CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5120|Reply: 32

[Tempatan] Pengutip derma haram terus berleluasa

[Copy link]
Post time 7-10-2014 11:30 PM | Show all posts |Read mode
Didatangi oleh seorang gadis bertudung yang memegang tong derma untuk Palestin di sebuah restoran mamak di Sungai Besi, Kuala Lumpur baru-baru ini membuatkan penulis terfikir, betapa beraninya mereka beroperasi sedangkan yayasan amal yang dianggotai oleh gadis tersebut dikatakan telah diharamkan di Semenanjung Malaysia.

Malah ada di antara pengutip-pengutip derma bagi yayasan yang berpangkalan di Kedah itu telah dihadapkan ke mahkamah kerana mengutip derma secara haram, Ogos lalu.

Baru-baru ini, Aman Palestin membuat kenyataan tidak mempunyai kaitan dengan yayasan tersebut selepas menerima laporan yang mengatakan nama mereka dipergunakan untuk mengutip derma.

Ketika gadis tersebut menghampiri meja penulis, seorang rakan kami sempat bertanya beberapa soalan kepadanya termasuklah ke mana wang derma tersebut akan dibawa dan siapa pemilik sebenar yayasan berkenaan.

Dengan ekspresi wajah yang jelas tidak selesa, gadis berusia 18 tahun ini mengambil jalan selamat dengan menjawab 'tidak tahu' dan 'tidak pasti'.

Katanya, beliau tidak mengetahui latar belakang yayasan tersebut secara terperinci termasuklah kepada siapa wang tersebut diserahkan dan paling mengejutkan beliau tidak mengetahui bagaimana untuk mendaftar sebagai sukarelawan.

Ini kerana beliau hanya mengikuti jejak ibunya yang sudah lama mengutip derma untuk yayasan berkenaan dan berpendapat, darah sukarelawan telah mengalir di dalam tubuhnya membuatkan beliau turut menyertai yayasan tersebut.

"Saya tidak tahu. Saya tidak pasti. Kakak telefonlah orang ini, mungkin dia boleh membantu," katanya sambil menunjukkan satu nombor telefon yang terdapat pada pas yang dipakainya.

Apa yang menghairankan gadis ini tinggal di Melaka dan sanggup pergi ke Kuala Lumpur semata-mata untuk mengutip derma dan ketika ditemui, beliau berjalan berseorangan walaupun jam sudah menunjukkan hampir 12 malam.

Mohd. Fadzli, seorang kakitangan awam berpendapat, isu pengemis ini tidak akan selesai selagi rakyat masih 'kemaruk' pahala sehingga tidak pernah memberi pertimbangan ke mana wang derma itu akan digunakan.

"Memang sebagai orang Islam kita diajar supaya sentiasa bersangka baik dan melakukan amalan-amalan mulia termasuk bersedekah. Tetapi tak salah kalau kita menggunakan sedikit akal dan berusaha mencari badan-badan kebajikan yang berdaftar dan diyakini menggunakan wang derma tersebut dengan cara yang betul.

"Kebanyakan daripada kita apabila bersedekah mereka anggap sudah buat satu kebajikan dan bagaimana wang tersebut akan dibelanjakan, itu bukan masalah mereka. Itu urusan pengutip derma yang menipu dengan Allah.

"Tak boleh begitu kerana Rasulullah pernah berpesan bahawa di akhir zaman nanti, akan ada golongan yang menggunakan agama untuk kepentingan sendiri. Jadi, apakah kita mahu terus 'kemaruk' pahala tanpa menimbangkan kesan yang diterima oleh masyarakat termasuklah manipulasi gadis dan kanak-kanak?

