View: 3986|Reply: 41
|
[Tempatan]
Tahun 2015, rakyat akan didahulukan
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak melahirkan harapan untuk membina sebuah masyarakat yang lebih selamat, makmur dan saksama tahun depan dengan memberi tumpuan terhadap kehidupan dan keperluan rakyat.
Perdana menteri, dalam mesej akhir tahun dalam blog beliau, www.najibrazak.com, hari ini, berkata dalam bulan-bulan dan tahun-tahun akan datang, fokus beliau adalah mengenai rakyat.
“Walaupun prestasi ekonomi Malaysia adalah luar biasa, saya sedar bahawa rakyat sentiasa tidak merasakan mereka mendapat bahagian mereka daripada kejayaan negara kita.
“Oleh itu, di samping usaha-usaha kita untuk memperkukuhkan ekonomi kita dengan meningkatkan pendapatan, mengurangkan perbelanjaan, dan meningkatkan produktiviti, kita juga akan berusaha mengurangkan ketidaksamaan dengan mengurangkan jurang di antara yang kaya dan miskin,” katanya.
Najib berkata beliau yakin ekonomi Malaysia akan terus berkembang dan membawa lebih banyak peluang pekerjaan dan mutu kehidupan yang lebih baik kerana asas-asas yang kukuh dan dasar-dasar kerajaan yang jelas dan konsisten.
“Ekonomi kita berada di landasan yang betul untuk tumbuh sebanyak 5.7 peratus tahun ini, dan 4.7 peratus pada 2015. Defisit kita menurun, simpanan kita kukuh; kita mempunyai institusi kewangan yang boleh dipercayai, kadar pengangguran yang rendah dan kadar pelaburan asing yang memberangsangkan.
"Ekonomi Malaysia berada dalam keadaan yang baik bagi menghadapi sebarang cabaran," katanya.
Najib berkata Malaysia perlu lebih proaktif bagi membina sebuah ekonomi yang berdaya tahan yang sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
"Dengan perkembangan global yang membawa masalah kepada banyak negara, saya gembira bahawa kita telahpun mengambil pelbagai langkah untuk melindungi ekonomi kita. Baru minggu lepas, Bank Dunia mengesahkan bahawa Malaysia kekal dalam kedudukan yang kukuh sebenarnya kerana tindakan kita merasionalisasi subsidi," katanya.
Beliau berkata Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) yang akan diperkenalkan April tahun depan, akan membantu memperkukuhkan kewangan kerajaan supaya Malaysia dapat meneruskan perbelanjaan yang produktif atas perkara-perkara seperti membina jalan raya, sekolah-sekolah dan hospital-hospital untuk manfaat rakyat.
"Dan di samping CBP, kita akan meneruskan pembaharuan untuk menjadikan ekonomi kita lebih kompetitif, yang akan membawa lebih banyak peluang untuk perniagaan kita, dan pendapatan tinggi untuk rakyat," kata beliau.
Bagi memastikan keselamatan rakyat Malaysia berikutan meningkatnya ancaman kumpulan pengganas, Najib berkata kerajaan telah memperkenalkan Kertas Putih Keganasan yang baharu dan juga memperkukuhkan kerjasama negara dengan agensi-agensi perisikan asing.
"Tanggungjawab saya yang paling besar sebagai perdana menteri adalah untuk memastikan keselamatan rakyat Malaysia. Kedudukan kita cukup jelas, kita menolak apa yang dipanggil Islamic State. Kita menolak negara ini yang ditakrif oleh pelampau. dan kita mengutuk keganasan yang sedang dilakukan di atas nama Islam," katanya.
Mengenai bencana banjir di beberapa buah negeri, Najib berkata keutamaan kerajaan adalah untuk membantu rakyat yang memerlukannya sekarang, dengan bekalan dan bantuan bagi mereka yang terkandas atau dipindahkan, dan sokongan kewangan, supaya rakyat mendapat kembali kehidupan mereka seperti sebelum ini.
Tahun depan, keutamaan kerajaan adalah untuk membina semula infrastruktur, perniagaan dan kediaman yang rosak secara mesra alam, supaya bencana banjir pada masa depan tidak serupa kali ini ataupun lebih buruk.
Najib berkata Malaysia akan memainkan peranan yang lebih besar dalam hal ehwal di rantau ini dan di dunia dalam tahun-tahun akan datang.
“Tahun depan kita akan menjadi pengerusi ASEAN, dengan kita bersedia untuk melancarkan Komuniti ASEAN. Pada 2015, di bawah kepengerusian Malaysia, kita akan meletakkan asas untuk integrasi serantau yang lebih kukuh. Bagi penduduk ASEAN, ini bermakna lebih banyak peluang dan lebih banyak pekerjaan dan cara yang lebih mudah untuk menjalankan perniagaan.
"Pada 2015, kita akan menduduki kerusi tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC). Jauh daripada hanya lencana kebanggaan diplomatik, ini adalah peluang Malaysia untuk menyatakan sokongan kita terhadap objektif utama, termasuk menjamin masa depan yang lebih bermaruah untuk rakyat Palestin dan memberikan sumbangan yang sebenar kepada masalah keselamatan global," kata Najib.
Najib menyifatkan 2014 sebagai tahun paling mencabar dalam karier beliau dan satu daripada tahun-tahun paling sukar dalam sejarah Malaysia dengan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370, dan kemusnahan Penerbangan MH17.
