View: 1764|Reply: 1
|
[Jenayah]
Perangai Musibatu Dua Beradik Geng Udin Tedung La Sangat
[Copy link]
|
|
Jasin: Misteri wang tabung milik hampir 20 surau dan masjid di Sungai Rambai serta Merlimau yang lesap dicuri terjawab selepas tiga remaja termasuk dua beradik ditahan polis di Kampung Tedung Pantai, Merlimau, di sini, Jumaat lalu.
Difahamkan, tangkapan itu turut membongkar rahsia dua beradik berusia 18 dan 20 tahun itu yang mula bergiat aktif melakukan jenayah berkenaan awal tahun lalu selepas mereka dibebaskan dari Sekolah Tunas Bakti dengan masing-masing membabitkan jenayah memiliki komponen motosikal curi dan mencuri motosikal.
Lebih mengejutkan, mereka bersama rakan berusia 17 tahun yang sudah tidak bersekolah itu turut mengaku terbabit dalam 23 kes curi wang tabung surau dan masjid termasuk lima kes di Daerah Ledang, Johor.
Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata, tangkapan ke atas ketiga-tiga suspek itu dilakukan hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Masjid Al Kauthar, Umbai, yang dipecah masuk kumpulan dikenali sebagai Geng Udin Tedung Pantai.’
Katanya, dalam kejadian jam 2 pagi 17 Julai lalu, geng terbabit memecah masuk dan mencuri wang derma dianggarkan berjumlah RM200 dalam tabung di masjid itu.
“Berikutan kejadian itu, satu pasukan khas ditubuhkan dan hasilnya polis berjaya menahan ketua kumpulan berusia 20 tahun dikenali ‘Udin Tedung’ di sebuah rumah di Kampung Tedung Pantai kira-kira jam 7.45 malam, Jumaat lalu.
“Hasil soal siasat, dua lagi serbuan dilakukan di kampung sama dan dua suspek berusia 17 dan 18 tahun termasuk adik kepada suspek pertama ditahan kira-kira jam 9 malam pada hari yang sama,” katanya pada sidang medianya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin, di sini, semalam.
MUHD Nur Hishamuddin (tengah) menunjukkan barang yang dirampas.
Menurutnya, hasil tangkapan ke atas ketiga-tiga suspek, pihaknya turut merampas pelbagai barang kes termasuk dua motosikal, tiga topi keledar, tukul besi, spanar, gergaji besi, dua beg sandang dan telefon bimbit.
Read here: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Perangailama2beradik/Article/index_html
|
|
|
|
|
|
|
| |
|