"Bagaimana pula jika derma tersebut digunakan untuk membiayai pertubuhan haram seperti ajaran sesat atau gangster?," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2014 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak sapela kena dipergunakan tu? Harap2 mak pak pantau anak2..
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2014 11:40 PM | Show all posts
hmmm aman palestin

dulu ex-tunang aku pernah tersilap sebut "aman filipin"

aku gelak, dia taknak mengaku silap, pastu marah kat aku, nak cover malu
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2014 11:50 PM | Show all posts
i sakit ati lg dok tringat aritu kt pasar malam klang lama, ade minah ni dok bersila sambil pangku anak kecik yg seolah nyenyak tido, dgn hiruk pikuk pasar...

ramai je ummah baik terlampau hulur duit kt dia, i pnah tgk minah yg sama weeks before, dia kutip byk gila duit derma n cepat2 sorok dlm bag... pastu tggu org2 baik-x-kena-tempat hulur lagi..

rasanya sbb org kesian kot kat anak kecik yg cam dh pengsan je i tengok tu...

rasa geram je cm nk tegur tp sbb i sndri bawa anak kecik so, riau kot2 ade yg ikut n pukul etc ke...
selalunya mungkin dorang ade sindiket...
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2014 11:55 PM | Show all posts
typo *** risau...


dan oh ye, yg pasal aman palestine ni mmg terlalu ramai yg muncul merata...

sangat mencurigakan...
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2014 11:57 PM | Show all posts
org melesia kan suka menderma walau mengayakan orang lain
konon katanya...dia derma dapat pahala....org tu tipu tu dia jawab sdri dgn tuhan


last last nti mengarok org itu jadi kaya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-10-2014 12:00 AM | Show all posts
clarizsa posted on 7-10-2014 11:50 PM
i sakit ati lg dok tringat aritu kt pasar malam klang lama, ade minah ni dok bersila sambil pangku a ...

time kecohpasal tengku adnan tu

kemain ramai ummah yang membantah katanya xperihatin...padahal sbb nak membasmi peminta sedekah asing mcm ni lah
malaysia ni lubuk rezeki mcm mcm pendatang dari pukistan myanmar sampai amerika latin

Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2014 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Aman palestin tu bagus.. cuma yg mnyamar dr aman palestin tu menipu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2014 01:44 PM | Show all posts
elok terajang aje fake2 n scam artist ni seme sambil takbir kuat2
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2014 01:44 PM | Show all posts
elok terajang aje fake2 n scam artist ni seme sambil takbir kuat2
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2014 01:56 PM | Show all posts
org mesia nie ramai yg bodoh bila bab2 menderma nih. kalo setakat kasihan bukan begitu caranya. contoh yg dah cuba tgk slot bersamamu. dia miskin. kita bantu dia bagi modal. suruh dia usahakan sesuatu. contohnya berniaga. biar dia belajar camne nak berusaha dan cari duit tanggung keluarga. bukan kita main hulur jer seolah2 menggalak lagi aktiviti2 seperti ini. bagi pendapat aku org yg menderma dgn tanpa ingin tahu apa masalah org2 begini sampai minta derma nie lagi kejam. bagi derma tapi "I dont care what's ur problem."

aku x layan org minta rumah ke rumah. kalo dia kata untuk masjid, aku kan tanya masjid mana? kalo buka masjid qariah aku, aku akan suruh dia minta derma kat qariah masjid kawasan dia.

yg aku pelik tu apa org baitulmal buat. org byr zakat tapi masih ada org yg minta sedekah dan merempat. namun aku perhatikan org2 yg sebegini dah dibantu tapi mereka lebih suka meminta derma atau sedekah dr berusaha sendiri keluar dr kelompok kemiskinan.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2014 02:25 PM | Show all posts
aku pun kadang2 stress dgn kekawan aku yang kemaruk pahala ni. penah la kita org bincang pasal org mintak derma menipu ni .. aa gitu la dia dgn selamba jawab, ustaz cakap kalau kita menderma tu dah dpt pahala dah .. tapi kalau org yg kutip derma tu menipu .. dia org dpt dua pahala. satu pahala menderma satu pahala kena tipu. hal org yg menipu tu lantak la antara dia dan tuhan. siap la di tepeknya jawapan ustaz kat group wassap tu. padahal maksud aku tu kita ni kan difardukan mencari yang halal. hal halal haram ni bukan setakat makan minum je. walau pun tak jatuh dosa kut kita menderma tapi kena tipu sbb tak tau. tapi kena la lebih berhati2... cari betul tidaknya org yg kutip derma tu. betul tak derma kita mmg pergi ke saluran dan sampai ke destinasinya. kalau selamanya kita buat pekak tak peduli betul tidaknya org yg kutip derma (dgn alasan .. asal aku ikhlas menderma .. dpt pahala dah disitu) akan makiin menjadi2 la org2 yg kerja menipu dgn kutip derma atas nama kebajikan .. atas nama agama. mcm tak rela la pulak aku org pergunakan agama tuk menipu org lain ni.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2014 11:59 AM | Show all posts
clarizsa posted on 7-10-2014 11:50 PM
i sakit ati lg dok tringat aritu kt pasar malam klang lama, ade minah ni dok bersila sambil pangku a ...

