Edited by seramado at 3-7-2015 06:15 PM
Hari tu i ada tengok kat FB ramai orang share pasal beratur panjang nakbeli barang Nike kat Mitsui Outlet Park,Sepang. So hujung minggu hari tu, i buat keputusan untuk pergi MOP bersama kawan baik yg bernama Tasha. Saje je window shopping sebelum raya.
Bertolak dari rumah i dari USJ masa tu dah petang, lalu ikut Elite highway, bayar tol RM4.70, agak-agak dalam 20 minit je dah sampai MOP. (MOP ni terletak kat tepi highway sama jalan dengan KLIA dan KLIA 2 , guna waze je senang). Bagi i, perjalanan ni tak lah jauh mana..
Banyak juga parking kat MOP, walaupun kereta banyak, kurang daripada 5 minit i dah dapat parking. Sebelum tu dengar orang dok bercakap2 pasal auto pay machine tak cukup di MOP dan kite kena beratur lama untuk bayar tiket parking. tapi waktu i datang tu i tengok OK je, kaunter customer service pun boleh bayar sebenarnya.
Mungkin masa I pergitu cuti sekolah lagi, orang di MOP lebih ramai daripadayang i jangka. Baru je masuk pintu utama, tengok2 long-queue kat depan Nike outlet. Tasha kata tengoklah kalau nanti tak ramai yang beratur, baru lah kami masuk.
Waktu datang tu ada kedai yang bukak dan banyak jugak yang tulis ‘opening soon’,katanyalah grand opening pada 29 Julai, so mungkin semua kedai dah bukak masa tu. Kami singgah paling lama di kedai Timberland.
Tasha suka sangat dengan kasut Timberland, tapi ramai sangat orang dalam kedai, sales gile2 la katakan. Errkk tapi Timberland bukan favourite i, so i tinggalkanTasha sebab malas nak bersesak... Sorry Tasha. i pun pergi la jalan-jalan sorang2 untuk tengok barang make-up,baju, sukan, handbag dan lain-lain.
Tengah jalan2 jumpa pula Kedai Skechers.. Kasut Skechers i paling suka, harga boleh tahan murah , starting RM129, RM159 , RM199 saja, banyak pilihan tapi hampeh i tak dapat size yang sesuai! Geram!
Banyak jenama yang buat diskaun daristart dari 30% sampai 70%, walaupun bukanlah semua jenama mewah macam Celine ataupun Coach, tetapi boleh la tergolong dalam AFFORDABLE LUXURY. Bolehlah beli kasut dan beg baru untuk beraya.KURRLAZZZZ!! Kalau nk harap pegi Johor Premium Outlet terlalu jauh dari Lembah Klang, takkan nak pergi semata2 nak shopping, tak berbaloi duit minyak kereta tol bagai..
Time jumpe Tasha dekat Coffee Bean tu , nampak beria-ria banyak paper bag, Tasha paling banyak shopping , Kasut Timberland, Jersey Adidas dan kasut kerjaHush Puppies. Hutunglah dia jimat banyak kalau berbanding shoppingkat KL. I balik tangan kosong je sebab duit tak berapa nak ada... Belum gaji la katakan tapi Tasha dah janji nak datang lagi bulan depan. Hehehehehe
Korang dah pergi ke MOP?
|