View: 9099|Reply: 73
|
[Tempatan]
Jaring, perkhidmatan Internet pertama Malaysia dibubarkan
[Copy link]
|
|
Pembekal Internet pertama Malaysia, Jaring Communications Sdn Bhd kini diletakkan di bawah penjagaan seorang pembubar selepas arahan mahkamah Khamis lepas.
Berita tersebut mendapat reaksi sedih berbaur gembira daripada tokoh yang memainkan peranan penting dalam membawa perintis Internet di dalam negara 30 tahun lalu, Dr Mohamad Awang Lah.
Dalam tulisan di Facebook semalam, bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) Jaring itu berkata, beliau sedih kerana entiti yang dibantunya untuk dibina pada 1986 di bawah nama RangKoM, yang kemudiannya dilancarkan dengan nama Jaring pada 1992, dibiarkan merosot kepada keadaannya kini.
Jaring juga merupakan subsidiari Mimos dan kemudiannya diambil alih oleh Kementerian Kewangan pda 2007.
“Saya tidak ada kaitan dengan syarikat ini lagi setelah bersara pada tahun 2010. Namun, bagi saya peristiwa ini menyedihkan dan juga menggembirakan.
“Sedih kerana entiti yang memperkenalkan perkhidmatan Internet di Malaysia dibiarkan sedemikian rupa. Gembira kerana satu pihak yang lebih bertanggungjawab diberi kepercayaan untuk menguruskannya buat sementara.
“Saya harap ia boleh dipulihkan segera,” katanya.
Selepas bersara, jawatan Mohamed diambil alih oleh Nik Abdul Aziz Nik Yaacob sebagai CEO baharu bermula 1 Mac, 2011.
Pada Ogos tahun lepas, Jaring dilaporkan membeli Utusan Printcorp dengan harga lebih RM100 juta.
Beberapa bulan kemudian pada Oktober, The Malaysian Insider melaporkan 70 pekerja Utusan Printcorp mengadakan protes menuntut gaji mereka yang tidak berbayar selama 3 bulan.
Pekerja Jaring juga antara mereka yang dilaporkan tidak dibayar gaji.
Jaring juga antara 3 kontraktor yang menerima bayaran penuh RM88.13 juta oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia bagi projek jalur lebar yang tidak lengkap di Sabah dan Sarawak, menurut beberapa siri pertama Laporan Ketua Audit Negara 2014, seperti dilaporkan News Straits Times Online.
Semasa memegang jawatan CEO, Mohamed dikenali sebagai penyokong sistem terbuka untuk jaringan jalur lebar.
The Edge melaporkan pada 2008 pendirian beliau bagi pemilikan jaringan tersebut adalah berasingan dengan pendirian pembekal perkhidmatan tersebut.
Mohamed juga merupakan naib presiden kanan Mimos Berhad dan bertanggungjawab mennguruskan Jaring dan menyelia operasi penyelidikan dan pembangunan di dalam Mimos.
Beliau memulakan kariernya sebagai seorang jurutera di Lembaga Letrik Negara (LLN) pada tahun 1976 dan merupakan tutor di Fakulti Kejuruteraan di Universiti Malaya dan merupakan Timbalan Dekan fakulti sejak 1983.
Beliau memperoleh ijazah kepujian kelas pertama dalam bidang elektronik dan kejuruteraan elektrik dari King’s College, University of London pada 1976 dan mempunyai ijazah kedoktoran (PhD) dalam Elektronik dan Kejuruteraan Elektrik dari universiti yang sama pada tahun 1980. – 25 April, 2015. |
|
|
|
|
|
|
|
Dapat kat Melayu, jadi taik ... |
|
|
|
|
|
|
|
sayangnyaaaa...
pdhal yg merintis internet kt malaysia depa juga
dok bwh MIMOS pon xleh bwh apa ye |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by jfq at 25-4-2015 11:59 PM
Dynamic technology
Need to be handled by fast track co
To be always on their toes to react fast
Mungkin dok dlm gomen lembab sokmo nak react |
|
|
|
|
|
|
|
Eloklah bubar.
Lembab ya amat... |
|
|
|
|
|
|
|
argghhh mana mungkin...bbnu kata zaman mamak madey takdak internet |
|
|
|
|
|
|
|
jaring? |
|
|
|
|
|
|
|
mimos tu ade lgik ke |
|
|
|
|
|
|
|
ada kaki songlap duit.. sia2 usaha nak majukan syarikat melayu |
|
|
|
|
|
|
|
Oh sayangnya. Memori sangat. Tapi plg tak bleh lupa cucuk wayar phone masuk kat komputer.. |
|
|
|
|
|
|
|
Thanks to Telekom (now TM) |
|
|
|
|
|
|
|
Dapat kat gomen terus hancus.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku antara pengguna jaring zaman dulu.
guna modem dialup 56k.
zaman tu dulu tm ni mcm samah jerk. kiranya jaring mmg isp yg paling bagus.
sedih gak knp jaring x leh up sedangkan dia adalah leader.
time tu maxis ka, celcom ka, p1 ka yes ka mana wujud lg.
|
|
|
|
|
|
|
|
Orang Kota Kinabalu masih ada yang guna jaring. |
|
|
|
|
|
|
|
otai_g replied at 26-4-2015 02:40 AM
aku antara pengguna jaring zaman dulu.
guna modem dialup 56k.
Yes true..
Mengimbau kenangan sungguh, hehe |
|
|
|
|
|
|
|
aku ketinggalan ketapi..jaring tu apa mende ??? |
|
|
|
|
|
|
|
Jaring UKM ada lg tak?
zaman study.. |
|
|
|
|
|
|
|
RatuDunia94 replied at 26-4-2015 06:48 AM
Jaring UKM ada lg tak?
zaman study..
Zaman aku study dulu kat ukm, jaring ni paling pantas kot. Boleh download tv series 345mb tuh dlm masa 5min utk 1 episod. Hahah. Movie pulak less than 20 min. Keje asek download n delete je la dulu time study. Hahah |
|
|
|
|
|
|
| |
|