CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1959|Reply: 5

[Tempatan] Wanita Malaysia Ditahan Bersama 6 Jongkong Emas Di Dhaka

[Copy link]
Post time 29-10-2014 02:03 PM | Show all posts |Read mode

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

[size=0.98em]NEW DELHI: Seorang wanita rakyat Malaysia yang membawa enam jongkong emas ditahan oleh pegawai-pegawai penguat kuasa di lapangan terbang antarabangsa Hazrat Shahjalal, Dhaka di Bangladesh, menurut satu laporan.      

Bangladesh bdnews24.com melaporkan bahawa wanita 53 tahun itu ditahan apabila dia menggunakan laluan hijau sekitar tengah hari pada Selasa.      

Menurut laporan itu, beliau telah diperiksa selepas kelihatan mencurigakan daripada cara dia berjalan dan hasil pemeriksaan itu menunjukkan beliau membawa enam jongkong emas seberat satu kilogram.      

Laporan itu memetik Penolong Penguasa Batalion Polis Tentera Nur-e Alam Siddique sebagai berkata bahawa wanita itu datang ke Bangladesh menaiki penerbangan Malaysia Airlines pukul 11 pagi.      

"Dia tidak pernah datang ke Bangladesh sebelum ini, sesuai dengan butiran perjalanan dalam pasport beliau.

Beliau juga tidak fasih berbahasa Inggeris, jadi kami tidak dapat memastikan lagi destinasinya di Bangladesh," katanya.      

Tindakan undang-undang sedang dijalankan ke atas wanita itu, kata akhbar dalam talian yang memetik kenyataan Penolong Pesuruhjaya Kastam Jewela Khanam.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2014 02:17 PM | Show all posts
waww...dari mana dia dpt emas itu, maybe nk seludup.

Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 02:19 PM | Show all posts
ni sendiri pandai ke or gagak itam yang pasang?
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 03:18 PM | Show all posts
Jadi Conan sekejap.  Wanita M'sia tu tiba di airprt Dhaka dari mana?  Dari M'sia?  Kalau dari M'sia, semasa cek in di KLIA, mcamana boleh lepas securiti cek dn scanning body/baggage.  Penggera body scanning tak de bunyikah?

Ada Conan2 lain di forum ni boleh beri pandangan?
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 03:33 PM | Show all posts
Bawak emas tak salah, tapi kena declare kat kastam diorg lah. Sbb setiap negara ada berapa limit harga barang yg tak perlu declare.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 03:38 PM | Show all posts
owhh gitu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 06:36 AM GMT+8 , Processed in 0.288849 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list