View: 3027|Reply: 19
|
[Tempatan]
LOLA TAK MAU TUNTUT FIRDAUS
[Copy link]
|
|
NILAI - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan akan terus menjaga Muhammad Firdaus Dullah, 15, anak kepada Lolanopita Saidi, 40, yang bersedia anaknya itu tinggal di rumah kebajikan.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, pihaknya dimaklumkan Lolanopita enggan menuntut Muhammad Firdaus, walaupun selepas selesai menjalani hukuman.
Katanya, melalui sesi kaunseling yang dibuat bersama Lolanopita, dia memberitahu kepada pegawai JKM, dia mahu Muhammad Firdaus terus tinggal di rumah kebajikan itu.
“Apa juga keputusan yang dibuat oleh ibu Firdaus, kita menerimanya. Kita tiada masalah untuk menjaga anak ini. Cuma sebagai seorang ibu dia harus mempunyai rasa kasih dan sayang terhadap anaknya sendiri.
“Walaupun Firdaus berada di bawah jagaan JKM, namun dia dinasihatkan sentiasa menjenguk anaknya sekerap mungkin," katanya.
Beliau juga berkata, Lolanopita tidak boleh hanya melepaskan tanggungjawab kepada JKM semata-mata.
"Walaupun kita mampu menjaga Firdaus dengan baik, namun hubungan ibu dan anak tidak boleh dipisahkan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Penutup Seminar ‘Nilai U - Niew Future Leaders Camp 2014’ di Nilai Spring Resort dekat sini, semalam.
[ARTIKEL BERKAITAN: Jadikan kes Lolanopita satu pengajaran]
Rohani menjelaskan, kejadian itu harus dijadikan sebagai contoh dan pengajaran kepada masyarakat, agar tidak mengulangi kesilapan yang sama.
Rohani memberitahu, hukuman diterima Lolanopita bukan sekadar hukuman, namun pengajaran penting buat dirinya agar sentiasa memberi keutamaan dan kasih sayang kepada anak, lebih-lebih lagi anak istimewa.
Bagaimanapun, Rohani menegaskan, sekiranya suatu hari nanti Lolanopita ingin menuntut Muhammad Firdaus kembali, dia berhak berbuat demikian dan pihaknya akan menyerahkannya kepada ibunya dengan bersyarat.
“Lola boleh mengambil anaknya pada bila-bila masa kerana dia adalah ibu kandungnya, namun kita akan serahkan anaknya itu dengan bersyarat, antaranya perlu mengikuti kelas pemulihan untuk Firdaus, sesi kaunseling, rawatan susulan dan pelbagai lagi keperluan yang perlu diikuti,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
nampak sgtt... ..tunggu laa 10 tahun lagi... ko rase laa loklakkk |
|
|
|
|
|
|
|
suke ati ko la lola oiii......... |
|
|
|
|
|
|
|
Katanya, melalui sesi kaunseling yang dibuat bersama Lolanopita, dia memberitahu kepada pegawai JKM, dia mahu Muhammad Firdaus terus tinggal di rumah kebajikan itu. mungkin si emak ni tahu dia tak mampu nak menjaga anak istimewa tu sensorang
|
|
|
|
|
|
|
|
x pe lah. sekurang2nya kita tahu anak itu selamat dan sihat |
|
|
|
|
|
|
|
baguslah.
takut kalau dapat kat dia balik, anak tu jadi macam dulu jugak. |
|
|
|
|
|
|
|
moga adik dilindungi. takpelah dik. adik masih disayangi oleh seluruh rakyat malaysia. |
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN posted on 18-11-2014 03:18 PM
mungkin si emak ni tahu dia tak mampu nak menjaga anak istimewa tu sensorang
kann...berat mata mmandang..berat lg bahu memikul..
|
|
|
|
|
|
|
|
“Lola boleh mengambil anaknya pada bila-bila masa kerana dia adalah ibu kandungnya, namun kita akan serahkan anaknya itu dengan bersyarat, antaranya perlu mengikuti kelas pemulihan untuk Firdaus, sesi kaunseling, rawatan susulan dan pelbagai lagi keperluan yang perlu diikuti,” katanya.
tu yg lola malas tu...
cer kalau firdaus tu ada trust fund ka... konfem lola ambik bela |
|
|
|
|
|
|
|
mengangkang pandai. jaga anak malas. dasar caprut. |
|
|
|
|
|
|
|
tak mampu jaga anak jangan buat anak. |
|
|
|
|
|
|
|
Better...dr trabai atau d jumpai oleh org yg salah...kutip dia just utk suruh firdaus mbta sedekah
Kalo dr sudut lain..mak dia myb mahukn yg trbaik buat anak dia....
Sayu aku mngenang nasib anak syurga ni... |
|
|
|
|
|
|
|
baguslah ... mmg dia x reti jaga anak oku |
|
|
|
|
|
|
|
sian. dia tak mampu nak jaga. tapi selalu2 la jenguk. jangan la abaikan terus. |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin kebajikan firdaus lagi terjamin dibwh JKM. |
|
|
|
|
|
|
|
dia dah xnak anak dia..
ada orang mau bela lagi dia suka..
|
|
|
|
|
|
|
|
Syukur firdaus da ada akaun tabung haji |
|
|
|
|
|
|
| |
|