Edited by fynnkakiblock at 13-7-2015 01:08 PM
Eina Azman Bengang Designer Pinjam Duit Tak Bayar Balik
Bengang dengan sikap seorang designer yang cuba lari daripada membayar hutangnya semula, pelakon jelita Datin Paduka Eina Azman bertindak untuk memuat naik beberapa keping foto perbualan WhatsApp antaranya dengan designer tersebut melalui Instagram baru-baru ini.
Difahamkan ada seorang lagi artis yang menjadi mangsa hutang designer ini. Selain itu, apa yang buatkan Eina Azman bertambah bengang bila designer tersebut siap boleh sponsor artis lain lagi, tapi bila contact minta hutang tak dapat apa-apa respon.
Jadi, kami akan dedahkan kenyataan daripada Eina Azman mengenai designer tersebut dan perbualan WhatsApp antara mereka.
Eina Kesian, Eina Pun Tolong. Lepas Dapat Duit Terus Senyap.
Gambar ini turut di-repost oleh Chacha Maembong, jadi ini menandakan bahawa ada rakan artis yang bersetuju dengan Eina mengenai sikap designer yang ‘lari dari hutang’ tersebut. Ditambah pula, pinjaman duit tersebut melibatkan wang suaminya juga.
Selain itu, disini juga kami dedahkan perbualan mereka melalui WhatsApp ketika designer itu ingin cuba pinjam duit Eina.
#designerpenipu
Hrmm, sabarlah Datin mungkin ada hikmah disebalik dugaan dibulan mulia ini. Mungkin dengan tindakan yang dibuat ini boleh membuka mata artis-artis lain untuk terus berhati-hati dalam bab-bab nak kasi pinjam duit ni.
|