Trailer 'Goodnight Mommy' dilabel trailer paling seram
Madiha Abdullah, Astro Awani | Diterbitkan pada Ogos 14, 2015 18:50 MYT
Majoriti komen yang diterima trailer berkenaan berbaur positif dan ramai yang sudah mula tidak sabar untuk menyaksikan filem itu di pawagam. Trailer filem dari Austria, Goodnight Mommy, mendapat perhatian warga media sosial sejak dikeluarkan secara rasmi dua minggu lalu. Kebanyakan pemerhati dan peminat filem seram mengklasifikasikan trailer itu sebagai paling seram yang pernah mereka saksikan.
Majoriti komen yang diterima trailer berkenaan berbaur positif dan ramai yang sudah mula tidak sabar untuk menyaksikan filem itu di pawagam.
Filem berdurasi 1 jam 40 minit itu mengisahkan dua beradik kembar (dilakonkan oleh Lucas dan Elias Schwarz) yang mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan ibu mereka (Susanne Wuest) selepas menjalani satu pembedahan di bahagian wajahnya.
Si ibu tampak sering menjauhkan diri dan ia membuatkan dua beradik itu merasa terasing daripada ibu sendiri. Situasi menjadi semakin pelik apabila mereka menemui sekeping gambar ibu mereka bersama seorang wanita lain yang seiras, selain tingkah laku si ibu yang bagaikan dirasuk.
Filem itu akan ditayangkan di Amerika Syarikat pada 11 September ini.
ada je synced english sub kat opensubtitle @ subscene.. yg nak release ni the same original austrian movie with german language, titled 'Ich seh, ich seh'...
kat us baru nak release, kat mesia tak tau le bila, mungkin tak release kot.. kalau release pun kat GSC Mid Valley je, bwh International Movies category.