CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10951|Reply: 54

FAMILY YANG ADA MASALAH DUIT - cemana nak tolong?

[Copy link]
Post time 28-1-2015 12:43 PM | Show all posts |Read mode
assalamualaikum...

aku citer kat sini sebab aku nak try tanya pendapat2 korang pasal masalah aku.. kot2 la korang ada idea atau nasihat yg aku sendiri tak terpikir...

kalau pasal masalah dengan mak ayah sendiri, jarang org nak citer kot ... sebab kalau mak ayah tu, macamana pun sebagai anak kena sabar, dan sanggup buat apa je untuk mereka...  * betulkan kalau aku silap

parent aku mengalami masalah kewangan. perkara ni dah lama sejak aku bujang sampai dah kawin ada anak... tapi skrang ni semakin meruncing... aku tak tau cemana lagi nak tolong...

parent aku berniaga kecik2 je, macam meniaga kat uptown tu. jual pakaian. tapi beberapa bulan lately ni bisnes pun dah tak bole nak rolling modal. memang sangat tak stabil. bila tak cukup duit, parent aku mintak kat aku. kalau aku ada, aku bagi. kalau takde, aku sedih sebab tak mampu nak tolong...

mula2 short bayar installment rumah. parent aku dah tak cukup duit nak bayar, so aku take over bayar rumah yg parent aku duduk skrang ni which is 80% dari gaji aku habis byr installment rumah je...sampai nak bayar hutang sendiri pun tak lepas. kalau aku tak bayar nanti takut kalau rumah kena lelong pulak... itu pun ada tunggakkan. disebabkan rekod hutang bank aku dah tak cantik, aku tak bole nak tolong refinance rumah tu...

awal tahun ni (januari ni la) kereta parent aku kena tarik. sedih sgt bila aku bayangkan ayah aku nak g solat jumaat, kena tahan dan kereta kena amik. masa tu aku lost. nak tolong tebus aku pun tak mampu. rasa macam teruk gile sebab aku tak mampu tolong parent aku....

lepas tu mak aku mintak modal niaga. tak sampai seminggu, ayah aku call pulak mintak duit nak bayar bill air sebab meter air dah nak kena cabut. lepas tu mak aku cakap dah takde duit sangat skrang ni...

masalah ni bukan skrang je baru berlaku... dah banyak2 kali...tahun2 lepas pun dah jadi jugak... takde duit, mintak tolong aku.... aku nak tolong tapi kewangan aku pun terhad... gaji bukan besar pun.

macamana parent aku selesaikan masalah duit bila aku sendiri dah tak mampu nak bagi duit? parent aku pinjam pakcik makcik, masa kereta kena tarik tu pun pinjam org jugak nak bagi lepas kereta. sebab kalau takde kereta, diorang tak bole pegi niaga. parent aku pernah pinjam tekun pinjam aim... pinjam along je takde.

aku dah bagi modal niaga yang mak aku mintak, end up brg habis jual, duit pun habis... memang tak bole rolling langsung.

aku tak tau cemana dah... rasa anak yang teruk sebab aku masih belum mampu nak sara diorang... belum mampu nak bagi diorang duit sara hidup, bayarkan keta, hantar pegi umrah ke haji...

aku dua beradik je... adik aku masih skolah menengah... aku je yang ada tempat parent aku berharap. aku cuba buat bisnes tapi yela, bukannya hari ni bisnes, esok dah bole bagi ribu2 kat parent aku...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2015 12:52 PM | Show all posts
reserved.

i came here to see the comment.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2015 01:21 PM | Show all posts
macam mana barang habis, duit pun habis?
setengah orang, ilmu berniaga tak ada
tapi masih nak berniaga
yang kasihannya orang yang bagi modal
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2015 01:27 PM | Show all posts
Masa parent ko niaga tu mmg rugi memanjang ke?... Kalo sentiasa rugi suruh parent ko stop niaga dulu atau cuba bukak bisnes yang lain pulak jenis tak pakai modal banyak seperti jual nasi lemak atau kuih muih. Bukak bisnes ni biar untung sikit asalkan tidak rugi dan jangan tanggung rugi dalam tempoh yang lama.

