View: 9844|Reply: 39
|
Panduan Teknikal Jual Beli Saham
[Copy link]
|
|
Salam semua rakan Cari,
Tujuan saya buka thread ini adalah untuk berkongsi ilmu pelaburan saya. Saya seorg peminat analisa teknikal. dulu, saya kaji dan fokus fundamental syarikat, saya mendapati saham yg fundamental baik tak naik ttp syarikat yg kurang untung pula naik tak henti. Syarikat baik, ttp beli pd masa salah, rugi juga.
Mula hari itu, saya belajar analisa teknikal supaya blh beli pd masa yg betul.
Pelaburan saham blh dibagaikan seperti pikat perempuan.
Analisa fundamental seperti kecantikan dalaman perempuan.
Analisa teknikal pula adalah kecantikan luaran.
Perempuan yg cantik dalam, tak ada org pikat, sbb byk org tak tau dia cantik dlm. Perempuan yg cantik luar, byk org pikat ttp kemurniannya tak ada...
Saya yakin rakan-rakan Cari juga nak gf yg cantik dalam dan luar, kan? Sama dengan saham, cari saham yg fundamental ok, teknikal juga ok!
Saya telah mendirikan website dan menulis eBook [30 Panduan Saham] yg berbincang ttg panduan teknikal jual beli saham
Saham Investment
Di sini saya harap kita dapat bersama-sama mengkaji saham berpotensi supaya beruntung sama-sama.
Last edited by SahamHunter on 31-8-2014 12:38 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Carta bulanan KLCI
Feb 2007 - Dec 2007
Gerakan indek KLCI tidak selaras dengan volume sebelum kejatuhan pasaran.
May 2013 - Agos 2014
Gerakan indek KLCI tidak selaras dengan volume.
Adakah sejarah akan berulang? Tiada org di dunia ini dpt meramal dgn 100% betul.
Pelabur perlu memberi perhatian kepada gerakan indek yang seterusnya. Selalu monitor pegangan saham yang sedia ada.
Rintangan: 1880
Sokongan: 1840
|
|
|
|
|
|
|
|
Perkongsian artikel baru saya. =)
Harap semua rakan Cari akan suka.
Artikel baru saya "5 Kaedah Pengawalan Risiko Pelaburan"
Risiko diertikan sebagai suatu keadaan ketidakpastian, di mana jika terjadi suatu keadaan yang tidak terduga dan dapat menimbulkan suatu kerugian.
Memang tidak boleh dinafikan bahawa risiko wujud di setiap jenis pelaburan termasuk saham. Banyak orang menolak peluang pelaburan kerana risiko yang wujud.
Pelabur yang bijak sentiasa memberi perhatian kepada kaedah pengawalan risiko…tetapi bukan kewujudan risiko yang tidak boleh dielakkan…
Adakah anda tahu kaedah yang betul dalam pengawalan risiko pelaburan? |
|
|
|
|
|
|
|
Pengumuman dividen saham terdapat EX-date, Entitlement date dan Payment date yang mengelirukan.
Apakah perbezaannya?
Banyak pelabur memang tidak jelas dengan ketiga-tiga tarikh tersebut dan fungsinya.
Penerangan lanjutan di sini.
Harap tread ini blh bantu. |
|
|
|
|
|
|
|
GHLSYS (0021) telah berjaya keluar dari corak pembetulan yang bersegi tiga. Volume juga meningkat secara perlahan.
Kaunter ini berpotensi meneruskan tren naik.
|
|
|
|
|
|
|
|
Menurut laporan insitusi pelaburan, 80% pelabur dalam pasaran adalah pemain yang kalah, pemenang hanya meliputi 20%. 10 orang masuk pasaran saham, hanya 2 orang dapat untung sampai akhir, yang lain semua rugi…
Pernahkan anda fikir apakah sebab yang menyumbang kepada kenyataan ini?
Baca artikel baru saya. "Sifat Kemanusiaan & Kesilapan Pelaburan" |
|
|
|
|
|
|
|
Kita perlu tahu. satu hari, bear market akan sampai. Bila ia akan sampai? Tiada org blh ramal tepat. walaubagaimanapun, kita perlu lengkapkan diri dgn ilmu.
Another artikel yg saya habis tulis. Kajian saya terhadap bear market dr sejarah pasaran.
Baca artikel penuh di sini. |
|
|
|
|
|
|
|
Saya telah habis menulis artikel "7 Isyarat Kedatangan Bull Market"
Pelabur yang paling bahagia adalah mereka yang berjaya menangkap langkah permulaan bull market.
Dengan hati yg ikhlas, semoga semua rakan Cari blh menjadi seorang pelabur yang bahagia dan gembira. =) |
|
|
|
|
|
|
|
GHLSYS (0021) telah berjaya berdiri di atas RM 1 bersama volume yang tinggi.
Tahap rintangan yang seterus adalah RM 1.08, puncak yang terbentuk pada bulan April 2014.
Bottom trendline akan menjadi sokongan dalam tren naik ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sentiasa ingat bahawa volume adalah leading indicator.
