Edited by bellaa at 20-1-2015 04:57 PM
KOTA BHARU – Gara-gara dituduh memeras ugut wang RM14 milik seorang rakan, dua beradik mendakwa mereka dipukul sehingga lebam, luka dan berdarah oleh seorang anggota polis berpangkat koperal.
Kejadian tidak diduga itu berlaku di Balai Polis Pengkalan Kubor, Tumpat dekat sini ketika kedua-dua beradik yang berumur 16 dan 14 tahun dibawa ke sebuah bilik di balai polis itu pada 14 Januari lalu.
Kes itu berlaku apabila kejadian peras ugut itu dikatakan membabitkan wang anak anggota polis terbabit yang sedang bercuti di Kampung Baru Kok Pauh, Pengkalan Kubor.
Anggota polis yang didakwa bertindak ganas itu bertugas di sebuah balai polis di Terengganu.
Semasa dibawa ke sebuah bilik di balai polis itu, kedua-dua beradik itu mendakwa mereka dibelasah tanpa belas kasihan, ditampar dan dicekik oleh anggota polis terbabit.
|