View: 3406|Reply: 2
|
Rahsia Tersirat Di Sebalik Jari Wanita
[Copy link]
|
|
Jari? ada apa pada jari? haa, mungkin ramai yang tak tahu jari juga mempunyai maskud yang tersendiri.. dikatakan hanya orang-orang tertentu je boleh meramal.. tak tahu la betul ke tidak, hanya sebagai perkongsian bersama.. meh baca
Rahsia Jari Wanita
Jari kecil, halus dan hujungnya meruncing
Wanita memiliki jari sebegini biasanya berperasaan halus dan idealis. Mereka menyukai barang-barang seni dan pemandangan yang indah.
Jari runcing dan panjang
Sifat wanita yang memiliki jari ini hampir sama dengan sifat perempuan di atas. Namun mereka lebih banyak bermain dengan perasaan sehingga sesuai untuk memilih kerjaya sebahai juruhias.
Jari pendek
Wanita ini sangat aktif dan berfikir perkara yang besar-besar. Mereka malas menguruskan perkara yang remeh-temeh.
Jari besar dan gemuk
Wanita ini bersifat terlalu berhati-hati sehingga kesannya malas bertindak.
Jari tengah dan jari manis sama panjang
Wanita yang memiliki jari sebegini ditambah dengan kulitnya yang halus maka dia pandai bermain cinta. Fantasi asmaranya sangat tinggi sehingga sering menciptakan model-model permainan baru. Namun bagi yang berkulit kasar bermakna wanita sebegini suka berprasangka.
Jari tengah dan telunjuk sama panjang
Perempuan yang memiliki jari seperti ini bakal mencapai cita-citanya. Mereka pantang menyerah dan rajin berusaha.
Jari tengah paling tinggi dan menonjol
Biasanya wanita ini kurang sabar sehingga mudah bertindak tanpa berfikir panjang. Namun, dia sering menyesali tindakan yang telah dilakukannya.
Tiga jari sama tinggi
Berbeza dengan wanita yang jari tengahnya paling menonjol, pemilik tiga jari yang sama panjangnya ini berhati-hati dalam bertindak. Banyak persoalan yang wajar diselesaikan dengan segera tertunda kerana sikapnya yang suka berlengah-lengah dalam melakukan sesuatu.
Ibu jari yang besar dan kuat
Ibu jari yang besar dan terkesan kuat dapat menggambarkan sifat perempuan yang mempunyai kemampuan dan kemahuan yang keras untuk maju. Selain itu mereka juga memiliki rasa tanggungjawab yang tinggi.
Ibu jari kurus dan lembik
Wanita sebegini mempunyai sikap bergantung kepada orang lain dan sering bersikap ragu dalam membuat keputusan. Ketika bertindak, mereka selalu memerlukan kehadiran orang lain.
Hujung ibu jari runcing
Wanita ini selalunya berjiwa halus. Kalau menjadi pemimpin, dia seorang yang bijaksana.
Hujung ibu jari yang berbentuk persegi
Hal ini menandakan pemiliknya berasa tidak puas dalam setiap pekerjaan yang dilakukannya. Sikap buruknya, dia sering iri hati terhadap orang lain.
OPEN :: Hanya sekadar perkongsian bersama, baca boleh tapi jangan la percaya sangat ok..
NIZARAZU
|
|
|
|
|
|
|
|
runcing dan panjang. kebetulan aku mmg suka permandangan n paintings. juru hias dalaman boleh kot hehe
btw ada ke org yg jari tgh, tunjuk n manis sama panjang.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|