CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2782|Reply: 2

[Jenayah] Heng Mei Bruce Lee Perompak Guna Parang

[Copy link]
Post time 12-8-2014 08:03 AM | Show all posts |Read mode

Heng Mei menunjukkan kesan luka di kepalanya akibat tetakan penjenayah yang cuba menyamun rumahnya.





        MANJUNG – Silap sasaran, Itu dialami seorang penjenayah apabila dibelasah mangsanya dalam satu kejadian di Segari, Jumaat lalu.

        Dalam kejadian itu kira-kira jam 8.30 malam itu, suspek cuba memecah masuk kediaman warga emas berusia 79 tahun sebelum dikejutkan dengan bunyi salakan anjing.

        Mangsa, Tong Heng Mei, yang juga merupakan penjual ayam berkata, ketika kejadian, dia bersama isteri sedang makan malam di rumahnya.

        Menurutnya, apabila mendengar bunyi salakan anjing, dia segera mencapai lampu suluh dan parang untuk memeriksa apa yang berlaku.

“Sebaik saya keluar dari rumah, saya nampak kelibat seseorang bertopeng dan memegang parang di luar kediaman.

“Tiba-tiba lelaki  itu  melibas parang ke kepala saya dan saya menyerang balik untuk mempertahankan diri," katanya yang mempunyai ilmu mempertahankan diri.

        Heng Mei berkata, pergelutan itu menyebabkan dia cedera di kepala, badan dan jari.

        Jelasnya, penjenayah juga cedera kerana terdapat kesan titisan darah di halaman rumah sehingga jalan raya selepas suspek melarikan diri.

        "Isteri saya tidak cedera kerana dia mengunci pintu rumah apabila pergelutan itu berlaku.

“Selepas itu, saya menelefon rakan-rakan lain untuk memeriksa keadaan sekeliling rumah dan menemui sebilah parang bersama satu pistol mainan dipercayai milik penjenayah berkenaan,” katanya yang mendapat rawatan dari klinik berhampiran.

        Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Jaafar Baba ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan kejadian itu.

        Katanya, ketika kejadian, keadaan di luar rumah mangsa gelap dan mangsa tidak dapat mengenal pasti suspek yang cuba menyamun rumahnya.

“Mangsa juga telah mengalami beberapa kecederaan akibat tetakan dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

“Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kes ini diharap dapat menyalurkannya kepada kami,” katanya.

Read here: http://www.sinarharian.com.my/edisi/perak/penjenayah-dibelasah-warga-emas-1.306674

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2014 08:07 AM | Show all posts
manjung yg mcm pekan koboi tu pun boleh ade rompakan bersenjata. malaysia makin tak selamat
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2014 08:09 AM | Show all posts
Kan dah kena penangan Wong Fei Hong tu.... padan muka ko penyamun...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
belum masuk Ramadan:Harga makanan terlalu mahal sehingga tiga kali ganda di beberapa karnival jualan makanan.salah siapaaaaaa
YgBenarbelum masuk Ramadan:Harga makanan terlal
Views : 32287 Replies : 10
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 363186 Replies : 3549
Epstein Files pt. 2... coming soon!
Tumpang-SibokEpstein Files pt. 2... coming soon!
Views : 29861 Replies : 1
Belum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji popia dengan parmesan cheese dengan harga RM18.90.Logik atau tidak?
YgBenarBelum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji
Views : 21251 Replies : 61
[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human From Today - Kim Hye Yoon, Lomon (Mulai 16 Jan 2026)
xyla73[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human
Views : 2805 Replies : 177
[SBS 2026] PHANTOM LAWYER - Yoo Yeon Seok, Esom ~ 13 March 2026
Rahah[SBS 2026] PHANTOM LAWYER - Yoo Yeon Seo
Views : 285 Replies : 5
Lelaki maut jatuh pokok petai
ultra78Lelaki maut jatuh pokok petai
Views : 19750 Replies : 18
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 56939 Replies : 1086
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40968 Replies : 485
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 78220 Replies : 87

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2026 01:47 AM GMT+8 , Processed in 0.752336 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list