CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 2493|Reply: 6

[Jenayah] Edisi Betul Ke Melancong Dekkk:Warga Somalia Terapung Kelaparan Di Laut

[Copy link]
Post time 19-8-2014 07:16 AM | Show all posts |Read mode
Pelabuhan Klang: Impian lapan warga Somalia untuk mengunjungi lokasi menarik di negara ini berakhir dengan kejadian yang hampir meragut nyawa mereka apabila ditemui dalam keadaan lemah selepas dibiarkan hampir dua hari dalam sebuah bot uzur yang tidak berenjin dalam satu kejadian Sabtu lalu.

Lebih menyedihkan, mereka mendakwa ditipu tekong yang melarikan diri bersama enjin bot selepas mendakwa enjin berkenaan mempunyai masalah dengan membiarkan kelapan-lapan mangsa termasuk dua wanita kelaparan dalam bot berkenaan.


Pengarah Operasi Daerah Maritim Klang KDR Maritim Romli Mustafa, siasatan awal pihaknya mendapati semua mangsa merancang untuk bercuti dan melawat tempat menarik di Malaysia, namun impian mereka akhirnya musnah apabila ditinggalkan kira-kira 60 batu nautika dari barat laut Pelabuhan Klang.

Menurutnya, mangsa dipercayai mula ditinggalkan kira-kira jam 10 malam Sabtu lalu dan tekong bot berusia lingkungan 30-an itu memberi alasan bot yang dinaiki mereka mengalami kerosakan enjin sebelum seorang rakannya tiba dan membawanya pergi bersama enjin itu.
WARGA Somalia diselamatkan selepas tekong melarikan diri bersama enjin bot.


Difahamkan, warga Somalia berkenaan membayar RM 1,500 seorang kepada tekong berkenaan untuk membawa mereka melawat beberapa tempat menarik termasuk Pulau Langkawi, Sabah dan Sarawak.

Romli berkata, mangsa ditemui ketika anggotanya sedang membuat rondaan Op PATKOR 23A/2014 sebelum mereka menemui sebuah bot nelayan Indonesia kelas A terapung di laut.

“Hasil siasatan mendapati seorang daripada  penumpang adalah pelajar IPTA tempatan. Mereka berusia antara 23 dan 32 tahun dan bertolak dari jeti Kuala Selangor pada jam 4 petang pada hari kejadian,” katanya.

Bagaimanapun katanya, semua mangsa kini direman sehingga 21 Ogos ini untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 dan juga Akta Imigresen.

Read here: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PelancongSomaliaterapungduahari/Article/index_html
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2014 07:26 AM | Show all posts
bot jenis apa yg diorg ni naik utk pi melancong sampai ke Sabah Sarawak tu..??
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2014 07:29 AM From the mobile phone | Show all posts
ntah2 masuk mesia guna bot pancung dr indon sana
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2014 07:49 AM | Show all posts
bukan melancong tapi nak masuk negara ini secara haram...pelarian ekonomi...
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2014 07:54 AM | Show all posts
wah..wah..wahhh... tak cukup ngan indon seludup masuk guna bot pancung ni tambah somalia pulak...oohh Malaysiaku memang bertuah...sila..sila..sila mai lagi ramai2...kerajaan malaysia sedia menerima indon, somalia,nepal, vietnam, nigger dll lagi... kecil tapak tangan stadium bukit jalil ada... dun wori...
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2014 08:19 AM | Show all posts

Bagus la hangkot reramai masok Meleisia...... kang kene virus ebola sape mau jawab..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-8-2014 10:21 AM | Show all posts
boleh percaya ka alasan tu?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 17 kondominium
ultra78Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 1
Views : 19199 Replies : 2
JUST-IN: Epstein Files pt. 2
Tumpang-SibokJUST-IN: Epstein Files pt. 2
Views : 49823 Replies : 1
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 23468 Replies : 7
berita malam seram:pocong parit buntar tumpas.jadi bahan jenaka Public Health Malaysia
YgBenarberita malam seram:pocong parit buntar t
Views : 10831 Replies : 2
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 363932 Replies : 3551
DISCLOSURE DAY
SY_MumiDISCLOSURE DAY
Views : 371 Replies : 5
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 278422 Replies : 1525
PROJECT HAIL MARY
SY_MumiPROJECT HAIL MARY
Views : 266 Replies : 2
Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksual terhadap anak perempuan
ultra78Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksua
Views : 31876 Replies : 22
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi lebih RM4.8 juta termasuk faedah kepada kerajaan
ultra78Keluarga Altantuya pulangkan semula gant
Views : 19929 Replies : 7

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2026 08:04 AM GMT+8 , Processed in 2.357856 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list