CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9582|Reply: 81

[Tempatan] Pergaduhan Di Kalangan Peniaga, i-City Tutup Sementara Operasi

[Copy link]
Post time 21-1-2015 11:39 PM | Show all posts |Read mode


SHAH ALAM: Pusat pelancongan popular i-City telah menutup operasinya di Leisure Park @ i-City selama tiga hari bagi memprotes peningkatan jumlah peniaga haram di premisnya.

Penutupan tiga hari bermula pada Selasa, ekoran pertelingkahan di kalangan peniaga.

Keputusan itu dijangka menyebabkan pemaju  i-City,  i-Berhad menelan kos kerugian jutaan ringgit.

Dalam satu kenyataan kepada The Star, Timbalan Pengerusi I-Berhad, Datuk Eu Hong Chew berkata keputusan itu adalah langkah dalaman untuk merancang tindakan yang sesuai terhadap aktiviti perniagaan secara haram.

"Kegiatan kumpulan peniaga haram giat dijalankan sejak beberapa bulan lalu sehingga ke tahap ia bukan sahaja melibatkan perniagaan secara haram, tetapi juga mula memberi kesan kepada keselamatan awam.

"Kita tidak boleh membenarkan perkara ini berterusan kerana imej Leisure Park @ i-City sebagai tarikan pelancongan yang selamat dan terjamin akan menerima kesan buruk," katanya.

Leisure Park adalah sebuah pusat hiburan keluarga yang terletak di tanah berkeluasan 10 hektar tanah dan mempunyai empat tema utama -City of Digital Lights, SnoWalk, Waterworld dan FunWorld.

Ia menarik sehingga 90,000 pengunjung ke lokasi ikoniknya termasuk muzium lilin, Red Carpet, Space Mission dan juga Trick Art Museum.

Para peniaga telah didakwa 'memaksa' pelawat untuk membeli barang perhiasan pada harga yang mahal di dalam premis i-City.

Marahkan peniaga, beberapa pelancong membuat laporan dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

i-City kemudian meningkatkan keselamatan tetapi para pengawal diugut dan dikasari oleh peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawab.

Dalam kejadian terbaru, pengurus taman Gan Choon Kui membuat laporan polis pada 18 Januari selepas dia telah diancam oleh peniaga-peniaga di dalam bilik keselamatan kerana merampas barangan yang dijual secara haram.

Sebagai langkah sementara, keselamatan telah ditingkatkan tetapi Eu menegaskan bahawa kuasa penguatkuasaan berada di bawah Majlis Bandaraya Shah Alam dan polis.

"Kita tidak boleh mengambil ringan isu ini kerana keyakinan pelabur akan terjejas. - mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2015 11:41 PM | Show all posts
kat sini yg ada wax museum yg sendu tu kan?
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2015 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Fuhh. Perangaiii. Sangat petaling street okehhh
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2015 12:15 AM | Show all posts
Kat msia ke ni? Gapo mcm hustler dkt jakarta, bangkok, petaling st jah?
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2015 12:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Cemana boleh terlepas masuk peniaga haram tu? Baidewei, ai tak pernah pegi i-City tu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2015 12:46 AM | Show all posts
Jgn kata i city putajaya pun belum penah pegi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-1-2015 07:24 AM | Show all posts
tempat diselenggarakan oleh org makan rasuah..anak2 buah die pun pangai mcm gansta laa
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2015 07:45 AM | Show all posts
X yah buang duit la pergi taman fake mcm ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2015 07:46 AM | Show all posts
dulu sebelum di komersial kan .. best lepak sini.. nk mkn pon ala - ala street hawker..
cam uptown.. sejak tambah itu ini... da tak jejak tmpt ni... semak jek.. mahei
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2015 07:48 AM | Show all posts
Orange1 replied at 22-1-2015 12:46 AM
Jgn kata i city putajaya pun belum penah pegi

putrajaya ada icity??
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2015 07:59 AM | Show all posts
Ict ni belakang umah iols jer ....
sejak Ict ni wujud ... iols cuma pi situ 2 kali jer ...
tak dok apa apa pun yang menarik kat situ ,...
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2015 10:45 AM | Show all posts

Maksud aku putrajaya pun aku belum pernah pergi lagi apatah lg i city bagai ni.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2015 10:55 AM | Show all posts
tempat meniaga mcm ni mmg overrated.. jadinya semua overpriced...
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2015 10:56 AM | Show all posts
ni peniaga2 yg jual air tin / alat mainan kat tepi2 jalan tu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2015 11:01 AM | Show all posts
peniaga haram melayu..yg rampas org cina..jap lg ada laa macai yg spin salahkan kjaan negeri
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2015 11:06 AM | Show all posts
xbest ker?lom pernah pergi..

jauh kan..tp ada gak la cita2 nk bwk ank pi sn...masuk ape yg ais tu..selfie welfie dkt lampu2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2015 02:32 PM | Show all posts
buang duit je gi sini
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2015 02:42 PM | Show all posts
aku takde rasa langsung nak g icity nih
mcm tak best je
apesal peniaga2 tu mcm gangster je
takot plak aku baca

Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2015 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
musangcomel replied at 22-1-2015 02:42 PM
aku takde rasa langsung nak g icity nih
mcm tak best je
apesal peniaga2 tu mcm gangster je

Spidey tinggal berdekatan sana tapi cuma pernah pergi sekali saja, itupun tahun 2009 kut semasa awal pembinaan. Masa tu cuma ada dua tiga pokok LED sahaja.
Sampai sekarang Spidey tak bercadang nak ke sana sebab banyak berita negatif tentang tempat dan pemaju tu.
Baik main bowling atau pi tempat lain dari pergi ke I-City..
Orang kata, I-City is the biggest scam in the property market.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2015 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Pengurusan theme park dorang very the Cinapek styles.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 12:31 PM GMT+8 , Processed in 0.057205 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list