|
KUCHING – Kebakaran di wad neurologi sebuah hospital swasta di Taman Timberland, Jalan Rock memaksa 59 pesakit dipindahkan ke luar bangunan, malam tadi.
Kebakaran jam 8.40 malam itu dipercayai berpunca daripada litar pintas pada sistem pendawaian elektrik.
Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Kuching, Tiong Ling Hii, berkata kebakaran di tingkat dua itu hanya membabitkan 10 peratus bilik rawatan dalam klinik berkenaan.
Katanya, ketika kejadian klinik itu tidak beroperasi.
Bagaimanapun, sebagai langkah keselamatan, seramai 59 pesakit yang dirawat di hospital berkenaan dibawa keluar.
“Satu jentera bersama lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 8.50 malam.
“Operasi tamat sepenuhnya pada jam 10.24 malam dan siasatan lanjut mengenai punca kebakaran masih dijalankan,” katanya. – BHarian O line
|
|