"2014 ada membawa kemakmuran kepada Malaysia, namun ia juga tahun di mana kita bersatu dalam kesedihan. Saya percaya kita akan dapat keluar dengan lebih kuat dan lebih berazam, daripada tragedi kembar ini.
"Di masjid-masjid, gereja dan kuil, di pasar raya dan online, respons rakyat Malaysia terhadap tragedi-tragedi ini sebagai satu. Kita telah diuji dengan bencana namun semangat rakyat negara ini kekal kukuh," katanya.
Penerbangan MH370 dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing hilang pada 8 Mac manakala Penerbangan MH17 yang sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lepas.
Mengenai tragedi pesawat AirAsia Indonesia Penerbangan QZ8501, Perdana Menteri berkata: "Ingatan kita adalah bersama-sama dengan saudara-saudara kita di Indonesia."
Di tengah-tengah tragedi itu, terdapat kemuncak pada 2014, termasuk ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik negara dengan China dan lawatan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama ke Malaysia. - Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
Sangat la didahulukan *sambil makan popcorn caramel* |
|
|
|
|
|
|
|
Apsal dia tak sebut nak banteras Pati?? |
|
|
|
|
|
|
|
masa najib mula2 memerintah
mcm2 program transformasi dibuat
sekitar 2009 sampai 2011
sejak 2012 semuanya makin goyah
ekonomi tak menentu
rakyat susah dgn kos hidup semakin meninggi |
|
|
|
|
|
|
|
Rakyat x rasa pembangunan sebab pati melambak didahulukan.
Kasi bawak balik PATI dan Kapitalist.: |
|
|
|
|
|
|
|
Yawn...rosmah didahulukan?
Oh, u kata rakyat didahulukan, sry saya tersilap baca pasal dah mengantuk....yawn... |
|
|
|
|
|
|
|
Mengantuk membaca propa najib di tahun baru... |
|
|
|
|
|
|
|
slavehunter replied at 1-1-2015 01:03 AM
Apsal dia tak sebut nak banteras Pati??
Sbb dia tak nampak lagi masalah pati tu masalah rakyat.....
Tak tau lah bila dia akn nampak.... |
|
|
|
|
|
|
|
sekngucing replied at 1-1-2015 01:13 AM
masa najib mula2 memerintah
mcm2 program transformasi dibuat
sekitar 2009 sampai 2011
Sejak dia jaga sgt org gomen....& terlupa ada rakyatt lain yg perlu hidup.....
Kau tlg ckp kat dia....bumi malaya ni bkn semua kerja gomen..... |
|
|
|
|
|
|
|
pirahhhhhhhhhhhhhh mabuk....pm malaysia yang paling memalukan dalam sejarah...mungkin juga antara pemimpin dunia yang paling memalukan rakyat dan negara dalam sejarah ketamadunan manusia...booo najib...ckp x serupa bikin... |
|
|
|
|
|
|
|
Mendahulukan rakyat....yang keje gomen ...
Err tang mana najib Mendahulukan rakyat tahun 2015 nanti.....tgklaaaa bab kenaikan segala mak nenek rega segala benda....mampu tak rakyat didahulukan....harap adanya penurunan.... |
|
|
|
|
|
|
|
Sapela yang buat teks Najib nih?
So annoying kerana realitinya tidak begitu. |
|
|
|
|
|
|
|
Tolong singkirkn pendatang asing yg x bg manfaat bleh?semakkk ahhh...klu bg sumbang kt pembangunan n ekonomi negara xpe jugak...ni sumbangan kt jenayah, jd pengemis...xkn nk tgk aje hari2 suap dorg |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah atas prestasi cemerlang Datuk Seri pada tahun 2014.
antara yang paling menonjol adalah, kejayaan menerima lawatan Obama April lalu, disusuli dengan golf di Hawaii. Dan Najib menerima pengiktirafan Obama atas pendekatan Islam yang sederhana ala wasatiyahnya.
Kejayaan kedua adalah panda. Sebagaimana Mahathir membantu rakyat berjimat beribu-ribu RM travel keluar negara menonton F1, maka Najib menyainginya dengan membantu rakyat berjimat dengan meminjam panda.
Kejayaan ketiga adalah MH17. Meskipun ia adalah tragedi, tetapi ia telah menonjolkan Najib sebagai seorang pemimpin yang berpengaruh hingga berjaya mencari jalan menangani isu ini.
Tidak sah, jika tidak menyebut pasal Rosmah, Najib berjaya mendapatkan dana kerajaan untuk projek isterinya, yang menjadikan Rosmah suri rumah paling sibuk di dunia, mungkin. Namun yang moleknya, ia adalah untuk kebaikan negara.
Tahniah, terima kasih Najib. Dan kami gemira untuk menyambut satu lagi kejayaan pada 2015 ini, GST. Ia akan memacu Malaysia ke atah negara maju berpendapatan tinggi. Kami rakyat tak sabar untuk detik tersebut. |
|
|
|
|
|
|
|
bijan ni tgah buat lawak ke? dia terlupa kot maharaja lawak mega hari jumaat bukan hari rabu |
|
|
|
|
|
|
|
wow menerima lawatan obama tu kejayaan terbesar bijan? menyewa 2 ekor panda tu kejayaan besar bijan? guna duit rakyat untuk bini sendiri kejayaan besar bijan? menjilat nyaa macai ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Ape jela pencapaian yg najib buat selain rugi rugi dan rugi..cer bezakn je ngan selangor.hutang negara pn da sgt meningkat..matawang pn da susut.alahaiii |
|
|
|
|
|
|
| |
|