CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3226|Reply: 3

Ketahui Rahsia Warna Keputihan Anda

[Copy link]
Post time 6-11-2014 09:25 PM | Show all posts |Read mode


Gejala jangkitan mikroorganisma yang juga dikenali sebagai keputihan dikalangan wanita Malaysia sebenarnya boleh di kenal pasti melalui rahsia warna cecair atau lelehan yang keluar.

Bagi ramai wanita yang tidak mengetahui atau kurang arif  tentang masalah ini boleh lah mempelajari kaedah atau cara untuk mengenalpasti samada cecair atau lelehan yang keluar dari faraj mereka merupakan gejala biasa atau yang berpenyakit.

Hari ini Dr Herba akan membongkar rahsia mengenali cecair atau lelehan penyakit melalui warna yang keluar dari faraj bagi memudahkan wanita yang selalu tertanya-tanya, apakah sebenarnya yang mereka sedang hadapi apabila terdapat warna pada cecair atau lelehan.


Lazimnya , masalah keputihan paling dominan dan kerap berlaku kepada wanita disebabkan oleh pembiakan kulat melebihi dari paras normal.Bagi seorang wanita sedang hamil,biasanya disebabkan oleh masalah perubahan hormon secara drastik dan menjadikan flora bakteria didalam tubuh tidak seimbang.Apabila ini berlaku kulat mengambil peluang untuk membiak tanpa kawalan.


Sementara itu lain-lain faktor seperti pengunaan produk feminine wash yang mengandungi sabun,shampu dan gel mandian tanpa pH yang sesuai iaitu pH3.8-4.2  juga boleh mengakibatkan gangguan flora bakteria .Apabila ini berlaku sekali lagi wanita sebenarnya memberi laluan percuma bagi kulat membiak tanpa kawalan .


Untuk memudahkan wanita,terutama sekali gadis remaja membezakan antara simtom jangkitan ataupun ia hanya sekedar cecair normal .Berikut adalah antara warna cecair atau lelehan dari faraj yang perlu kenali dan turut diberi perhatian:-

Rahsia Warna Jernih


Lelehan yang berwarna jernih dan banyak lendir tetapi tidak berbau adalah gejala normal dan tidak perlu dirisaukan. Lazimnya lelehan jernih tidak berbau ini keluar 2 minggu sebelum haid, ketika subur atau apabila hormon estrogen berlebihan .Kedaan seperti ini juga turut dialami oleh kebanyakan wanita hamil.


Rahsia Warna Putih


Namun jika lelehan yang keluar berwarna putih, berair dan berbau busuk, rasa gatal di bahagian kemaluan  serta rasa sakit ketika membuang air kecil maka berkemungkinan besar ia adalah jangkitan disebabkan oleh sejenis kulat.Kulat ini juga dikenali sebagai candida albicans dan merupakan gejala paling kerap berlaku kepada wanita apabila pH faraj tidak lagi seimbang.Baca selanjutnya http://drherba.blogspot.com/2014/11/ketahui-rahsia-warna-keputihan-anda.html

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-11-2014 07:22 PM | Show all posts
Boleh lah share dengan kengkawan adik beradik ya!
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2014 04:49 PM | Show all posts
thanx tt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2014 09:35 PM | Show all posts
rekemen tt bolej baca banyak lagi artikel bermanfaat tentang penjagaan dan kesihatan remaja di blog Dr Salwa http://www.klinikkeputihan.blogspot.com
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 12:57 PM GMT+8 , Processed in 0.323339 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list