CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3149|Reply: 4

Cegah Kedut Di Dahi & Bahagian Mata Lebih Cepat

[Copy link]
Post time 11-8-2015 04:11 PM | Show all posts |Read mode

                   

Wanita cukup sensitif kalau 'komen lebih' bab kedut di kulit wajah. Kedut paling ketara adalah di bahagian mata dan dahi, walau pun anda masih muda. Pasti ada!


        Selepas ini anda boleh atasi masalah ini dengan rujuk petua yang menggunakan bahan alami untuk lebih jimat dan selamat pada kulit wajah...


        1. Minyak zaitun        Minyak zaitun mampu hilangkan kedut wajah hasil daripada nutrisi yang boleh merangsang kulit untuk pertambahan kolagen secara semula jadi. Elok disapu ketika sebelum tidur setiap malam sebelum tidur. Kesannya kulit wajah anda pasti berbeza dan lebih sihat.


        2. Makan sayur dan buah        Perlu tukar gaya hidup dengan melebihkan makan sayur dan buah-buahan segar untuk dapat kulit yang cantik dan lebih lembap. Tetapi anda juga perlu seimbangkan harian dengan selitkan sedikit sukan bagi mengeluarkan peluh. Tidak perlu berlari, janji keluar peluh untuk singkir racun dalam tubuh badan.


        3. Lidah buaya        Lidah buaya kaya dengan antioksida yang diperlukan kulit. Campur dengan putih telur dan jadikan masker dua hari sekali untuk mengurangi kedut di dahi. Bilas sehingga bersih selepas 15 minit. Anda boleh amalkan memakai masker 2 kali sehari, pagi dan malam untuk hasil yang lebih cepat dan segar.


        4. Lemon        Buah yang kaya vitamin C seperti buah lemon dan limau nipis atau pelbagai buah yang jenis masam boleh dijadikan masker untuk hilangkan kedutan pada wajah. Potong dan picit buah lemon di dahi dan lakukan sehari sekali.


        Sekarang anda boleh rawat dan atasi masalah kulit wajah tanpa perlu membeli sebarang produk. Satu lagi petua harian, jangan biasakan mengangkat kening agar tidak timbul kerutan di dahi. Selamat mencuba!
               

mingguanwanita


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2015 03:48 PM | Show all posts
ade org ke nak tepek lidah buaya + telur 2 kali sehari... lemon sekali sehari? boleh istiqomah ke... takat wat 1-2 kali tak kuasa dahh... tips yg tak praktikal
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2015 08:28 PM | Show all posts
akan cuba nombor 2 tu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2015 07:56 PM | Show all posts
for now aku cuba minyak argan, minyak kelapa, utk buang mekap mata sekaligus cegah kedutan.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 05:15 AM | Show all posts
Pedih la kulit bila letak lemon.. letak minyak zaitun plak naik pimples...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 08:04 AM GMT+8 , Processed in 0.044847 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list