Jual mana2 aset yang ada untuk selesaikan hutang yang tertangguh. Hutang ni boleh buat orang hidup merana.

Kalo tak silap aku ada organisasi yang tolong orang yang ada masalah hutang ni cuma aku tak ingat. Harap2 ada forumer kat sini tau organisasi apa yang aku lupa tu.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2015 01:31 PM | Show all posts
kesian kat tt..

actually, kalau tgk cara org cina, dia tak tolong saudara mara dia bagi 'ikan', dia akan bagi 'mata kail'..

masalah perniagaan yg parent tt hadapi ialah 'poket bocor' ataupun erti kata lain, belanja lebih besar daripada pendapatan.

itu ialah masalah ramai peniaga melayu.income perniagaan, di anggap income peribadi. walaupun perniagaan tu kita punya, bukan bermaksud semuanya boleh dibelanja. Mesti ada gaji sendiri dan pusingan modal. supaya perniagaan kekal.

kalau barang habis, duit pun habis, nampak tak kat situ masalah bermula, buat pinjaman dan beli stok, duit keuntungan pun guna sampai licin.

saya cadangkan supaya TT hantar parent g dengar talk berkenaan pemasaran dan perniagaan.

boleh jadi, berniaga saja dari rumah/online. kos lagi rendah, hanya perlukan komputer,internet. stok pun tak perlu simpan; dah selamat dah..

cuba g attend kursus google ads/ azizan osman/ sifu fb ads. banyak ilmu kat situ..

TT sekarang sebenarnya korek lubang tutup lubang, percaya je la, sistem pinjaman kat negara kita ni akan menyababkan tt terjebak dalam kancah hutang yang tiada penghujungnya.

akhir2 nanti, tt akan di dakwa kat mahkamah, dan harta benda di sita. MUFLIS;

Ubah la dari sekarang.

Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2015 01:32 PM | Show all posts
AKPK ke
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-1-2015 01:36 PM | Show all posts
parents ko tak pandai manage duit ker?..aku rase ko takyah la salahkan diri ko..
aku rase ko da tlg semampu yg boleh..takde sape nak biarkan parents susah..
tp mcm ko ckp.. brg abis niaga.. tp duit nk buat rolling pun takde?...camner tu..huhuh
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2015 01:45 PM | Show all posts
kalau bulan2 asyik rugi ajek, better buat bisness yang demand tinggi bukan buat bisness yang kita rasa leisure nak buat spt jual pakaian. jual pakaian tunggu orang dtg beli ajek kan?
tak semua orang gifted dlm dunia bisness. kalau asyik rugi aje memanjang itu tandannya tak gifted lah tu.
tukar lah meniaga lain pulak.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2015 01:53 PM | Show all posts
TT buat bisnes apa ye? Kalau saya suggest TT jana pendapatan melalui handphone bagaimana? Hanya bermodalkan RM90 aje. Ini adalah salah satu cara untuk TT menyelesaikan masalah kewangan TT dan keluarga.
Boleh rujuk sini http://hafizuan.smarttoneplus.com atau pm saya untuk maklumat lanjut.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2015 01:59 PM | Show all posts
ko cadangkan kat parent supaya tukar bahan niaga
why not niaga nasik lemak, lauk bungkus kat depan rumah

lepas tu nasihatkan jgn lupa bangun malam mintak doa dipermudahkan segala urusan
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2015 03:38 PM | Show all posts
rasanya berniaga makanan yg lebih bagus

buat nasi lemak keripap kuih muih

buat kecil kecilan dulu depan rumah atau dekat dgn pejabat

mesti ada permintaan sbb berniaga makanan sentiasa ada customer

insyallah
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2015 05:23 PM | Show all posts
aku pun heran cemana barang habis tapi takde untung ... kira margin tak betul ka? ... atau tak reti nak simpan modal pusingan? ... boros ka? ... ada ahli keluarga hisap dadah ka? ... kat kampung ada toyol ka? ...

