Lelaki Patah Zakar Gara-Gara Terlalu ‘Semangat’ Berasmara
DI Bandar Jinhua, China seorang lelaki yang dikenali sebagai Xu, 40, terpaksa menanggung kesakitan selepas zakarnya patah semasa melakukan hubungan seks dengan isterinya. Insiden itu berlaku gara-gara dia terlalu ‘bersemangat’ selepas dua minggu tidak berasmara denganisterinya kerana terlalu sibuk menonton perlawanan Piala Dunia di televisyen. Memetik Shanghaidaily, pasangan itu sudah berkahwin selama tujuh tahun dan dikatakan mempunyai hubungan yang cukup baik. Kejadian disedari selepas Xu merasa sakit dan terkejut melihat zakarnya berdarah dan bengkok kira-kira 30 darjah. Bagaimanapun, dia bernasib baik kerana doktor yang merawatnya memberitahu kecederaan itu tidak akan menganggu kehidupan seksnya selepas ini.
Last edited by maxim on 14-7-2014 12:27 PM
|