Kenaikan PMCORP (4081) bersama dengan volume yang tinggi.
Sebelum ini, volume kaunter ini sangat rendah. Volume tinggi yang terbentuk adalah isyarat awal bagi kenaikan yang akan datang.
Gerakan seterusnya bergantung kepada volume yang terbentuk.
|
|
|
|
|
|
|
|
MITRA (9571) telah mengumumkan Quarterly report terbaru pada 28 Ogos 2014. EPS telah melompat dari 1.11 sen ke 3.45 sen. Peningkatan sebanyak 300%.
Sewaktu itu, saham MITRA pula asyik jatuh.
Mengapakah saham jatuh selepas pengumuman keputusan bisnes yang baik?
Sebenarnya, pihak banker sudah mengetahui keputusan bisnes sebelum mengumum kepada orang ramai. Mereka sudah beli sebelum pengumuman Quarterly Report dan sengaja menolak saham ke paras yang lebih tinggi, mereka ambil kesempatan untuk jualkan saham ketika laporan syarikat diumumkan. Hal ini kerana pada masa pengumuman laporan, berita baik tentang bisnes perniagaan tersebarkan kepada orang ramai, maka banyak pelabur runcit tertarik dengan berita baik tersebut dan beli saham.
Tekanan penjualan besar berpunca daripada pihak banker yang menyebabkan saham tersebut asyik jatuh walaupun bisnesnya beruntung banyak.
Masa penjualan pihak banker adalah masa pembelian pelabur runcit!!!
Ini adalah kelemahan analisa Fundamental. Dapat cari syarikat yang baik, tetapi gagal masuk pada masa yang betul.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
MITRA (9571) mula jatuh sebelum Quarterly Report diterbitkan. Saham masih jatuh walaupun Quarterly report menunjukkan syarikat beruntung lebih 300% berbanding dengan quarter tahun lepas yang berkenaan.
Kemungkinan besar terdapat pihak tertentu sengaja menjatuhkan harga saham supaya pelabur runcit panik dan jual saham kepada mereka.
Sekarang harga melantun pada paras RM 0.915, paras sokongan yang ketara.
Sekiranya saham tersebut berjaya lantun balik ke atas kotak bawah, maka rintangan yang seterusnya wujud pada kotak atas.
|
|
|
|
|
|
|
|
Selalunya pelabur runcit sentiasa akan terbelakg dlm hal ni..baru nk masuk, geng2 big boys dah keluar..camtula rugi ke sudah..to cure,at the end fundamental will play the most part.. |
|
|
|
|
|
|
|
Shah2f8081 posted on 7-9-2014 07:00 PM
Selalunya pelabur runcit sentiasa akan terbelakg dlm hal ni..baru nk masuk, geng2 big boys dah kelua ...
Setuju. Kaunter MITRA memang kena org sengaja buat ia jatuh ke bawah. Pelabur runcit byk beli semasa Quarterly report yg baik diterbitkan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Rakan Cari tau guna teknikal indikator MACD tak?
Sy tlh tulis sebuah artikel yg bincang ttg penggunaan MACD.
Artikel ini terkandung byk gambar. Susah nak share kat sini.
Moving Average Convergence Divergence
Pada keakhiran tahun 1970-an, Gerald Appel telah berjaya mencipta suatu alat teknikal yang bernama Moving Average Convergence Divergence (MACD) yang terkenal dengan fungsinya dalam perdagangan pasaran saham dan komoditi. |
|
|
|
|
|
|
|
Indicator? MACD ? tu semua pancing je bro.paling penting kene taw market manipulation.dan kat mana supply and demand.Tapi kalau taw.senang je la kaya main saham kan. haha |
|
|
|
|
|
|
|
Apa2 teknikal just history price. |
|
|
|
|
|
|
|
blackredwing posted on 13-9-2014 12:04 AM
Indicator? MACD ? tu semua pancing je bro.paling penting kene taw market manipulation.dan kat mana s ...
Memang setuju ade aktiviti manipulation di market. Kita tak blh control, apa yg kita org blh buat adalah be smart, elakkan diri drpd perangkap market.
Sama macam pandu kereta, memang ada bahaya pandu kereta, ape yg kita blh buat adalah berhati-hati. improve driving skill. org nak macam mana bawa kereta kita tak blh kawal, apa yg kita blh kawal. kita buatlar apa yg patut.
|
|
|
|
|
|
|
|
blackredwing posted on 13-9-2014 12:18 AM
History price betul tu bro.
tapi kalau kena dengan risk reward ratio o.k kot .
Masalah yg masuk market tu modal lg besar. Cm hedge fund. Bank. Sekali dia org quote price beratus juta us dollar.
Dia org main big round number. Xde nya nak main sampai 1.2345 . biasa bank beli 1.2000 . sebab tu kalau xde news Ada spike ? Kerja bank lah tu.
Trading speculation kena secure capital first.
Pakailah ea atau technical analysis power rangers? Kalau kena spike mmg marginah cost.
Yg kaya banyak jual kelas saham forex. Yg trade2 Susah nk stabil. Kecuali yg displin dan Ada source income lain.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|