View: 2727|Reply: 8
|
[Dunia]
Seluruh Team Bola Cameroon Peluk Isle
[Copy link]
|
|
Sunday, September 21, 2014Seluruh Pasukan Bola Sepak Cameroon Peluk Islam
Pasukan Cameroon mengucap dua kalimah syahadah beramai-ramai setelah menghadiri satu kem latihan yang dianjurkan jabatan tersebut di Dubai
Kesemua anggota pasukan bola sepak kebangsaan Cameroon termasuk jurulatih dan paderi mereka telah memeluk agama Islam, lapor Jabatan Hal Ehwal Islam dan Aktiviti Kebajikan Dubai (IACAD), Emiriyah Arab Bersatu.
Anggota pasukan Cameroon mengucap dua kalimah syahadah beramai-ramai setelah menghadiri satu kem latihan yang dianjurkan jabatan tersebut di Dubai.
Menurut IACAD, keputusan itu diambil kerana mereka tertarik dengan layanan baik dari warga tempatan serta keamanan dan ketenangan yang dapat dirasakan di dalam Islam.
Pasukan Cameroon berasal dari akademi bolasepak yang ditubuh khas untuk anak-anak yatim, orang geladangan dan orang miskin.
Ketua Pengarah IACAD, Dr. Hamad Al Shaibani berkata, jabatan tersebut telah menyaksikan ramai penduduk dan pelancong dari pelbagai kewarganegaraan memeluk Islam.
“Kebanyakan mereka memeluk agama Islam kerana tertarik dengan nilai-nilai tolerans,i berperikemanusiaan dan prinsip Islam serta kebajikan yang ditunjukkan oleh orang Islam itu sendiri,” kata Dr Hamad.
IACAD banyak menganjurkan program untuk golongan mualaf dan orang bukan Islam dalam memperkenalkan mesej wasatiah yang sebenar Islam sebagai agama untuk semua.
Jabatan yang diasaskan oleh Almarhum Sheikh Rashid Saeed Al Maktoum pada tahun 1969 ini bertindak sebagai badan yang bertanggungjawab menguruskan pusat menghafal Al-Quran, menyelia dan menjaga masjid, menguruskan perlesenan persatuan kebajikan dan institusi Islam dan menyelia hal ehwal pentadbiran, kewangan serta hal ehwal Fatwa.
Setakat ini IACAD mempunyai 17 pusat Islam dan 38 pusat hafalan suci Al-Quran di Dubai.
*Sumber dari astroawani.com
|
|
|
|
|
|
|
|
beberapa persoalan menarik.
Dubai bukan Arab Saudi
Cameroon bukan England
cukup dulu...
|
|
|
|
|
|
|
|
mereka dapat melihat keindahan islam sebenar
|
|
|
|
|
|
|
|
Dubai mengamalkan keindahan dan kemajuan... Ini yg sepatutnya ada dlm Islam.. Kemajuan dan agama bergerak bersama... Baru org tak label islam tu agama mundur/ miskin.. Mcm Indon !!! |
|
|
|
|
|
|
|
Aku sedih sangat bila media Amerika burukkan nama Islam satu dunia, dan Islamphobia itu masih wujud skg. Sedangkan Islam tak macam tu pun. Islam itu indah. Islam is probably the fastest growing religion in the world. Tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. |
|
|
|
|
|
|
|
And I love Jesus. Jesus itu Prophet, bukannya Tuhan. Jesus tidak disalib tetapi diangkat ke langit. Dia akan kembali nanti. |
|
|
|
|
|
|
|
isle sunni ka isle syiah? |
|
|
|
|
|
|
| |
|