AKAN DATANG MENEMUI ANDA SECARA LIVE DALAM DRAMA ADAPTASI TIDAK LAMA LAGI! LAKONAN MANTAP OLEH @emma_maembong sebagai Wani dan
@aimanhakimridza sebagai Nazrin. Nantikan!!!
Abang Nazrin tiba-tiba menyiku lenganku membuatkan aku tersentak seketika. Belum pun sempat aku memberi ‘jelingan maut’ kepadanya, lelaki itu terus berbisik dengan sangat perlahan di telingaku.
“Hey.”
“Apa?” bisikku semula dengan perlahan di telinganya. Walaupun ada debaran sedikit di dada saat ini kerana jarak kedudukan kami yang sangat dekat, aku abaikan sahaja.
“Tak perlulah kau buat puding karamel tu.”
Ha... nak mula lagilah ni. Aku mengerling ke arah mama dan nenek. Mereka masih leka berbincang. Aku terus menjeling tajam ke arah Abang Nazrin.
“Apesal pulak?” soalku dalam nada berbisik.
Nasib baiklah ruang tamu ini besar dan jarak kedudukan kami tidaklah dekat sangat dengan mereka. Kalau tidak, tak berani nak berbisik begini. Takut mereka dengar pula.
“Aku takut tetamu yang datang semua kena keracunan makanan.”
Ya Allah... tolonglah sabarkan hatiku ini. Ikutkan hati, ingin sahaja aku ‘melesing’ ‘si bapak singa’ ni. Disebabkan terlalu geram, aku terus bersuara dengan nada gembira.
“Eee... rajinnya abang,” ujarku dengan sedikit kuat membuatkan mama, nenek dan Mak Timah memandang ke arah kami berdua.
Harus x perlu ada polok2 segala...tulah natijah tayang kat tb secara berleluasa hasilnya bebudk tuh semua fefeling dapat bersedap2an polok2 future hubby kononnya macm korea retis...