View: 7160|Reply: 52
|
[Tempatan]
Anggota IS Malaysia minta bantuan PDRM UNTUK pulang ke tanah air.
[Copy link]
|
|
AYUB KHAN MYDIN PITCHAY (dua dari kanan) bersama Asyraf Wajdi Dusuki (dua dari kiri) dan Pencetus Ummah (PU) Ahmad Faiz Hafizuddin Rosli (kanan ) semasa majlis Forum Perdana bertajuk IS: Realiti @ Jihad sempena Peringatan Hari Polis Ke-208 di Balai Islam Lundang, Kota Bharu, Kelantan, malam semalam. IHSAN PDRM
KOTA BHARU 30 April – Anggota kumpulan militan Negara Islam (IS) di Syria yang terdiri daripada rakyat Malaysia mula menyedari mereka sekadar menyertai perjuangan jihad palsu yang sia-sia dan cuba menghubungi polis untuk membantu mereka pulang ke tanah air.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay yang mendedahkan perkara itu berkata, kelompok yang cuba menghubungi pihaknya itu turut meluahkan kekesalan selepas mendapati apa yang berlaku di Syria tidak seperti yang dijangka.
Bagaimanapun kata beliau, apabila memilih pergi ke Syria kerana mahu menyertai IS, adalah sukar untuk mana-mana anggota kumpulan militan itu berpatah balik memandangkan mereka sebenarnya seolah-olah sudah menempah one way ticket.
“Ada yang cuba berhubung, minta kita bawa mereka balik tetapi itu sukar kerana di Syria, tiada sebuah kerajaan yang kukuh. Kalau mahu membawa mereka pulang, mungkin kita perlu meminta bantuan negara ketiga,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi salah seorang ahli panel Forum Perdana bertajuk IS: Realiti @ Jihad sempena Peringatan Hari Polis Ke-208 di Balai Islam Lundang, di sini malam tadi.
Selain Ayub Khan, ahli panel forum tersebut terdiri daripada Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki serta Pencetus Ummah (PU) Ahmad Faiz Hafizuddin Rosli.
Yang turut hadir, Ketua Polis negeri, Datuk Mazlan Lazim.
Ayub Khan dalam pada itu memberitahu, pihaknya sudah mengenal pasti 63 rakyat tempatan yang menganggotai IS di Syria dengan sembilan daripada mereka adalah wanita.
Menurutnya, mereka yang terlibat mempunyai pelbagai latar belakang dan tujuh daripadanya merupakan kakitangan kerajaan.
“Yang sudah dikenal pasti 63 orang tetapi jumlah sebenar rakyat Malaysia di sana mungkin lebih, iaitu kira-kira 80 orang sebab ada yang kita belum kenal pasti. Kita sedang berusaha giat untuk mengesan dan mengenal pasti mereka,” katanya.
Ayub Khan turut memberitahu, jika berjaya dibawa pulang, pihaknya akan membantu bekas anggota kumpulan terbabit menjalani pemulihan.
“Kalau mereka balik, kita sudah ada pengalaman daripada segi program pemulihan dan sebelum ini sebanyak 97 peratus berjaya dipulihkan. Hanya tiga peratus kembali kepada aktiviti asal,” katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Takyahlah balik.ape kate suh depa yg insaf ni betulkan balik sahabat2 IS depa tuh.lagi afdhal. |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh percaya ke manusia pengkhianat? |
|
|
|
|
|
|
|
periakuning replied at 1-5-2015 02:28 PM
Takyahlah balik.ape kate suh depa yg insaf ni betulkan balik sahabat2 IS depa tuh.lagi afdhal.
Stuju
|
|
|
|
|
|
|
|
Arrange jer flight...trus direct ke guantanamo bay baru cash besar-besaran sis.
Menyusahkan orang dasar ummah budu pprt. |
|
|
|
|
|
|
|
Jgn harap. Duduk la kau kt sana sampai reput. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak payahlah pdrm susah payah...pandai pegi pandailah dorang balik...: |
|
|
|
|
|
|
|
One way ticket.....
Otak kat mana ooooi |
|
|
|
|
|
|
|
Masa nak join ISIS tak fikir habis2. |
|
|
|
|
|
|
|
di negara2 barat, diorang berwaspada terhadap mereka yg nak pulang dari lubuk IS. takut ini mungkin satu muslihat untuk masuk balek negara memasing utk meneruskan kegiatan terrorisma |
|
|
|
|
|
|
|
taikor replied at 1-5-2015 07:19 AM
di negara2 barat, diorang berwaspada terhadap mereka yg nak pulang dari lubuk IS. takut ini mungkin ...
Persis Nicholas brody dlm series homeland ke sis? |
|
|
|
|
|
|
|
Mintak balik Malaysia? Tak boleh balik sendiri ke? Pandai pergi pandai la balik. |
|
|
|
|
|
|
|
famri7 replied at 1-5-2015 06:34 AM
Arrange jer flight...trus direct ke guantanamo bay baru cash besar-besaran sis.
Menyusahkan orang ...
Iols setuju sangat sis biar mereput jah |
|
|
|
|
|
|
|
amaran kpd kerajaan
kalu berani kasi dorg balik
negara kita akan lagi byk kritikan di dunia yg ckp kita mengeluar penganas
|
|
|
|
|
|
|
|
hukum pengkhianat adalah mati
isis hukum pgkhianat juga dgn mati
xde sbb utk kerajaan bawa pulang zombie2 ni. kemungkinan mereka burtakiyyah utk mnyebarkn propaganda |
|
|
|
|
|
|
|
takut2 jadi spy nak huru harakan negara je.bukan leh caya pon teroris ni |
|
|
|
|
|
|
|
koondoor replied at 1-5-2015 05:12 PM
Mintak balik Malaysia? Tak boleh balik sendiri ke? Pandai pergi pandai la balik.
Wlpn rayuan mereka nampak mcm kesian je... aku tetap nak "kannn" juga statement ko ni. Hehehe..
Kannn... masa pi tak habaq pun, pi senyap2 sorang2. La ni nak balik, minta berteman plak. Balik la sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
apa kejadah pergi ikut mereka
jelas dan terang mereka jalan lain
takkan mu tak pernah tengok video sembelih mereka? |
|
|
|
|
|
|
| |
|