Edited by GhostWalking at 3-3-2015 11:24 PM
JAIS didakwa tidak endah aduan kegiatan maksiat di AmpangTindakan seorang pengguna media sosial membuat aduan di sebuah laman Facebook mendapat perhatian ramai pihak berhubung kelemahan dan kegagalan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang tidak mengendahkan laporan maksiat di kediaman flat di kawasan perumahannya yang terletak di Ampang, di sini.
[size=100%]KUALA LUMPUR, 3 Mac: Tindakan seorang pengguna media sosial membuat aduan di sebuah laman Facebook mendapat perhatian ramai pihak berhubung kelemahan dan kegagalan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang tidak mengendahkan laporan maksiat di kediaman flat di kawasan perumahannya yang terletak di Ampang, di sini.
Salinan mesej aduan tersebut dimuat naik oleh Oh! Media yang merujuk kepada laporan pengguna itu di Facebook Jabatan Agama Islam Selangor.
Menurut pengadu, dia berang setelah melihat kegiatan maksiat semakin berleluasa menjelang 1 pagi lalu membuat aduan kepada jabatan agama tersebut melalui talian hotline dan mesej di Facebook jabatan itu.
“Straight to the point. Saya cukup hilang sabar dengan manusia iaitu pasangan yang suka melepak sejam 2-3 jam pada waktu pagi sekitar jam 1am onwards dalam kereta dengan bunyi enjin kereta yang cukup memekak sehingga mengganggu orang sekeliling.
“Terutama di kawasan perumahan (Flat Tamab Dagang Ampang, Blok A, B & C). Berdua-duaan sehingga menimbulkan syak negatif. Mereka ney sudah berapa kali dibuat teguran..but useless!” katanya.
Katanya, walaupun hal ini pernah diadu kepada pihak bertangungjawab, namun maklum balas yang diterima tidak relevan.
“Jawapan yang diberikan cukup melambangkan kualiti kerja yang rendah. Bukankah sesama kita punya hak untuk mencegah maksiat daripada berleluasa? “Aduan melalui hotline sudah.. Melalui inbox FB JAIS pun sudah.. Tapi tiada respon yang positif diterima.. Sampi bila bersubahat?” katanya lagi.
TRP |