[size=0.75em]Zed Zaidi yakin pemilihannya untuk menerajui Seniman dibuat berdasarkan usahanya sebelum ini yang banyak menaikkan nama Seniman.
[size=0.813em] (Ubah saiz teks)
[size=0.98em]KUALA LUMPUR: Pelakon Zed Zaidi menegaskan dia tidak pernah memancing ahli-ahli Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) mahupun berkempen dalam diam bagi mendapatkan jawatan presiden pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Ke-14 persatuan itu.
Majlis berlangsung di dataran, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di sini pada Sabtu.
Zed berkata, dia tidak perlu memancing undi bagi merebut jawatan itu tetapi yakin pemilihannya bagi menerajui kepimpinan itu berdasarkan usahanya sebelum ini yang banyak menaikkan nama Seniman.
"Saya tak berkempen pun. Apatah lagi berkempen dalam diam. Tetapi ahli-ahli persatuan boleh lihat usaha saya sebelum ini macam mana.
"Bagi saya jawatan itu tidak penting sebaliknya pergerakan persatuan perlu berjalan dengan betul bagi membantu ahli-ahli Seniman lain," katanya.
Pada AGM Seniman ke-14 itu, Zed berjaya meraih sebanyak 109 undian mengalahkan pesaingnya, Datuk Mustapha Maarof yang hanya meraih 71 undi dan Afdlin Shauki (66 undian).
Timbalan presiden pula disandang oleh Zack (Kool) dan Zahrin Ishak dipilih sebagai Setiausaha Kehormat. Penolong Setiausaha pula disandang oleh Rena Tan manakala Vanidah Imran sebagai Bendahari.
Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Seniman pula disandang oleh Sofea Jane, Jamaludin Mat, Khir Rahman, Sharifah Amani, Lisa Surihani, Arash Mohamad dan Rashidi Ishak.
Pelakon Dira Abu Zahar dan Adlin Aman Ramli menyandang jawatan sebagai juruaudit.
|