Betul 3x.. kat pasar malam area kulim memang ada minah tu.. i tengok elok je sifat dia xda cacat pun.. anak dia yg tido tu pun elok je.. tp anak dia mcm pengsan je.. mungkin diberinya ubat tido supaya tido lena.. Area Kulim ni ada pasar malam 7 hari seminggu.. setiap pasar malam mesti ada minah ni.. kalau sehari duduk 4jam dapat RM100.. sebulan dah RM2800. Dah taraf gaji budak degree tu.. Patutla depa sanggup....

Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2014 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang yg kutip derma ni tak abih2 jual nama negeri Kedah...

Kalau pape sikit..Kedah
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2014 02:25 PM | Show all posts
Ramai orang cakap cam, tak apa..
Dapat pahala..
But...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2014 02:29 PM | Show all posts
Penting diri sendiri. Nak pahala punya pasal sampai lupa kepada tanggungjawab kepada masyarakat dgn menyokong aktiviti haram ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2014 03:07 PM | Show all posts
sabbath_shalom posted on 9-10-2014 12:03 PM
Orang yg kutip derma ni tak abih2 jual nama negeri Kedah...

Kalau pape sikit..Kedah













psl pusat tahfiz amal le tu..dkt kedah, berpuluh tahun tak selesai..


baik bunuh je pengasas pusat tahfiz ni..
malukn umat je..

tarak plak aku nmpk budak2 kristian gigih kutip derma kt RnR
tarak plak aku nmpk budak2 hindu gigih kutip derma kt kedai mkn
tarak plak aku nmpk budak2 buddha pi gigih standy kutip derma sblh stesyen minyak jual minyak angin.


abis yg umat isle ada pusat zakat bagai, kutip tiap tahun juta2, miskin lagi ka?..
pstu nape budak2 tahfiz pi bersepah kutip derma lagi? apakah pusat tahfiz ni kebal dari kerajaan malaysia?..


Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2014 03:12 PM | Show all posts
aku sekarang dh pk byk kali nk bg derma..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2014 03:23 PM | Show all posts
lega hati baca komen kat sini. Ramai jugak yg masih ada common sense.
Itu hari ada video apa ntah, prank mintak sedekah.
Tujuannya tak tahu lah. Lawak kot.
Tapi secara tak langsung ada konon2 claim ni la tahap keprihatinan rakyat Malaysia.
Bila ada yg tak bagi duit, tu kedukut tak perihatin la tu.
Antara komen kat bawah gitu lah.... yg penteng keikhhhhlasan... bagi sahaja sedekah itu,
kalau itu hanya tipuan pun takper. Yg penting ikhhhhlassshhh.

Patutlah menjadi-jadi sindiket mintak derma.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2014 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Sbb tuh ris jarang nak menderma utk Palestine ka apa ka.....baik ris derma kat anak2 yatim kat area rumah ris.....tentu2 nye sahih ke mana duit tuh......yg derma2 Palestine tuh ris syak duit tuh tak sampai Palestine pun
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54264 Replies : 2
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54094 Replies : 8
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 43144 Replies : 436
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 50026 Replies : 153
Tak bayar cukai budaya kito, lebih 200 ribu orang disekat ke luar negara
maklukpenggodaTak bayar cukai budaya kito, lebih 200 r
Views : 38607 Replies : 24
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 276587 Replies : 8077
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39502 Replies : 47
KRAVEN THE HUNTER
SY_MumiKRAVEN THE HUNTER
Views : 2140 Replies : 5
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38672 Replies : 31
Cikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohingya tidak sekolah akan bawa “social backlash" yang membebankan negara
YgBenarCikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohin
Views : 28225 Replies : 19

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 01:24 PM GMT+8 , Processed in 0.066942 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list