CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14480|Reply: 95

[Jenayah] Impian Bercuti Musnah, CCTV Di Bilik Mandi

[Copy link]
Post time 3-8-2014 10:22 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Rancangan lima sekeluarga untuk bercuti akhirnya terbantut gara-gara menjumpai kamera tersembunyi di bilik air tempat penginapan mereka.

Keluarga tersebut bercuti pendek ke Ipoh sempena cuti Hari Raya dan menyewa sebuah homestay di sana.

Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata, salah seorang ahli keluarga memberitahu, mereka bergilir-gilir untuk mandi.

"Dia adalah orang yang terakhir mandi. Ketika hendak menanggalkan pakaian, pandangannya tertarik kepada satu lubang di atas siling," kata Lim.

"Dia dengan cepat kembali memakai pakaiannya dan mendapatkan kerusi untuk memeriksa lubang tersebut," katanya kepada pemberita pada Sabtu.

Lim berkata, lelaki berusia 31 tahun itu menyedari bahawa ia adalah satu kamera CCTV (kamera litar tertutup). Dia terus menelefon polis, dan apabila mereka sampai pengurus homestay itu diarahkan agar tidak mengunci semua bilik, jelas Lim.

"Mereka menemui sebuah bilik kecil dengan sebuah komputer di dalamnya, yang merakam rakaman dari kamera".

Lim berkata, rakaman dalam komputer itu terkandung video teman wanita lelaki tersebut yang sedang mandi.

Pengurus mendakwa bahawa kamera diletakkan di bilik mandi untuk memeriksa kecurian.

"Apabila lelaki itu membuat laporan di Balai Polis Sungai Senam, dia berkata pegawai penyiasat tidak mengambil kenyataan, sebaliknya meminta lelaki tersebut menyelesaikan kes ini dengan pemilik homestay.

"Kes ini diklasifikasikan sebagai kes sivil oleh pegawai penyiasat itu," kata Lim.

Selepas tidak mendapat apa-apa maklum balas dari pihak berkuasa, salah seorang ghali keluarga itu mendapatkan pertolongan Lim.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata beliau mengambil perhatian kes ini sudah melihatnya

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2014 10:26 PM | Show all posts
haha.. nama tuan tanah unik sungguh....
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2014 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipoh? Homestay??
Mana ni?
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2014 10:57 PM | Show all posts
sejak akhir2 ni akak suka sgt bukak thread.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2014 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Alamak.. hari tu baru tido homestay.. bgtau kat mana... huhuhu...
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2014 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
alinone78 posted on 3-8-2014 02:47 PM
Ipoh? Homestay??
Mana ni?

Haaaa ko ada mandi sambil selfie ke hahaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-8-2014 11:05 PM | Show all posts
gile la..

mane2 pn dah berisiko skrg..

btw ape puas nye tgok org mandi???
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2014 11:06 PM | Show all posts
mandi ja pun... tak kudis pun. macamlah orang lain tak mandi...

tapi kalau ada video ngesek haruslah malu kalau tak mantap....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2014 11:12 PM | Show all posts
bilik mandi nk periksa kecurian apa??sabun mandi?? polis mana yg ambik case ni??kcurian apa benda dlm bilik mandi ni??nmpk sgt mmg nk mghendap..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2014 11:13 PM | Show all posts
pasni kene boikot homestay
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2014 11:17 PM | Show all posts
Stupid homestay melayu punye ke. Sakit mental
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2014 11:21 PM | Show all posts
panas2 ....homestay ada kamera dlm bilik air kau ingat ini bank apa kau nk letak semua pelosok CCTV ...
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2014 11:27 PM | Show all posts
BTW changa tu famri7 ke? i don't think so. dalam beberapa isu keduanya mempunyai pendirian berlainan.

and pasal CCTV ni, apsal takda tindakan langsung pada pemilik homestay?
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2014 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
GhostWalking posted on 3-8-2014 11:04 PM
Haaaa ko ada mandi sambil selfie ke hahaha

Ko memang hantu
Tiba2 teringat selfie ady putra nampak spende

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2014 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Santeira posted on 3-8-2014 11:27 PM
BTW changa tu famri7 ke? i don't think so. dalam beberapa isu keduanya mempunyai pendirian berlainan ...

Belum ada tindakan kan
Pengadu kena setelkan senduri dengan pemilik homestay
Aduan sivil katanya
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2014 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
alinone78 posted on 3-8-2014 03:27 PM
Ko memang hantu
Tiba2 teringat selfie ady putra nampak spende

Adi bebird punya selfie lagi hantu dari hantu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2014 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Xkan la dlm bathroom nak mencuri kalau ye pun pasang cctv.nak curik apa?mangkuk tandas?xlogik sungguh
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2014 11:41 PM | Show all posts
Harusla lepas ni ummah paranoid dgn segala benda yg ade kt hotel,umah tumpangan apek dan homestay..

Cmana ghupernye benda yg menyamar jd kamera cctv yek?
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2014 11:42 PM | Show all posts
alinone78 posted on 3-8-2014 11:27 PM
Ko memang hantu
Tiba2 teringat selfie ady putra nampak spende

Menjadi igauan mimpi burukku biler teringat spentot kelabu asap bergulung2 terselit kat tombol
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2014 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
hungryhenry posted on 3-8-2014 11:42 PM
Menjadi igauan mimpi burukku biler teringat spentot kelabu asap bergulung2 terselit kat tombol  ...

Ko pernah buat k?
Ada lagi hazab dari yang ni
Google j
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 01:40 AM GMT+8 , Processed in 0.066279 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list