CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2783|Reply: 4

[Tempatan] DBKL temui terowong rahsia di Bukit Nanas

[Copy link]
Post time 21-1-2015 08:59 AM | Show all posts |Read mode

Sebuah terowong rahsia yang dijumpai di Bukit Nanas di Kuala Lumpur. Terowong itu dipercayai berusia beratus-ratus tahun.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menemui sebuah terowong rahsia di Bukit Nanas di ibu negara yang dipercayai berusia beratus-ratus tahun, lapor portal The Star Online hari ini.

Kewujudan terowong rahsia sepanjang 10m bermula dari Bukit Nanas hingga ke tebing Sungai Klang mula disedari kontraktor lantikan DBKL yang memperbaiki mendapan di kawasan terbabit sejak enam bulan lepas.

Terowong tersebut yang dikatakan sudah lama hilang itu dipercayai digunakan bagi menyimpan senjata, makanan dan harta benda.

"Kami percaya terowong yang ditemui me‎rupakan sebahagian dari laluan rahsia bawah tanah yang sudah lama hilang ditelan zaman akibat daripada pembangunan.

"Ia amat berpotensi untuk dijadikan sebagai tarikan pelancongan terbaru," kata Pengarah Jurutera dan Saliran DBKL Tan Kheng Chok seperti dilaporkan The Star Online hari ini.

Terowong tersebut dipercayai digunakan oleh penduduk Mandahiling dari Sumatera, Indonesia sebagai laluan bagi melarikan diri ketika Perang Saudara di Selangor pada 1868 dan 1871.

Tan berkata, sebelum ini tiada sebarang kerja pembaikan dilakukan di lereng bukit runtuh yang dilaporkan berlaku pada bulan Mei 2013 sehingga enam bulan lepas.

Penduduk Mandahiling dikatakan mendiami di kawasan bukit dikenali sebagai Bukit Gombak pada kurun ke-19. Sementara Istana Godang oleh Tuanku Raja Asal atau Ja Asai (raja Mandahiling) terletak di puncak.

Ketika perang Klang, penduduk men Mandahiling menanam nenas menyebabkan kawasan itu kini dikenali Bukit Nanas dan membina sebuah terowong rahsia bawah tanah.

Selain menyimpan senjata, makanan dan harta benda lokasi terowong dikatakan sebagai kedudukan strategik dan laluan melarikan diri bagi penduduk Mandahiling melancarkan serangan dan melepaskan diri daripada musuh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2015 09:10 AM | Show all posts
eloklah ditentukan fakta sah
mengenai pihak
yang membina terowong itu,

jika tidak, cina kebangga huggie
akan datang bawa teori
sejarah karut dinasti ming ka apa
ka untuk kaitkan semua perkara di negara
ini dengan cina

Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2015 09:11 AM | Show all posts
dah ada lah thread ni...
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2015 09:11 AM | Show all posts
dah ada thread nehh
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2015 09:12 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 01:44 AM GMT+8 , Processed in 0.237766 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list