View: 2244|Reply: 0
|
Kelebihan enjin Ford 1.0L EcoBoost
[Copy link]
|
|
Adakah anda tahu keistimewaan dan kelebihan ditawarkan Ford Fiesta 1.0L EcoBoost Sport yang lancarkan Ford ? Tanpa mengeluarkan pelaburan yang tinggi anda mampu untuk memiliki sebuah kereta yang dikuasakan teknologi enjin paling efisien.
Dijana dengan enjin bersaiz sebesar sekeping kertas A4, enjin 1.0L EcoBoost yang ditawarkan pada Focus varian Sport lima pintu ini sememangnya satu mekanikal mengkagumkan kerana menggabungkan tiga teknologi termaju; pengecas turbo, Ti-CVT dan suntikan terus bahan api.
Walaupun kecil, enjin EcoBoost yang bersaiz 1.0 liter ini mampu menghasilkan kuasa sehingga 123 hp bagi menyaingi enjin konvensional lain yang bersaiz 1.6 liter dengan penjimatan bahan api secara signifikan.
Pelbagai ciri berguna diperkenalkan jurutera Ford bagi model Fiesta yang membolehkan pemandu memainkan peranan aktif untuk memelihara alam sekitar seperti pemasangan sistem EcoMode dan kawalan pemanduan.
Sistem EcoMode dapat memberikan pemandu indikasi jelas mengenai cara dan tingkah laku pemanduan dan kesan ke atas penjimatan minyak. Dengan sistem skor yang menyeronokkan dan mudah, pemandu akan mengetahu cara mereka memecut, membrek dan menukar gear turut memberi kesan ke atas kecekapan penggunaan bahan api enjin EcoBoost 1.0L ini.
Antara tip untuk mendapatkan skor EcoMode yang baik adalah dengan menggunakan gear paling tinggi bergantung pada kondisi jalan, mengubah kelajuan dan jarak kenderaan dengan kenderaan lain tanpa perlu menekan brek atau memecut secara mendadak dan menggunakan kelajuan santai di laluan terbuka untuk mendapatkan penjimatan bahan api yang lebih bagus.
Selain itu, pamasangan sistem kawalan pemanduan juga membantu pemandu mengekalkan kelajuan secara berterusan terutama ketika memandu di lebuh raya. Keluarkan barang-barang yang tidak diperlukan bagi mengurangkan beban kepada enjin dan menutup semua tingkap ketika memandu pada kelajuan tinggi untuk meningkatkan aspek aerodinamik kereta dan penjimatan bahan api.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|