suruh parents ko jual rumah dan sewa rumah kecik je atau tumpang ko buat sementara nak up balik bisnes ...
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2015 06:26 PM | Show all posts
Bersabarlah TT.  TT tolong sajalah sekadar yg mampu.  Ajak parents amalkan doa Al Mathurat (amalan Rasulullah s.a.w) setiap pagi dan ptg.  Dlm tu ada doa utk tidak dibebani hutang.  Semoga Allah luaskan rezeki keluarga TT dan permudahkan segalanya.  http://www.niknasri.com/?p=6898


Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2015 08:33 PM | Show all posts
anak sorang je nak tanggung sampai teruk mcm tu...xpandai urus kewangan ni..

pelik sangat...mereka hidup bermewahke...mana tau ayah ko berjudi ke...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2015 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
wds replied at 28-1-2015 01:27 PM
Masa parent ko niaga tu mmg rugi memanjang ke?... Kalo sentiasa rugi suruh parent ko stop niaga dulu ...

Dulu meniaga ok....

Lepas tu skrang ni tempat meniaga tu dah mula slow tak tau la sebab apa... tambahan pulak stok makin susut... bila stok susut, jualan kurang, profit takde. Sedangkan kos hari2 jalan... tapak nak bayar, minyak pegi balik meniaga...

modal yg aku bagi hari tu pun bukan banyak mana... dapat balik modal + untung sikit je... buat bayar ansuran kereta sebulan je dah abes...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2015 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
khailya replied at 28-1-2015 01:36 PM
parents ko tak pandai manage duit ker?..aku rase ko takyah la salahkan diri ko..
aku rase ko da tlg ...

Tak tau la nak cakap pandai manage ke tidak.... mak aku cakap dia dah usaha habis nak berjimat...

Aku rasa mmg sebab untung meniaga dah tak dapat cover sara idop dah... lepas tu jadi worst bile mcm2 benda tertunggak... sampai keta kena tarik, sampai api air hampir nak potong...



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2015 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Sy ad experience niaga gak, lately mmg biz agk down, dlu diakui ok, sy rsa parents tt bkan xreti meniaga ka ap, cuma xleh rolling modal, sales xbnyak, ad bnyk faktor especially kalo biz kain baju ni, macam kat tmpt sy pengaruh pasar kemboja sangat besar, sy smpi turun meniaga ng dorg, tp bru perasan dorg ni meniaga stail berani mati, punya nak berniaga sampai sanggup rugi, sapa yg venture bdang ni ja yg paham, org kita meniaga yg bleh org kita support makanan ja..hak len2 mcam berat skit..
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2015 12:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian kt parents tt. Sales xbyk tp byk kos nk kne cover..cuba tt suggest pd parents tt spya tuka type of biz spt yg forumer lain cadangkn.

Wlu truk mcm mne pun..tlg pastikn parents tt tk pinjam duit along..seksa hidup mereka tmasuk tt sndri nnt..
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2015 09:00 AM | Show all posts
cik_kala replied at 28-1-2015 08:50 PM
Tak tau la nak cakap pandai manage ke tidak.... mak aku cakap dia dah usaha habis nak berjimat...
...

yela.. maybe dapat je untung.. duk cover hutang yg sedia ade...
sbb tu tak cukup duit nak rolling semua..huhu

aku rase aku faham masalah ko..
femli mertua aku bih kurang cemni gak..huhu

Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2015 10:02 AM | Show all posts
salam...

nak respon sikit..
berniaga pakaian ni jualan dia x berdesup..

cuba something yg lain.. misalnya goreng pisang ke.. pilih laa berniaga modal yg kecik tp untung byk..
org otak bisnes akan pikir itu dulu..
coz pakaian ni bkn laa org akan beli hari2

salah pilih perniagaan ni... mmg x boleh rolling laaa


sekian... fikir2kan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 05:01 AM GMT+8 , Processed in 0.059181 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list