Seperti yang semua sedia maklum, rambut umpama mahkota seorang gadis. Malah ia juga mempunyai mesej yang tersembunyi di sebalik setiap gerakan seperti kibasan dan sentuhan yang di lakukan oleh setiap gadis.
Jangan terkejut ya! Setiap gerakan yang telah girls lakukan itu membuatkan seorang jejaka memahami sesuatu tentang kamu.
# 1 | MEMINTAL Di mata seorang jejaka, gadis yang suka memintal rambut adalah gadis yang mempunyai tarikan menggoda. Oleh itu mereka menganggap gadis seperti ini adalah golongan gadis yang seksi. Malah jangan tak tahu, jika kamu memintal rambut di hadapan mereka saat sedang bertentang mata, mereka akan menganggap kamu sedang cuba menggoda dirinya. Jadi jangan hairan jika tiba-tiba si dia mula ‘tunduk’ dengan kamu.
# 2 | MERAPIKAN RAMBUT Bagi pahaman seorang lelaki, gadis yang sering merapikan serta menyisir rambut saat bersembang adalah seorang gadis yang mudah untuk di dekati serta peramah. Malah, mereka juga sering melabelkan individu ini sebagai individu yang sangat menjaga penampilan dan ingin kelihatan kemas.
# 3 | MENGIBAS Gadis yang sering mengibas rambut ketika bersembang pula sering di anggap seorang individu yang menarik. Ini kerana mereka mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi serta bersemangat waja. Di mata seorang jejaka gadis seperti ini mempunyai daya tarikan yang sangat feminim.
# 4 | MENYENTUH Baik lelaki mahupun perempuan, jika saat bersembang dengan individu berlawanan jantina dan ketika itu kamu menyentuh rambut dengan jari-jemari atau tapak tangan itu bermaksud kamu sedang tertarik dengan individu tersebut.
# 5 | BERMAIN RAMBUT Jika kamu sering bermain rambut seperti menyisir dan membetulkan pony itu bermaksud kamu seorang yang suka menunjuk-nunjuk dengan apa yang kamu ada. Bagi seorang lelaki, perempuan seperti ini hanya cuba mencuri perhatian.
# 6 | MENGIKAT RAMBUT ATAU MELEPASKANNYA Jejaka sangat suka mendekati gadis seperti ini. Ini kerana ia menunjukan seseorang itu selesa dan berminat untuk mengenali dengan lebih lanjut. Jadi, jika kamu lakukan seperti ini di hadapan seorang lelaki jangan terkejut jika tiba-tiba mereka jadi lebih spontan dengan kamu.
Guys, betol ke? Cer komen sikit.
|