View: 3128|Reply: 16
|
[Tempatan]
Ah Long Takaful
[Copy link]
|
|
- Muhammad Taufik menunjukkan poster yang ditampal ah long pada tiang telefon tertera perkataan “pinjaman takaful”.
[url=]<[/url] 1 / 1 [url=]>[/url]
BUKIT PALAH - Menggunakan perkataan “Takaful” dikenal pasti sebagai taktik terbaru sindiket pemberi pinjaman wang haram (ah long) menarik perhatian orang ramai yang kononnya ia berkonsepkan Islam.
Tinjauan Sinar Harian di beberapa lokasi sekitar Bandaraya Melaka mendapati keadaan itu sudah menjadi trend sindiket terbabit dengan meletakkan poster-poster mereka di merata tempat.
Menurut seorang penduduk, Muhammad Taufik Khalil, 30, sindiket terbabit tidak sepatutnya menggunakan istilah Islam semata-mata bagi menarik perhatian orang ramai supaya menggunakan perkhidmatan mereka.
Jelasnya, pihak berkuasa terutama Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) harus memantau keadaan ini bagi mengelakkan orang ramai terkeliru dengan tawaran dijanjikan atas nama Islam kononnya.
“Saya terkejut apabila menemui poster yang ditampal menggunakan perkataan 'Pinjaman Takaful'. Mengikut tafsiran syarak, takaful bermaksud satu kumpulan pakatan yang saling menjamin dan tolong menolong antara satu sama lain apabila salah seorang peserta ditimpa musibah.
“Perkataan takaful sering digunakan oleh syarikat insurans berasaskan muamalat Islam atau perkataan takaful itu sendiri dalam bahasa Arab berasal dari perkataan 'kafala' yang bermaksud saling menjamin. Jelas sekali, sindiket ah long ini menggunakan perkataan ini yang kononnya pinjaman mereka berlandaskan syarak,” katanya.
Muhammad Taufik yang juga seorang Imam di Masjid Al-Abrar, Semabok berkata, paling dikesali apabila poster-poster terbabit ditampal sesuka hati sehingga mencemarkan pemandangan sekitar.
“Poster-poster ini juga sukar ditanggalkan dan menyulitkan anggota penguatkuasa pihak berkuasa tempatan untuk membersihkannya,” katanya.
[url=]
[/url]
|
|
|
|
|
|
|
|
guna bahasa arab kelentong orang. |
|
|
|
|
|
|
|
mcm2 taktik nk menarik org melayu islam... |
|
|
|
|
|
|
|
so apa masalahnya?
bank guna xsalah pun? |
|
|
|
|
|
|
|
Itu along punya lobang keluar haid pulak lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Ah Long mesra Isle. |
|
|
|
|
|
|
|
Ah long pon dh pandai guna ayat takaful ni..hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
AbukRokok posted on 2-11-2014 12:58 AM
so apa masalahnya?
bank guna xsalah pun?
salah grammar la.
takaful tu untuk insurans, bukan untuk loan
|
|
|
|
|
|
|
|
Along kalau guna akad islamik mcm yg bank islam praktis halal or haram? |
|
|
|
|
|
|
|
maksud takaful tu pon ah long xtau |
|
|
|
|
|
|
|
aku nak tengok pihak berkuasa haramkan penggunaan takaful oleh samseng |
|
|
|
|
|
|
|
ah long ni ikut mahzab mano....
|
|
|
|
|
|
|
|
Al-Patih posted on 3-11-2014 05:53 AM
ah long ni ikut mahzab mano....
klu bab zakat & bank biasanya mrk beralih dari syafie kpd hanafi utk memudahkan & menguntungkan bank.
|
|
|
|
|
|
|
|
CrowneGlory posted on 2-11-2014 04:46 PM
Bank2 pun sama je...
lain. bank Ah Long berlesen & bayar cukai kpd krjn. Ah Long x bayar cukai.
|
|
|
|
|
|
|
|
tobby posted on 3-11-2014 07:14 AM
klu bab zakat & bank biasanya mrk beralih dari syafie kpd hanafi utk memudahkan & menguntungkan ba ...
patutle...majlis ugama negri negri..bercelaru....banyak mahzab nak ikut....
|
|
|
|
|
|
|
| |
|