BERITA pertunangan Revalina S. Temat dengan Rendy Aditya Gunawan yang berlangsung hujung November lalu men-cetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat industri hiburan Indonesia.
Banyak yang beranggapan pelakon berusia 29 tahun ini sengaja merahsiakan bakal suaminya itu sementelah namanya kerap dibabitkan dengan percintaan dengan beberapa lelaki sebelum ini.
Bagaimanapun pelakon yang dikenali menerusi drama Bawang Merah Bawang Putih ini menafikan sekeras-kerasnya perkara tersebut.
“Tidak ada apa pun yang hendak dirahsiakan (tentang pertunangan). Kalau ada yang bertanya, pasti saya menjawab,” kata Revalina yang turut berkongsi hari bahagianya itu dalam laman sosial miliknya.
Sebelum ini Revalina bercinta dengan jejaka Arab bernama Kemal Idris sebelum Panji Trihatmodjo yang merupakan putera jutawan Indonesia, Bambang Trihatmodjo.
Tidak lama kemudian, Revalina menjalin hubungan cinta dengan pelakon dan pelawak terkenal, Ringgo Agus Rahman sekitar 2009 sebelum hubungan mereka putus.
Sejak itu tiada lagi kedengaran cerita cinta membabitkan bintang filem Perempuan Berkalong Sorban ini dengan mana-mana jejaka.
Mengakui fobia untuk berkongsi cerita cinta dengan masyarakat kata Revalina, dia juga nekad untuk menyimpan bahagian tersebut agar kehadirannya dalam industri hiburan tidak disalahertikan.
“Tak sedap kalau Revalina asyik dikaitkan dengan cerita cinta. Sedangkan saya ada beberapa produk yang boleh dikongsi,” katanya.
Mengulas tentang Rendy kata Revalina, lelaki yang dikenali menerusi seorang teman itu dilihat cukup memahami dirinya dari saat awal perkenalan kira-kira dua tahun dulu.
“Salahkah jika seorang wa-nita bercinta dengan pasangannya yang jauh muda daripadanya? Itu bukan masalah besar kerana saya pun masih muda."
“Saya dan Rendy cuma berbeza usia tiga tahun saja. Saya percaya apa yang paling penting dalam sebuah perhubungan itu adalah persefahaman,” ujarnya lagi.
Enggan berkongsi tarikh perkahwinannya dengan Rendy yang bakal berlangsung pada tahun depan bagaimanapun Revalina memberitahu, dia akan mengumumkan perkara tersebut bila masanya sesuai.
Yang pasti Revalina menambah, dia akan menguar-uarkan berita perkahwinannya kepada masyarakat supaya tidak timbul sebarang fitnah selepas itu. - utusan.com.my
|