CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1865|Reply: 5

[Tempatan] Mas kahwin juga kena GST?

[Copy link]
Post time 19-3-2015 07:44 AM | Show all posts |Read mode
                                                                            Gambar Hiasan                                                                     

[url=]
[/url]                 




        SHAH ALAM -  Lebih kurang dua minggu lagi pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan di negara ini, cakap-cakap mengenainya menjadi bualan kerana ramai yang tidak pasti mengenai pelaksanaannya.

        Ada yang kata menguntungkan dan ada yang kata sebaliknya.

        Kegusaran itu menyebabkan ramai yang tidak ‘duduk diam’, tambah-tambah bila disentuh mengenai pelaksanaan GST dalam bab perkahwinan.

        Bagi yang bujang sudah semestinya ‘mulai pening’ kepala kerana mula  fikirkan mengenai bajet perkahwinan selepas GST dilaksanakan.

        Namun ada berita gembira buat  mereka yang hendak berkahwin selepas GST dilaksanakan ini kerana GST tidak dikenakan terhadap bayaran mas kahwin.

        Penolong Pengarah Unit Komunikasi Korporat Jabatan Agama  Islam Selangor, Nurhamizah Othman berkata, harga Mas Kahwin kekal sepertimana yang termaktub dalam Undang-undang keluarga Islam di bawah kuasa Sultan.

“Di Selangor kita sudah putuskan pada 12 Mei 2009, iaitu sebanyak RM300 kadar mas kahwin bagi anak dara dan janda tanpa had maksimun.

“Ia kekal, GST tidak dikenakan,” katanya. Katanya lagi, anak muda yang hendak berkahwin tidak perlu gusar mengenai perkara tersebut.

        "Tiada kenaikan, ia kekal sepertimana yang termaktub," katanya. GST akan dilaksanakan pada 1 April 2015 ini, sebanyak 160 buah negara telah melaksanakannya.

   [url=]
[/url]   http://www.sinarharian.com.my/nasional/mas-kahwin-juga-kena-gst-1.370311

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2015 08:03 AM | Show all posts
aiyooo.. apa diorang ingat pengantin pompuan tu daftar GST ke?
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2015 08:06 AM | Show all posts
mas kahwin jah...duit hantaran siap la korang...
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2015 08:07 AM | Show all posts
kiranya faraj halal pon kena GST ke sis? selayaknyalah.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2015 08:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Mane de gst la..ni MST BC tajuk je
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2015 09:11 AM | Show all posts
bukan mas kawin,

adat merepek tu yg kene gst.. duit hantaran, duit tol, duit mak andam.
tgkla nnti, msti naik punye..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-10-2024 06:32 AM GMT+8 , Processed in 0.038095 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list