View: 1848|Reply: 4
|
[Tempatan]
Strategi baru ajaran sesat
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Sebuah kumpulan ajaran sesat yang sudah diwartakan pihak berkuasa sebagai terkeluar daripada Islam, dikesan cuba memesongkan umat Islam negara ini dengan menggunakan aplikasi al-Quran digital.
Biarpun perbuatan mereka sudah dikesan sejak awal tahun ini dan diarah menarik balik aplikasi itu, pengamal ajaran sesat itu tetap berdegil.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Othman Mustapha berkata, selepas pihaknya memuat turun dan membuat semakan terhadap aplikasi al-Quran itu, didapati wujud pengubahsuaian dalam aspek tafsiran.
“Beberapa ayat didapati ditafsir secara salah dengan tujuan mengangkat pemimpin ajaran sesat itu sebagai nabi,” katanya dalam satu kenyataan kepada Harian Metro.
Othman berkata, JAKIM sudah memanjangkan perkara itu kepada Bahagian Kawalan Teks al-Quran, Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk diteliti kerana ia membabitkan persoalan akidah yang jika tidak dibendung akan menular ke dalam masyarakat.
Mengulas lanjut penyelewengan pada al-Quran digital yang dipelopori kumpulan ajaran sesat itu, Penolong Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Zamihan Mat Zain berkata, pihaknya menerima aduan mengenainya daripada orang ramai.
Menurutnya, aplikasi al-Quran digital itu boleh dimuat turun secara online untuk digunakan di tablet dan telefon bimbit.
“Pemantauan awal kami mendapati terdapat percanggahan di dalam salah satu surah kerana ia jelas berbeza daripada al-Quran sebenar.
“Dalam ayat itu ada penambahan yang menggambarkan pemimpin ajaran sesat berkenaan adalah nabi.
“Orang ramai mungkin tidak menyedarinya dan akan menganggap ia ayat sebenar,” katanya.
Menurutnya, kewujudan aplikasi itu sudah dikesan tahun lalu dan boleh dimuat turun melalui App Store dengan mudah tanpa mengetahui ia sebenarnya dipinda oleh pihak tertentu yang berselindung di sebalik ajaran sesat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ni lagi jenis wartawan bahlol.(bkn tt)
Berita penipuan. Samada perseorangan. Pertubuhan ke apa @ Ajaran sesat. Bukan nk tulis details. macamanala org nak tau?
Baik takyah tulis berita kalau cmni Last edited by batmana on 8-8-2014 08:19 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
batmana posted on 8-8-2014 08:18 AM
Ni lagi jenis wartawan bahlol.(bkn tt)
Berita penipuan. Samada perseorangan. Pertubuhan ke apa @ A ...
kabur informasi dia...ni mesti METROLL |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi kalu berita pasal klip video lucah. Siap tulis nama fail la plak. Apa punya wartawan daa |
|
|
|
|
|
|
|
Datuk Othman Mustapha ...masaalahnya ummat Islam dah tinggalkan Quran...
Dan berkatalah Rasul: "Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai".Al-Furqaan:30
http://www3.pmo.gov.my/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|