CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2697|Reply: 0

Pemenggal kepala berkeliaran cari mangsa!

[Copy link]
Post time 3-6-2015 12:53 PM | Show all posts |Read mode
Hmm..ngeri kot duduk kawasan tu... x dpt bayangkan tiap hari ada ahli sihir berkeliaran cari mangsa..
hai macam-macam..zaman skrg pun ada lagi benda mcm ni..



New Delhi: Polis di India sedang menyiasat sama ada sekumpulan pengamal sihir bertanggungjawab atas kejadian pemenggalan warga emas berusia 55 tahun dalam upacara untuk mendapatkan hasil tuaian lebih baik di timur negara itu.

Mayat penganggur, Thepa Kharia yang tidak berkepala ditemui di dalam rumahnya Ahad lalu di Jharkhand. Abangnya mendakwa sekumpulan pengamal sihir dikenali sebagai Orka memecah masuk ke rumah itu dan memenggal kepala Thepa sebagai sebahagian daripada upacara untuk meningkatkan hasil tanaman dan hujan.

Pegawai Penyiasat Ajay Kumar Thakur berkata: “Keluarga mangsa mendakwa pembunuhan berkenaan dilakukan untuk memenuhi keperluan upacara berkenaan. Kepala mangsa masih belum ditemui.”

Mangsa dipercayai tinggal seorang diri menyebabkan dia menjadi sasaran Orka yang ahlinya belum dikenal pasti.

Penduduk tempatan dilaporkan takut dengan golongan Orka yang sering berkeliaran di kawasan itu sebelum musim hujan bermula. Korban manusia lazim dilakukan di kawasan miskin dan terpencil di India apabila digunakan bomoh untuk pelbagai tujuan.

Minggu lalu seorang pengamal sihir mati dibelasah orang ramai selepas memenggal kepala seorang budak lelaki berusia lima tahun kononnya sebagai korban untuk dewi Kali di Assam. - AFP


sumber: Harian Metro

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 10:05 PM GMT+8 , Processed in 0.082109 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list