aspek kehidupan seperti bersolat, makan, pakaian mahupun bercakap.

“Apabila kita ikhlas mencari Allah, Dia akan datang kepada kita. Kemudian, saya mencari kebenaran mengenai satu Tuhan, bukan saja Islam, Kristian mahupun Yahudi, bahkan agama lain.


“Saya membaca 12 buku dan setiap buku itu membawa saya kepada pencarian dan pengetahuan baru mengenai kebenaran.

“Saya berasakan ia adalah aturan sempurna ditetapkan Allah untuk saya melihat kebenaran.

“Apabila difikirkan semula, secara ikhlas saya yakin sebenarnya kebenaran yang menemui saya,” kata lulusan Sarjana Perniagaan Antarabangsa ini.

Disoal masih merindui dunia peragaan, Aliza berkata, pekerjaan itu dilakukan bukan untuk mengejar populariti, sebaliknya mencari pendapatan menampung kehidupannya. -pentakpatah





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2014 07:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Apsal thread ni ade 2???ke cik salah tengok??
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2014 07:43 AM | Show all posts
sumpah aku tak kenal. . .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2014 07:52 AM | Show all posts
Cik_Andak posted on 27-6-2014 07:42 AM
Apsal thread ni ade 2???ke cik salah tengok??

mohon Mod @NIXAR katup salah satu thread....masalah teknikal. segala kesulitan amatlah dikesali.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2014 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Whoaaaa... For the first time DLM forum aku terpaksa katakan yg beliau sangat cantik PD pandangan mata aku yg kerap sangat tengok pompuan canti
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2014 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Aliza Kim berhijrah sudah. Aliza Kassim bila lg?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-6-2014 08:00 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2014 08:03 AM | Show all posts
pittjie posted on 27-6-2014 07:56 AM
Aliza Kim berhijrah sudah. Aliza Kassim bila lg?

komen ni paling kelakar!

jgn nanti keluar cerita kepala melekat kat sejadah...oppsss..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-6-2014 08:09 AM | Show all posts
scorpionkiki posted on 27-6-2014 07:56 AM
Whoaaaa... For the first time DLM forum aku terpaksa katakan yg beliau sangat cantik PD pandangan ma ...

thai-amerika....mmg cantik




Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2014 08:09 AM | Show all posts
bagusla dia,
ckp 1 bhasa je, takdela cmpur omputih+melayu cm wardina ke apa , porak peranda bahasa, spt perogol bahasa yg lain.

Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2014 08:15 AM | Show all posts
so felixia bila lagi
bukan main announce nak masuk islam tapi tak masuk2 pun
la ni tetiba j ada orang lain masuk islam senyap2

moga bertemu jodoh dengan yang boleh membimbing
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2014 08:26 AM | Show all posts
yg mcm jambul kat depan tu anak tudung ek?
dah pesen camtu plak dahhhh
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2014 08:30 AM | Show all posts
di luar sana ramai islam murtad, apa cerita
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2014 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
alinone78 posted on 27-6-2014 08:15 AM
so felixia bila lagi
bukan main announce nak masuk islam tapi tak masuk2 pun
la ni tetiba j ada or ...

ahad nih kot, sblm atau slps sahur.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2014 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Model intrnational?? Tk knl la uols..de tak pic die bt catwalk or jd model intnational brand? Pe pun alhmdulillah temui jln yg sbenarnya..
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2014 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
xtahumenahu posted on 27-6-2014 08:26 AM
yg mcm jambul kat depan tu anak tudung ek?
dah pesen camtu plak dahhhh

haah menyerupai rambut kan.. mcm rambut yg diletak klip rambut.

sedangkan tudung pun ade yg menyerupai mcm rambut yg ditocang berpintal2 lg.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-6-2014 08:37 AM | Show all posts
Suchi posted on 27-6-2014 08:31 AM
ahad nih kot, sblm atau slps sahur.

mudah-mudahan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2014 08:41 AM | Show all posts
Suchi posted on 27-6-2014 08:32 AM
haah menyerupai rambut kan.. mcm rambut yg diletak klip rambut.

sedangkan tudung pun ade yg men ...

adoyaiii...bukan ke x boleh gitu?
xper laa...hopefully sikit demi sikit dia belajar nanti
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2014 08:48 AM | Show all posts
Alhamdulillah....bersangka baik for islam....
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2014 09:51 AM | Show all posts
kuat gak gene thai kat die hah~~
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-10-2024 12:25 PM GMT+8 , Processed in 0.055098 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list