SHAH ALAM - Seorang pelajar tahun akhir jurusan Komunikasi Massa sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di sini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan membunuh teman wanitanya di Seksyen 7 di sini kira-kira dua minggu lalu. Muhammad Fahmi Mohd. Hanafiah dituduh membunuh Haryati Harun, 44, di tangga tingkat 6, Blok A, Pangsapuri Kristal Height pada pukul 2.10 pagi.
Tertuduh yang menghadapi hukuman mati mandatori mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan tidak membuat sebarang pengakuan di hadapan Majistret Norshakinah Ahmad Kamaruddin. Norshakinah memerintahkan sebutan semula kes pada 20 November depan
Last edited by Darsitadara25 on 29-10-2014 02:17 PM
|